Jamuan akhir tahun, orientasi & kafe uak

Monday, December 04, 2017

Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat & happy selalu..

Jumaat lepas, aimy ada jamuan akhir tahun.
Hari ahad 19hb tu, gigih la mencari hadiah utk cikgu2 aimy. Hari rabu dan khamis malam, busy buat kad ucapan. Hihi.. Malangnya, tak sempat la pulak nk snap pic hasil kreativiti ibu mithali ni. Haha.. Disebabkan ibu mithali ni malas nk masak mahupun membaking.. Makanya sanggup la keluarkan bajet hujung bulan membeli 2 bar kek lapis serawak & keropok 1/2 kilo buat kudap2an.

Pada hari kejadian, aku hanya dtg sekejap utk berjumpa dgn cikgu2 aimy. Rasa ralat pulak x jumpa cikgu2nya. Aku x tunggu majlis mula pun, sbb en suami tgh tggu kat luar. Da la ktm problem dan kereta aku adk aku guna, so tak boleh la nk berlama2. Syahdu jugak la masa bersalam dan bermaafan dgn cikgu2 aimy. Xnak la spoil keseronokan diaorg dgn sedih2 dipagi hari. So cepat2 la beransur. 3 tahun aimy sekolah situ. Cikgu silih berganti. Cuma cikgu bedah yg setia.. 3 tahun mengajar aimy. Bukan mengajar je, menjaga, bagi makan, bawa ke tandas, mungkin ada yg cikgu cebokkan..mana tau kan. Tak terbalas jasa cikgu2 semua. Aku suka perhatikan gelagat cikgu2 dgn anak2 murid, diaorg syg anak2 kita mcm anak cucu sendiri. Segala kerenah anak murid dilayan. Songkok senget, tudung senget dibetulkan.. Ada yg bila nak balik, cikgu nak peluk.. Cikgu pun peluk la.. Ada yg minta sep 'give me five'. Ada masa cikgu marah, cikgu tetap akan marah kalau murid tu salah. Apa yg aku lihat, Pasti ini penuh kasih syg. Mungkin sbb tu bila aku sampai dpn pintu rumah pengasuh, aimy terus salam dan peluk aku. Malam tu dpt mesej whatsapp dari cikgu kelas aimy. Terharu bila membacanya. Hadiah yg x seberapa itu je yg dpt dibuat sbg tanda penghargaan dari kami.

Antara gambar masa jamuan akhir tahun yg cikgu kongsikan

25 Nov (Sabtu)
Hari orientasi sek keb bandar sunway. Sekolah adik aku dulu. Aku sek men bandar sunway dulu. 1st batch merasa sek baru. Hihi.. Skg da cat lain. Sebelah2 je dgn sek kebangsaan.  Guru besar skbs ckp, sek bandar sunway ni sek amanah. Di mana badan korporat ambil sek tu sbg anak angkat. So prestasi sekolah sentiasa kene jaga. Kalau x, bantuan yg diterima ditarik balik. Utk thn 2018 sunway group bg bantuan pakaian seragam sekolah, kasut dan beg sekolah utk bdk2 tahun 2-6. Masa aku sek rendah dulu ada gak bantuan mcm tu. Sek ren keb sg wei, bantuan drpd motorola. Dulu2 la.. Skg tak tau la. Hihi.. Ni sape yg orientasi ni? Mcm citer pasal aku sek dulu je. Haha..

Kami sampai agak lewat jgk. Kul 8 lebih, pegi kat kaunter pendaftaran, lps tu htr aimy masuk kelas. Nmpk kelas da penuh dan as usual, tempat paling depan dkt dgn cikgu biasanya kosong. So kita bg la anak kita berani kan.. Sila duduk depan cikgu. Bila dia duduk, eh.. Budak sek Pasti dia rupanya. Elok la tu ada geng da kenal. So takde la risau sgt dia nk nangis ke apa. Kami tinggalkan dia dlm kelas, kami terus ke dewan utk dgr taklimat. Lama juga la taklimatnya. Selesai taklimat, pergi ambil buku kat bilik SPBT. Lepas tu amik list buku. Buku boleh beli 4 dis nnt.

Kakak dgn uniform sekolah rendah. Da besar anak ibu.

Setel urusan sekolah dlm pukul 11.30 mcm tu. Plan nak ke Matahari Mall utk tempah name tag, tapi org yg nak pasang njoi da sampai, kita uruskan njoi dulu. Njoi je la, astro x mampu nk byr bulan2. Disebabkan rumah kami x menghadap matahari terbenam, so piring njoi kene pasang kat rumah jiran. Rumah jiran pulak da penuh dgn piring astro dan njoi diaorg, so xde space da nk pasang. Ada space kene tambah bracket & charge rm80. Huhu.. Dan last option is share piring. Tukar kepala lain. Then itu yg terbaik dan memudahkan. Syukur kerana punya jiran yg bertimbang rasa. Semoga Allah merahmati mereka.

