Ramadhan ~
Thursday, September 04, 2008Dah lama aku tak update blog. Baru hari ni nak update. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan-kawan semua. Aku memohon maaf andai ada salah dan silap aku pada kalian selama ni.
Hari ni masuk hari ke 4 kita berpuasa. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik utk menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah, setiap malam kami sekeluarga bersama-sama menunaikan solat isyak & tarawikh di masjid. Setiap hari aku memohon agar dikuatkan iman dan dikurniakan hati yang ikhlas.
Memang dugaan yang kuat, walaupun syaitan semua diikat pd bln ini, namun nafsu yg ada dlm diri ini sukar dibendung. Kalau tgh solat tu, rasa nak habis cepat je. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Sepanjang beberapa hari berpuasa ni, aku belum berjaya menahan kerinduan aku pd abg. Walaupun setiap hari kami berbalas msj, setiap pagi kejut dia bgn sahur, tapi aku seperti merasakan suatu perasaan yang aku sendiri sukar nak gambarkan. Mungkin aku terlalu ikutkan perasaan. Mungkin juga aku terlalu fikirkan mimpi-mimpi yang aku alami kebelakangan ni, sebelum kita mula berpuasa. Aku beritahu dia pasal mimpi2 aku, dia kata, mimpi cuma mainan tidur. Ntah la, susah nk cakap. Aku hanya mampu berdoa agar jodoh kami dipanjangkan.
Aku perlu berubah, dan inilah masanya untuk aku berubah. Aku perlu berubah dari bersangka buruk. Aku mesti berfikiran positif. Untuk kebaikan kami berdua. Aku ingin meningkatkan kecintaan aku pd Ilahi. Tapi aku tak de kekuatan itu. Kekuatan untuk bangun tengah malam. Memperhambakan diri kepadaNya. Aku rasa aku perlu lakukan itu supaya aku lebih tenang. Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk meraih cintaMu. Cinta yang tiada keraguan dan syak wasangka. Cinta yang tulus dan ikhlas.
Aku harap dia tetap seperti dulu, mungkin dia ada sebab tersendiri. Aku perlu memahami dia.
Da lupa ek? baru je minta maaf dgn dia kan sblm puasa ari tu. Erm... bucuk. Tetap bucuk dia jgk. Tapi jgn la terlalu kebudak-budakan hingga merimaskan dia, betul x? Sekali sekala tak pe la. Jangan terlalu memaksa dia. Erm..aku masih ingat pesanan dr sahabat2 aku. Betul kata mereka, jgn terlalu memaksa, nanti dia bosan. Lagipun, cinta tu kan, perlu pengorbanan. Agaknya, inilah pengorbanan yang aku perlu buat. Pengorbanan yang tidak melibatkan wang, tapi cuma melibatkan pengertian perasaan. Huh!! susah tu.
InsyaAllah, aku akan cuba.
Semoga aku berjaya mengerti hati seorang lelaki.
Huhu...statement yg sangat sukar utk dilaksanakan. Da bertahun aku kenal dia, tapi belum berjaya mengerti hati dia. Mungkin betul kata Zek, ada perasaan SELFISH dlm diri yg membuatkan kita sukar untuk memahami org lain.
Buang rasa SELFISH jejauh, tanamkan rasa IKHLAS dlm hati. