Happy birthday my true love, my soulmate, my bestfriend and.. Mymaid😆😆😆

Friday, October 12, 2018

Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat dan ceria hendaknya..
Lama aku x update blog.
Bnyk yg nk dicerita.. Seperti biasa.. Mak long is busy..😆😆

Macam2 la yg berlaku lately ni..
Hp rosak la.. Kaki sakit la.. Anak2 tak sihat la.. Cerita mak lang kawen & family day pun tak sempat nk coretkan disini.
Nk terjah blog kengkawan lagi la x sempat..

Semalam(09.10.2018).. Aku dilanda sakit perut cirit birit. Ntah apa la yg aku salah makan.. Dekat 10x kot membuang + muntah2 lagi..
Sampai xde apa yg nk dikeluarkan.. Selera makan mmg xde, makan utk alas perut je.

En suami x sihat gak, dia sakit belakang. Sibuk tadah air mlm semalamnya. Iye la kan, da katanya xde air 3 hari, kene la simpan air. Alhamdulillah sehingga pagi ni ada lagi air. Mujur la semalam ada air, masa cirit birit tu. Kalau x, jenuh la.. Mau aku ajak en suami blk kg smlm.

Semalam juga birthday en suami. Bukan main lagi kira.. Sambung kakak punya count down. Sabar je la.. Tahun ni xde celebrate or suprise kek.. Da x sihat kan.. Plan nk buat suprise suh org htr bunga ke kek ke kat tmpt keje dia, nasib x jd sbb dia mc semalam. Tepat kul 12 mlm pada 09.10.2018 aku wish kat dia.. Lps tu buat mcm biasa je. Anak2 pun aku x igt nk suh wish. Sibuk sakit😔. Lepas tu pulak birthday boy kene dera lak tu.. Sian dia aku tgk.. Kene masak dan buat keje rumah, kene layan si aisyah lagi.. Penat2 dia masak, aku makan sikit je. Kepok lekor dgn megi goreng dia masak aku x sempat jamah pun. Serius takde selera.. Makan je muntah balik.. 🤮🤮

Si kakak, balik dr umah nenek, terus buat kad ucapan utk ayahnya. Aku suruh dia tulis kat bilik sbb ayah dia curi2 nak tgk. Maghrib baru aku suruh kakak ambik hadiah ayah dia. Hadiah tu kitaorg da bungkus hr ahad. Sebelum en suami balik dr keje ahad tu.  Cepat2 aku bungkus. 3 hadiah tu bungkus dgn anak2.. Hadiah yg last tu, aku bungkus cepat2 tanpa pengetahuan kakak. Itu yg bungkusannya asal bungkus je. Haha.. Mmg mujur la dia tak tau sbb hadiah yg kitaorg bungkus sesama tu dia hampir kantoikan dpn ayah dia.. Dia kata, ibu.. Bila ibu nak bagi hadiah ayah? 😅😅🤦‍♀️Ayahnya yg antara dgr ngan tak tu, terus tanya.. Hadiah ayah?? Aku ckp mana ada.. Belum lagi kan birthday ayah..

Sejak hari ahad tu.. Si ayah ni duk mencari2 dimanakah hadiah dia.. 🤭🤭🤭 Mujur la ibu ni pandai sorokkan.. Dan kakak pn da jmpa kat mana ibu sorok hadiah tu, dia da paham psl rahsia.. So dia xde la bgtau.. Dia cuma ckp ngan aku bisik2 masa ayahnya kat dapur, dia kata dia da tau kat mana ibu letak hadiah ayah. So maghrib smlm la baru bagi. Tersipu2 ayah dpt 3 hadiah..☺️
Si ayah pada asalnya da frust sbb ingatkan mmg takde hadiah. Ye la kan cari2 x jumpa.

Malam sebelum tidur, aku suruh kakak tutup mata ayahnya.. Lps tu bila hadiah dpn mata, baru suh dia bukak.. Terkejut la en suami.. Ada lagi hadiah rupanya.. Menjadi suprise kali ni.. 😊😊
Lps dia bukak hadiah tu.. Bnyk pulak soalan dia.. Bila beli, kat mana beli.. Bla.. Bla.. Last2 aku tunjuk je resit.. Senang🤣🤣
Siap tanya, sorok kat mana? Aku ckp dlm almari blkg, pastu dia kata eh abg da bukak da almari tu.. Hahaha.. Mujur dia bukak je x selongkar. Kalau x, x jd suprise mak long 🤭🤭

Hadiah dia gigih aku usahakan..
Sebelum berakhir bln 9, aku survey2 online. Search jgk la kat mana ada jual. Paling mudah utk aku pegi, nu sentral la. Aku g hr khamis, aku pn x reti nk pilih yg mana. Apa aku nk tnya kat org kedai pn aku xtau.. Aku tgk mana yg aku berkenan. Aku amik gmbr. Lps tu aku pusing2 kedai lain.. Pada masa sama aku whatsapp adk ipar.. Tnya pendapat dia.. Plan nk suh dia buat2 tnya kat en suami, konon2 adk ipar nk belikan utk kwn dia ke.. Tapi xjadi.. Takut en suami dpt detect. So decide sendiri je la.. Nasib la kalau en suami x suka. Serius aku xtau taste dia.. Teruk kan.. Haha.. Dgn pendapat adik ipar, aku decide utk beli. Jumaat blk keje aku singgah nu sentral dan beli.. Berlari2 aku mengejar masa. Nk kejar tren 6.13 sbb en suami nk cuci kereta, dia suruh aku balik awal. Huhu.. Gigih x gigih laa nk buat suprise kan..

Alhamdulillah.. Dpt jgk la memberi sesuatu utk dia.. Suamiku yg tercinta.. 😜
Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 35 en suamiku azizul abdul aziz.. Semoga dikurniakan umur yg berkat, rezeki yg luas dan melimpah ruah, kesihatan yg baik dan kebahagiaan dunia dan akhirat.. Semoga menjadi hamba yg soleh dan muslih, anak yg soleh, suami dan ayah yg mithali. Ingat la akhirat banyak2 dan jadikan al quran sbg teman, jgn ditinggalkan..
Kejar akhirat, dunia akan menyusul.. 😇
Aamiin..

My other half, My Chef and My Everything😘😘💖

Kad ucapan kakak, kalendar reminder si dia dgn sebahagian hadiah utk si dia..
Birthday ayg nnt kene lebih la tau.. 😆😆😜😜

Entry ditulis pd 10.10.2018
Publish 12.10.2018
Hihi..kang pening lak membacanya..
Ok la.. Nk stop da..
Wassalam..

You Might Also Like

2 comments

  1. baca tajuk je pun dah tergelak akak! MY MAID...hahaha
    Happy Birthday utk en suami Ira.

    Ira, lembiknya lahai badan kalau sampai 10x cb! Mujur dah ok.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images