Lepas asar, keluar membeli barang dapur. Banyak betul urusan hari tu. Huhu.. Siap membeli belah, solat maghrib. Perut da lapar, so fikir2 nak makan kat mana. Kakak ckp makan kat budi je la.. Tapi ayahnya kata kita makan kat kafe UAK nak? ... Ibu belanja.. 😱😱 ayat ujung tu yg x blh tahan. Igtkn dia nk belanja. Masa otw balik dlm kete, tak decide lg nk mkn mana. Saje je la tnya mcm mana tau psl kafe tu? Dia ckp ustaz Abdullah Khairi ada bg ceramah kat tmpt keje dia. Ustaz tu promote kafe dia. Hihi.. Sebenarnya aku mmg ada plan nk belanja kat kafe ni. Tapi masa hjg bln 10 tu, bajet x berapa nk ada. Bnyk guna duit, so cdgnya bln 12 nnt la. Tapi da dia yg ajak dulu, kita pegi je la. Konon2 candle light dinner sempena aniversary. Haha..

Suasana suram je sbb da malam kan.. Terus naik ke atas. Kami diberi pilihan, nk duduk luar atau dalam. Kami pilih duduk dalam. Lepas tu diberi menu, sila la pilih nk makan apa.. Kakak nak speghetti, en suami nak nasi goreng kampung wp sebenarnya, dia teringin nk makan western tu. Tp disebabkan perut org kg, lapar nasik jgk. Aku ni nk makan nasik gak, tapi nasi tu je ada, yg lain western dan bkn berasaskan nasi. Aku pilih yee mee.. Ye la kan, si kakak tu confirm x abis nnt, so ibu mkn yg ringan2 je la. Ringan2 pun, jenuh juga nk menghabiskan. Takde gambar makanan.. Hihi.. Nasi goreng kg, ada ikan goreng sekor.

Alhamdulillah sedap. Anak2 pun suka. Sambil suap mulut sendiri suap mulut anak2 & en suami. Tp dia lg bnyk suap mulut aku. Hehe.. Environment kat situ selesa. Santai je. Kalau nk lg santai, duduk kat luar,dpt angin. Kami ni ada budak kecik, payah skit la. Harga.. Aku rasa standard makanan western la. Total kami makan hr tu..rm50.60. Air aku hot coklat, en suami air lemon tea, kakak air kosong.
Kafe ni ustaz Abdullah Khairi usahakan utk menampung kos pusat tahfiz yg ditubuhkan. Kiranya kalau kita berbelanja kat sini, secara x langsung kita menderma utk pusat tahfiz tersebut. Makan sambil menderma..

Sebelum balik, bergambar dulu kat bawah. Hihi.. Dlm kafe tu x bergambar..

Kami bergambar dgn gambar ustaz je.. Hihi

Siapa2 nk beri sumbangan, blh ambik no akaun di dlm gmbr.

Ok la.. Da sampai stesen. Berhari2 nk abis entry ni. Haha.. November pun da abis.. Layan je la ye.. 
Terima kasih sudi membaca.. 
Wassalam..



You Might Also Like

7 comments

  1. Ada kesempatan nanti nak try lah restoran UAK ni 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la..👍
      Sambil makan sambil menderma..😉

      Delete
  2. oh dah pegi kafe uak ye, makanan situ tengok menarik juga yang orang share..ada rezeki bolehlah singgah bila2.

    buat kakak selamat menempuh alam persekolahan yang sebenar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Dah org tu ajak.. Hihi..
      InshaaAllah.. Ada rezeki boleh la pegi..

      Terima kasih atas ucapan buat kakak...

      Delete
  3. wah...Aimy darjah 1! dah besar anak Ira.

    akak pun guna Njoi je Ira, bukan selalu tengok tv pun. Buat ada2 je. Njoi pun tiap tahun makin naik caj dia. Lambat pasang makin mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak.. Kejap je da darjah 1. Aah.. Kitaorg masuk pun time promosi baru ni. Tp ye la, bila murah tu, dia bg recon pnya piring. Hehe..

      Delete
  4. Sekarang ni mmg tgh musim orentasilah ek...budak Darjah 1, budak Ting 1....mmg bizilah mak mak semua....

    Yelah Ira, sambil kenyang perut, boleh jugak menyumbang...dapat gak saham akhirat tu

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images