Bulan jalan-jalan ~

Wednesday, August 20, 2008

Ogos, bulan aku berjalan dan memperabiskan duit yang ada. Muehehe.. Operasi membeli belah telah bermula sejak jun yang lalu. Hehe..puas ati aku. Tp ada lg yg x beli. Tudung soleha tak beli lg. Berkenan sungguh aku tudung camtu. Jmpa yg berkenan, tp kecik la plak. Nnt arr g beli ngan abang. Dia ckp dia tlg pilih je tp bayar sendiri. Budget takde katanya. Aku cakap, iye la.. org suh pilihkan jek tak suh bayar pun =p

Erm.. minggu lepas aku ke Batu Pahat. G konvo adik aku yg no 2. Kami bertolak pagi ahad dlm kul 10 lebih. Benti rehat kat Senawang. Adik aku nk p toilet. Mak pun membuka bakul bekalan. Haha..kebulur semua org. Baru jek sejam lebih jalan. Aku mengambil kesempatan utk merehatkan kaki n menyapu sumer tempat yg sakit dgn emmeltz yoko-yoko. Lega rasanya bila hangat.

Kul 11.55 am kami gerak semula. Pastu tak de benti2 da. Terus je cari hotel. Fuyoooooooooo jauh jgk hotel adik aku tempah ni. Bdn aku da sakit-sakit ni. Sakit semalam pn x ilang lg. Huhu..risau la plak, kene sakit kaki cam mak. X bleh mkn daging bnyk. Dlm perjalanan tu, mujur la mak aku bnyk cerita. Mengimbau kenangan saat aku mula mengenal alif, baa, taa.. Mak aku cakap umur 3 tahun dia da ajar aku mengenal. Masa tu baru la terfikir, perasaan malas yang menebal dlm diri masa kecik2 dulu adalah pemusnah kejayaan masa akan datang. Suara mak yang membingitkan telinga masa kecik-kecik tu la jentera penggerak kita utk ke arah kejayaan pasa masa depan. Kepada kawan-kawan yang mempunyai anak-anak, bakal mempunyai anak-anak, yang mempunyai anak murid, kerah la anak-anak kalian untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Jangan terlalu ikutkan kehendak anak. Tegas dalam mendidik mereka terutama ilmu fardhu ain dan ilmu tajwid. Kelak, anak kalian akan menjadi insan yang berkebolehan. Letak la mereka di mana pun, tiada rasa gundah dlm diri mereka kerana kalian telah bekalkan mereka ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat. Jika lahir mereka sebagai seorang pemimpin, dia akan menjadi pemimpin yang boleh dibawa ke majlis bacaan yaasin, pemimpin yang boleh mengimamkan penduduk kampung tanpa rasa ragu-ragu. Mudah-mudahan dia berkeyakinan utk menghadiri majlis bacaan yaasin, doa selamat, tahlil, marhaban, dan sebagainya.

Zaman kita, zaman moden dan canggih, manusia semakin lupa dan leka. Terlalu mengejar keduniaan hingga akhirat diabaikan. Bentuklah anak-anak kalian dari alam kandungan. Mudah-mudahan generasi yang bakal lahir nanti akan menjadi generasi yang berjaya di dunia dan akhirat. Berbangga lah kalian dgn anak-anak yang fasih dan lancar membaca ayat Al-Quran dan membaca doa disamping fasih berbahasa inggeris seperti yang dibanggakan ibu bapa masa kini.

Semangat nye aku, cam bg ceramah la plak. Hehe.. tp aku cakap benda yg betul. Walaupun aku belum ada rumahtangga sendiri, anak sendiri, tetapi aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku pada alam sekeliling. Jika tidak dipantau pembesaran anak-anak, kalian akan menyesal. Melihat anak-anak membesar begitu cepat. Tahun demi tahun berlalu dgn pantas. Tgk je la skg ni, bln 8 da nk abis. Sket lg nk puasa da. Pastu pejam celik pejam celik, da Happy New Year, 2009!!! Baru nk pk blk, apa aku buat thn 2008?

Erm.. Lama betul flash back + ceramah motivasi free of charge. Hehe.. Aku sampai batu pahat dlm kul 2 lebih. Huhu..tak larat nk bwk lelaju, lenguh kaki. 110 - 120km/j je da la.. Siap suh adik aku urut lg masa tgh drive tu.Sesampai di hotel, aku terus rehat, solat dan baring2 kejap. Mkn panadol 2 biji. Dlm kul 4 tu, kitaorg g Summit Batu Pahat. Cari monitor adik aku. Then kitaorg g UTM skudai. Hohoho... hujan renyai2.

Dlm perjalanan nk kuar dr tol Ayer Hitam, ada sebijik kete proton saga kuar dr simpang. Aku mmg nmpk kete tu. Tp tak de la aku duga yang dia nk kuar time aku lalu dpn dia. Hampeh betul. Nyaris2 aku langgar dia. Mujur la kete sblh kiri jauh lg. Aku sempat mengelak. Terkejut jgk la penumpang2 aku. Aku tak hon dia.. baik ke? ke patut kene hon jek. Ntah la.. aku tak biasa la hon2 ni. Aku tkt nnt org tu terkejut. Bila dia terkejut, lg dia amik tindakan drastik. Jangka kita bleh kawal keadaan, terus benda lain yg jadi. Setakat ni aku masih bleh mengelak n mengawal keadaan. So, pecut je la ke depan, mls nk cari pasal. kang aku hon kang, dia lumba aku plak. Baik tak payah.

