Ceritaku pagi ini..
Tuesday, October 31, 2017Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga sihat dan gembira hendaknya..
Pagi ni rahmat Allah turun.. Sedap tidur ye.. Hehe..
Aku cuba bangun seawal yg mungkin, tapi awal aku pun pukul 6 pagi.. Hihi.. Hari2 berazam nk bangun awal, tapi mata tu berat je. Bnyk syaitan bergayut ni..
Bila da hujan ni, si kakak mula la nk ke sekolah naik kereta. Biasanya kalau hujan betul2 lebat baru aku hantar, kalau setakat rintik2 tu, boleh lagi naik motor. Ada org elok je jalan kaki bwk payung. Bukan apa, selain nk htr dia, kene hantar adiknya dulu. Hari ni adik buat perangai lagi, xnak pakai selipar baru, kene la dukung. Hari br lps hujan, jalan confirm la basah, so mmg kene dukung gak. Rasa nk terlepas je td. Tgn kiri dukung dia, tgn kanan pegang pempers & sandang beg baju diaorg. Belakang beg laptop aku.. Merengkeh berjalan..
Masuk kereta jam da pkl 7.40am. Satu hal lagi parking banjir. Selipar basah, kaki pun basah la.. Mengelap kaki dulu, br blh pakai stokin. Sudahnya 7.45 baru bergerak. Tgh jalan, kereta depan pulak memandu secara berhemah.. 20km/j. Ikut je la, xleh nk memotong. Mujur la lps traffic light dia laju skit. Sesampai je dekat parking, tren x sampai lg. Tapi aku ni takde la cekap mana nk parking kan. Keluar masuk parking dulu, baru la ok. Ditambah pulak dgn fobia kereta hilang dgn kene pecah, mmg berkali2 aku tawaf kereta cek kunci ke tak. Tren pun sampai dalam 7.51am. Aku x sempat la nk berkejaran. Sebabnya, motor yg lalu lalang kat area ktm ni laju2.. So baik la kita yg berhati2. Setel bayar parking, menunggu tren sambil update blog. Tren sampai 8.06am. Kalau tren dtg waktu gini mmg kene maraton la, tapi tu pun x pasti sempat ke tak sblm 8.35. Pasrah je la.. Haha..
Panjang aku membebel pagi ni.. Haha.. Pukul 9 ada unit meeting, sempat ke tak nk bfast ni aku tak pasti la.. Tgk la mcm mana nnt. Itu je nak cerita pagi2 ni.. Buat kakak.. Ibu bukan tak nak hantar kakak.. Kalau nak ibu hantar kakak, sila bangun awal dan bersiap awal. Pukul 7.15 da gerak pegi sekolah. So ibu ada buffer utk benda2 yg unexpected. Kdg2 bdk ni x faham.. Hujan sikit je nak naik kereta. Dia x tau yg bwk kete ni ada masalah lain.
Ok la.. Itu je bebelan hari ni.. Semoga semuanya berjalan lancar.. Ada dgr gosip yg mengatakan xblh balik 5.30ptg.. Selagi takde memo.. Kita xyah percaya la.. Biasanya mmg aku balik lmbt pun, tp skg ni maghrib awal, xblh nk lewat2 sgt.. Nnt maghrib aku asik hujung waktu je..😩😩😩
Hrm.. Sambung pulak membebel.. Hehe..igt nk stop da. Sorry sbb buang masa korang je baca bebelan aku ni..
Terima kasih kpd yg sudi membaca. Nk sambung update pasal cuti2 hr tu, x sempat + xde mood.. Haha.. Nnt la bila2 free..


6 comments
baca entry ni pun dah dapat rasa kekalutan Ira. Hehe..
ReplyDeletemoga dipermudahkan hari2 Ira. :)
Hehe.. Selamat punch kul 8.46am pagi ni. Kene la menjawab nnt.
DeleteMemang kalut kak, kdg kita da elok2 awal, org lain pulak yg lmbt. Hihi..
Terima kasih kak ujie sbb sudi baca bebelan ira dan terima kasih doakan hari2 ira dipermudahkan. Semoga hari2 akak juga dipermudahkan..
Class sangat tau update entri sesambil tunggu train atau dalam train. Kalau saya ni, tak terbuat rasanya. Dapat tekan 1 abjad je. Mana nak pakai spek, mana nak tekan huruf, mana nak membacanya lagi. Memang tak dapat!
ReplyDeleteBiasalahkan mak-mak, pagi hari memang kalut. Kadang tu bukan kita tak bersedia tapi nasib badanlahkan ada-ada aje benda yang perlukan perhatian lebih!
Bab parking ni saya pun banyak berkira. Nak kena tengok betul-betul tempat tu selamat ke tidak, kebarangkalian tinggi ke tak dek kereta kena langgar sipi dan macam-macam lagilah. Pendekata memang tak tenteram kalau dok fikir aje akan 'keselamatan' kereta tau!
Hehe.. Ini je masa yg ada utk update blog. Tu pun x abes 1 entry.
DeleteBetul tu MD, kdg2 ada je hal yg x dijangka. Nk buat mcm mana kan..
Tu lg satu hal, ira kalau part parking mmg failed. Wp parking kosong, tetap senget, lg dibela, lg senget. Haha.. Nasib baik masuk petak. Reverse parking lg la asik keluar masuk je. Hihi.. Bila ada kereta menunggu kat blkg, bertambah la nerves nk parking. Haha.. Betul tu, kalau difikir2kan, mmg asik nk check je la kete da kunci ke blum. 😅😅
biasalah anak2 ni dia bukan tahu apa masalah ibu ayahnya kan, jadi kitalah kena pandai uruskan apa yang patut. kadang tak diikutkan kehendak anak2 tu kesian juga, tapi ye lah takde la kena ikut setiap masa untuk masa2 tertentu bolehlah kan.
ReplyDeletetak boleh balik 5.30pm tu maknanya kena balik lagi lambatlah ye..teruk juga tu kalau hari2 pun kena balik lewat, tapi dah nama pun pekerja ada waktunya kenalah juga ikut peraturan yang ditetapkan.
ALahai siayannya Ira. Hakak dapat bayangkan betapa merengkehnya Ira menghantar anak tu hihi... Sabar ajelah ye Ira, kehidupan perlu diteruskan gitu. Pahala berganda ganda tu...
ReplyDelete