Kakak melangkah ke alam persekolahan sebenar.. 📚📖

Wednesday, January 10, 2018

Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga kita semua sentiasa sihat, cergas dan ceria hendaknya. Semoga kita semua sentiasa dlm rahmat Allah s.w.t.

Alhamdulillah.. Minggu ni da masuk minggu ke 2 bulan januari 2018 kan?. Anak pun masuk hari ke 7 sekolah. Alhamdulillah, hari ni tenang sikit. Walaupun mata ni rasa berat je. Hehe..

Hari ni nak cerita pasal  persekolahan kakak aimy. Tahun ni kakak melangkah ke alam persekolahan yg sebenar. Harapnya kakak bersedia la fizikal dan mental. Ibu pun kene bersedia jugak.. Persiapan dari segi baju sekolah, peralatan sekolah.. Kami buat sikit2 sebelum masuk bulan december. Tgk org da start shopping brg2 sekolah masa kami beli brg dapur hujung bulan, kami pun terasa haa..da kena beli brg sekolah da ni. Baju sekolah kakak kami beli sebelum dia orientasi 25 hb 11 thn lepas. Beli dlm sepasang dulu. Lepas tu beli lagi 2 pasang.
Kengkononnya nk menjahitkan masa siap baju raya thn lepas. Tinggal cita2 gitu je la.sudahnya beli je. Haha.. Kalau tggu aku jahit, mau la sepasang je baju si kakak. Bila kakak da start sekolah, rasa mcm x cukup je baju dia, bkn apa, x sempat nk iron tiap malam.. So beli la baju sek dia lagi sepasang. Cukup la 4 pasang baju sek keb. Hujung mggu iron terus 4 pasang. Huhu.. Kalau ikutkan pengasuh, baju tu blh pakai lagi esoknya. Tapi aku kesian plak kat anak, pakai baju berbau peluh. Dulu2 aku da merasa da. Mmg x selesa, tapi baju 2 pasang je, redha je la. Masa kakak tadika pasti, kami hari2 basuh baju uniform dia, tu yg agak lusuh tu.

Kasut sekolah kami beli sepasang je. Kasut pengasuh lama ada bagi sepasang. So blh la buat backup. Muat lagi kasut tu. Sekali beli brg2 dia, mmg lebih la rm100. Tu x masuk yuran lagi tu. Aimy sek keb sesi pagi, sek petang dia nak sek tahfiz. So tahfiz pakai jubah hitam dgn tudung hitam. Kurang la pakai baju putih kan, lega skit la dpd kene menyental. Hihi. Tapi jubah dia ada sepasang je. Ada jubah lain, tapi x hitam semua..katanya x blh pakai. Kene cari la lagi sepasang. Kesian pulak pakai baju tu utk 5 hari wp pakai sekejap, tapi tau je la budak ni. Melompat je kejenya. Kebersihan kena la jaga jugakkan.

Buku teks dpt masa hari orientasi. Tapi ibu ni kan suka keje last minit. Hari ke 2 sekolah baru la siap balut. Buku sek tahfiz x dpt lagi. Tak tau la bila dptnya. Yuran sek keb je x setel lagi. Cikgu kata tggu surat. Standby je la duitnya. Hrp2 x mahal la. Yuran tahfiz da setelkan awal. Korek tabung juga nk setelkan sek anak ni. Tu baru seorang sekolah. Patut la dulu2 mak cukup risau kalau abah x dpt bonus hujung tahun. Duit la guna utk persiapan kami ke sekolah. Yg perempuan, mak jahitkan baju kurung. Yg lelaki mak jahitkan baju melayu utk sek agama. Kalau dia pandai buat kemeja, aku rasa mesti dia jahit jugak kemeja sek adik2 aku. Gigihnya mak. Tak macam anak mak ni.. Huhu...

Hari pertama sekolah, alhamdulillah, tak de drama. Kakak beratur ikut kelasnya. Lps tu ibu pun beredar la ke belakang. Ada juga mak pak yg berselfie dgn anak2. Org da bersiap sedia nk perhimpunan ni. Masa nyanyi lagu negaraku, tetiba ada sesuatu terjadi. Terus aku teringat zaman aku sekolah dulu. Waktu perhimpunan rasmi la paling kecut perut sekali. Terutamanya bila kena lead bacaan ikrar atau undang2 sekolah. Naikkan bendera pun ketar lutut jugak wei.. Apa2 pun, tu semua pengalaman. Haha.. Siap cikgu sound, pengawas, baca ikrar tak payah jerit. Haha.. Da pakai mic kan, xyah jerit. Tapi itu la semangat. Kalau aku baca ikrar lemah gemalai, murid2 lain pun lemau la sama. Kat sek anak aku ni, masa nyanyi lagu negaraku dgn negeri selangor, x dgr suara sgt. Tapi bila lagu aku negaraku, bkn main lagi. Haha.. Anak aku hafal la lagu tu, mesti dia pun enjoy menyanyi.. Bab nyanyi ni bg la kat dia.

