Bersyukurlah~

Friday, September 05, 2008

Syukur Alhamdulillah...

Terdapat pelbagai cara untuk melahirkan rasa kesyukuran kita atas segala nikmat yang kita perolehi selama ni. Salah satunya ada merasa cukup dengan apa yang kita ada sekarang. Namun, adalah sesuatu yang amat sukar untuk sesorang itu merasa cukup kecuali orang yang benar2 beriman. Aku tergerak hati nak cakap topik bersyukur ni sbb tadi aku x sengaja terbaca satu blog pasal PTD. Erm.. pastu aku baca komen sorang insan dr negara lain. Aku tertarik dgn kata-kata dia.

"Kamu sepatutnya bersyukur kerana negara kamu tidak ada peperangan, tidak ada ibu/bapa yang sanggup menjual anak supaya menjadi pelacur untuk mendapatkan wang, kamu masih boleh makan, hidup dengan aman..."

Kita bkn tak terfikir semua yang diperkatakan, cuma kadang2 kita leka. Kita lupa yang hidup ni ibarat satu putaran roda, kadang di atas dan kadang di bawah. Manusia, dikurniakan nafsu. Hawa nafsu itu la yang buat kita lupa memandang ke bawah. Dan sebab itu lah kita tidak merasa cukup dengan apa yang kita ada.

Kadang-kadang kita tak sedar, kita tergolong dlm golongan yang x sedar dek untung. Kita tak boleh tengok org lain lebih. Kadang-kadang sifat ini tidak sampai ke tahap iri hati. Ia cuma satu keinginan. Jika tidak dikawal, mungkin ia akan sampai ke tahap iri hati. Selain itu, ada juga perasaan mahukan sesuatu yang lebih. Beli kereta, selesai hutang, beli kereta baru yang lebih besar. Perasaan itu datang semula jadi, tapi kadang2 ia datang kerana keperluan.

Adakalanya tidak semua keperluan kita dapat dipenuhi. Mungkin terdapat kekangan tertentu membuatkan kita tidak mampu memiliki apa yang kita inginkan. Dan pada masa inilah kita perlu memikirkan hikmah disebalik dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t serta memandang ke bawah, melihat org lain yg tidak memiliki seperti apa yg kita miliki. Kerana, dengan cara itu rasa syukur akan lahir dalam diri kita. Ia juga mendekatkan diri kita dgn Allah s.w.t agar kita mensyukuri nikmat kurniaanNya serta menyedarkan kita dari kesilapan yang barangkali kita lakukan tanpa disedari.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik dengan jalan yang betul serta redha dengan pemberian Allah kerana setiap kurniaanNya tidak ternilai.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images