Lps masuk tol, hujan mula turun dan semakin lebat. Sampai kt utm kul 8 mlm. Huhu..sejuuuuuuuuukkkkkkk sangat. Lps anta monitor baru kt adik aku n bwk balik monitor yg lama ckit dr monitor baru tu, kitaorg terus balik. On the way back, singgah kat machap. Makan.. laparrrrrr sangat. Aku makan bihun sup je. Sib baik la rasa dia ok. Cuma kopi panas yg aku mintak tu je rasa tak best. Kopi da lama kot. Aku ckp ngan adik aku.. cuba rasa kopi ni, cam rasa bontot kuali jek. Adik aku gelak. Teringat citer P. Ramlee. Aku pow air milo adik aku, pastu minum baki air teh 'O' mak aku.

Lps makan kitaorg balik. Sampai hotel, mandi, solat then terus tdo. Tak larat. Esoknye nk bgn awal. Pg tu kul 7.30 kitaorg gerak ke UTHM, huhu..jalan jam. Biasa la kan, hari bekerja. Sesampai kt UTHM tu mujur la sng dpt parking. Gerak g dewan, aku ngan adik2 tunggu kt luar. Tgk dr skrin jek arr. Huhu..lama betol menunggu. Kitaorg kelaparan. Roti dlm kete plak. Aku suh adik beli cucur kt bdk pempuan yg jual kt situ. Pandai betul cr duit. 4 biji cucur kecik2 rm1. Mana cukup beli sebungkus je. Plg kurang kene beli 2. Baru kenyang. <--Statement orang kuat makan. Hehe..

Majlis abis dlm kul 11 lebih. Pastu sesi bergambar. Pastu g lunch kt kafe, tggu adik aku siap bergambar ngan kwn2 dia. Kul 1 br gerak ke kete. Then tunggu lagi. Tunggu adik aku g amik transkrip n pulangkan jubah. Huwaaaa..letihnye menunggu. Hujan renyai2. Nasib tak lebat. Dlm kul 2 lebih gerak kuar dr UTHM. Singgah kt Ayer Hitam. Mak beli pasu 2 biji. Bunga 4 tangkai, beli kepek2 ngan cempedak. Huhu.. Abah belanja. Muehehehe..

Pastu singgah petronas, kononnye nk reload touch n go, tp xde plak. Siap solat sumer, gerak je la. Kali ni bayar tunai. Mujur baris x panjang. Lps msk highway, cuaca da panas. Huhu.. ngantuk je rasanya. Mak layan aku borak. Da nk sampai ayer keroh, mak da tdo. Mujur adik aku x tdo. Dia la tlg picit2 bahu aku. Rehat kt Ayer Keroh, masing2 lapar. Memula mak order Mee Rebus satu je. Ooo mana cukup. Org lain pn lapar jgk tgk mak makan. Aku suh adik aku beli Bihun Sup 3 mangkuk. Air sirap 2 cawan ngan mineral 1. Sambil2 tu tgk citer Akukah Tanggang? Dlm kul 5 lebih tu, gerak balik.

Erm..sampai umah dekat2 maghrib. Kononnye nk elak jam. Termasuk kat faderal highway, sangkut la. Lupa la.. hr isnin, org keje. Pastu kt umah plak ada psr mlm. Lagi arr, sangkut. Tetiba ada sorang budak india melintas dpn kete aku. Wp aku slow, tp disebabkan aku br turun dr bonggol, kete terkedepan la. Mujur x kene kaki dia. Memula dia nk melintas, aku hon. Then dia teragak2 nk terus melintas or undur ke blkg. Emergency break!! Hadoihhh..budak ini, mau mati ka?? Aku geleng kepala. Sbb tu la aku tak mo hon org. Aku tkt org terkejut. Mujur la pelahan, kalo laju? Nauzubillah.. menakutkan je.

Alhamdulillah, sampai jgk kami ke rumah dgn selamat. Letih sungguh rasanya. Mlm aku tdo awal. Pastu bgn subuh abg kejut kul 6.30 pg, then tido blk. Kul 10 pg br bgn. Lamanya aku tido. Ptg g maybank, pastu g pejabat pos. Setel urusan aku, blk umah mkn, pastu wat English Notes utk murid2 aku. Huhu.. Esok da khamis. Huwaa... Tak siap lg notes aku tu. Erm.. aku plan nk kasi diaorg wat soalan summary. Soalan da siap. Tinggal diaorg nk jawab je. Tp rasanya x sempat kot nk bincang. Bln dpn da puasa. Tak tau la camne jadual diaorg ni. Rugi la kalo takde kelas. Da dekat nk peksa da ni. SPM just around the corner. Hehe..cam aku plak yg pekse. Ngape la dulu aku x sungguh2 camni. Kalo tak mesti BI aku dpt A.. hehe..

P/s: Kalo rajin, tgk la FP..gmbr konvo adik2 aku.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images