Kakak 1st day at school

Lps perhimpunan, diaorg masuk kelas. Kami ibu bapa tgk anak dr luar je la. Tggu la kejap kot cikgu nk ckp apa2 psl yuran ke apa ke. Cikgu bagi buku rawatan gigi dgn surat kebenaran utk rawatan gigi. Lps tu cikgu teruskan kelas. Berkenalan dgn semua anak muridnya. Kalau pengetua panggil pelajarnya permata, cikgu kelas aimy panggil pelajarnya sayang. Cikgu dia cikgu berbangsa india. Namanya Gowry. Aku rasa dia cikgu english. Sambil2 tgk aimy, melayan aisyah nak main taman. Dia bkn main menjerit nk main aman. Ok la, ibu bagi main. Tapi bila da panjat gelongsor tu, takut pulak. Ye la, gelongsor utk pra sekolah, x sesuai dgn umur dia. Dpt naik gelongsor seround, ok la dia. Lps tu kami beredar ke kantin. Lapar. Cari port kat kantin sblm bdk2 keluar rehat. Baru makan 2-3 suap, loceng da bunyi. So bangun la dr bangku kantin tu, aisyah je duduk. Suap aisyah sambil berdiri. Ayahnya tgkkan kakak membeli kat kantin. Kakak kami bekalkan nasi lemak, tapi dia x bwk bekal dia ke kantin. Aimy beli nugget rm1. Tapi dia bg rm2, dia terus belah. 😅😅 tapi mak cik kantin jaga, dia mesti da biasa dgn bdk2 yg mcm tu. Lps tu ayahnya ajar beli air pulak. Makan la nugget dgn nasi goreng yg aku baru makan sikit td.
Kakak dlm kelas & dikantin

Aisyah di sekolah kakak

Balik sekolah, kakak naik van. Da janji dgn acik van pagi tu, pegi kami hantar, balik naik van. En suami je pegi tgk dia balik. Aku duk umah masak utk mkn tghari. En suami ckp, acik van cari sorang2 budak yg naik dgn dia. Lega la hati ibu ni. Pesan kat kakak tggu kat mesin air dalam sekolah. Ada kerusi kat situ, duduk je kat situ. Cucu2 acik van pun ada sekali, so cucu2 dan anak dia pun memantau anak2 yg naik van ni. So far ok la kakak naik van. Van yg sama masa dia sek tadika pasti dulu.

Petang kul 2.30, ke sekolah Tahfiz pula. Sekolah tahfiz ni dekat dgn area rumah kami, dlm kampung kami jugak la. Kalau budak da besar, boleh jalan kaki je. Tapi sbb kakak baru darjah 1, so kami minta atuk pengasuh hantar dan jemput. Mulanya nak naik van, tapi atuk offer utk hantarkan, ok la. Takde la kakak kalut sgt nk bersiap ke sek tahfiz pulak. Dulu2 aku igt sek tahfiz ni full time, pagi sampai ptg, bila cucu pengasuh masuk sek tu, dia sek petang je. Pagi sek keb mcm biasa. Kakak pun bila tgk mia@cucu pengasuh sek situ, dia pun nak sek situ. Tahfiz ni, org2 masjid juga yg tubuhkan. Bertempat di masjid lama kg lindungan. Ramai juga yg hantar anak2 kat tahfiz ni. Masa aku terpandang iklan tahfiz ni, aku teringin nak hantar anak aku masuk tahfiz. Alhamdulillah, tercapai la juga hajat nk hantar anak belajar kat tahfiz wp tak fulltime. Masa nak daftar kakak, ada juga yg kata, boleh ke belajar kat situ, acik tgk main je.. Tapi xpe la, kurang2 tau jgk baca surah dan solat. Persepsi tu memula buat aku rasa mcm.. Biar betul..main je.. Tapi xpe la, hantar je la. Masa daftar tu pun tgk bdk2nya main je la bila ada peluang. Tapi lumrah la tu kan, budak2. Main tu keseronokan dan salah satu cara diaorg explore something. So far kakak cerita, 1st day tu sesi berkenalan, lps tu dia main. Skg ni dia citer, dia da start baca iqra. Bila dpt baca ustaz bagi kertas utk kaler. Dia cerita diaorg solat berjemaah. Lps tu belajar adab. So ok la, dlm main2 ada jgk belajar.
                    Jumpa geng pasti, terus nak main

Ini pun sama, sibuk nak main. 

Maahad Tahfiz Islami


Hari pertama sek, dkt tahfiz hanya ada pendaftaran, takde taklimat apa2 pun. Dlm kul 3 tu diaorg start belajar, kitaorg pun balik la. Pegi kedai rm2, beli brg2 skit. Petang ayahnya je yg pegi jemput. Ibu bereskan urusan kat rumah yg x setel.
Dia pun nak pencil box baru. "Encel bob incess" katanya. 

Setakat ini cerita hari pertama sekolah aimy qairina. Semoga aimy terus bersemangat utk belajar, cemerlang dunia akhirat. Semoga menjadi anak syurga yg cintakan Al Quran.

Terima kasih sudi baca entry yg panjang ni..
Belum berkesempatan utk berkunjung ke blog kawan2. Maaf ye..


You Might Also Like

4 comments

  1. wow...pandai menjahit baju Ira ni!

    Alhamdulillah...dah besar kakak Aimy, dah sekolah. Moga Aimy jadi insan yang cintakan ilmu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dah melangkah masuk ke alam persekolahan yang sebenar, rajin2 belajar ye kakak

    ReplyDelete
  3. Semoga kakak ain't berjaya dunia akhirat. Suka dia pergi sekolah x mcm bdk lain menangis

    ReplyDelete
  4. Sebelum masuk sekolah dah ada orientasikan Ira tu yg budak pun dah tak takuut sangat kot.
    Tengok Ira htr kakak Aimy, teringat zaman hakak hanto anak dulu dulu....la ni dah senja, tuanya rasa

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images