Semalam cikgu moody ckiit
Wednesday, August 20, 2008Semalam, dengan perasaan yg moody, aku ajak adik aku g kelas tuisyen. Sampai je kat sana, kelas gelap lg. So, aku terus masuk kelas. Tak lama lps tu, datang sorang murid aku, nama dia zulkifli. Dlm ramai2 tu, dia ni la pandai sikit. Dia selalu dtg awal. Sempat lg tu puji diri sendiri,
"Saya pelajar terbaik, cikgu. Sbb tu saya dtg awal."
"Ye la. Mana yang lain?" aku iye kan aje sambil tersenyum.
"Diaorg ni tak nak belajar kot cikgu" jawab dia sambil berjalan keluar mencari rakan2 lain.
Dalam pukul 8.30, baru la ramai sikit. Ada la dlm 6 orang. Aku pun edarkan kertas soalan utk diaorg jawab. Aku bg masa sejam utk diaorg buat, tp diaorg siap awal.. patutnya dlm 50 min je. Kul 9.30 tu start bincang jwpn. Bila bincang tu, sape yg jwpn salah mengeluh la dia.
"Hrmm..salah lagi."
"Tak pe, kita cuba." Sorang lg bersuara.
Bila soalan yang diaorg rasa senang dan confident betul, tetiba aku cakap salah. Jawapan aku lain. Mula la diaorang bising.
"Kenapa pulak bukan A cikgu?"Aku sengih je.
Kemudian aku terangkan la kenapa bukan A, tapi B.
Aku harap diaorg jelas dengan penerangan aku.
Bila da dekat pukul 10 je, diaorg da gelisah da. Terutamanya budak yang bernama Afiq. Hehehe..sbbnye dia pn suka tgk citer Kekasih Ku Seru. Zulkifli tu tak minat.
Dia cakap dia tak tgk citer melayu ni. Hehe..macam2 la budak2 ni.
Diaorg tak tau aku pun layan citer Kekasih Ku Seru tu. Aku diam je.
Setakat ni seorang je la budak perempuan dlm kelas aku. Nama dia Nurfarah Nina.
Pendiam je budaknye. Free hair. Cantik. Suka melukis.
Dlm kelas aku, ada je gmbr dia lukis. Aku diamkan aje.
Yg penting dia dtg kelas n bg perhatian masa aku ajar. Bila free dia nk melukis, biar la.
Aku harap dia faham apa aku ajar. Budak2 ni biasa la.. bila tanya cakap faham. Bila exam, macam tak faham je.
Untuk masa yang singkat ni, aku rasa, aku perlu buatkan nota ringkas. Yang membolehkan budak2 ni senang faham. Sekurang2nya bleh improve diaorg punya grammar, senang nk buat karangan nnt.
Perut aku kelaparan sebenarnya masa dlm kelas semalam. Sebabnya aku g ngajar aku x makan apa2 pun. Majuk la kononnye. Ye ar sape x majuk, cara cakap seolah2 salahkan aku beli monitor 2nd hand. Cakap ngan aku nak yang murah, da la nk murah, nk yang elok, pastu nk LCD n flat skrin monitor. Budget sikit, aku amik la 2nd hand je. Kadang2 2nd hand ok je. Ikut rezeki la. Tp aku beli tu ada warranty kedai sebulan. Kalo x ok, bleh tukar balik. Yang rasa kecik ati tu, cakap x pk langsung dia tu mintak tlg aku. Da nk maghrib aku g amik pc tu kat member aku. Tol ngan minyak aku, aku tak mintak pun. Da la tau order je. Kalo nk bagus2 beli la sendiri.
Aku geram rasa nk nangis, aku terus bangun g cuci pinggan. Tapi geram aku x reda lg. Aku capai tuala, aku msk bilik air and mandi. Aku terus nangis dlm bilik air tu, xleh tahan da air mata ni. Dlm hati aku berdoa smga Allah kurniakan aku sekeping hati yang ikhlas. Lama jgk br aku ok ckit. Tp aku masih x kuar mkn mlm, aku terus prepare apa nk bwk g tuisyen. Kul 8 lbh tu aku terus g tuisyen ngan perut kosong. Mood aku x best semalam. Nasib baik la bdk2 kelas aku pandai menceriakan suasana. Mood aku terus berubah jadi ok. Diaorg tak tau pun aku moody masa tu. Air muka macam biasa. Cuma tak cakap banyak ngan diaorg.
Sampai umah, bf aku sms. Pujuk suh mkn. Dia pantang kalau aku tak makan. Sbb dia tau aku kuat mkn. Bila aku tak mkn, nnt aku gastrik. Aku saje je la ckp, kalau aku dpn mata dia, majuk xnk mkn, apa dia buat. Dia ckp, dia akan picit idung aku n tarik pipi aku. Haha.. macam la berani. Aku cakap ngan dia, nnt aku nk try la majuk xnk mkn. Berani tak dia nk picit idung aku ngan cubit pipi aku ni. Hehe.. aku tau, dia xkn buat. Abes2 dia acah je. Tak sampai ati nye dia nk wat gitu kt bucuk dia ni.
Mujur la ada yang menceriakan aku semalam. Salah satunya, citer favorite aku. Kekasih Ku Seru. Adik2 pun sama, suka tgk citer tu. Bila aku da mula bersuara, tanya macam2. Baru la orang yang wat aku moody tadi berani nak tegur n cakap ngan aku. Da lama aku tak majuk camtu. Mentang-mentang aku diam je, ikut je, layan je, bleh plak lupa yg aku ni kakak dia. Cakap sesuka hati je.


0 comments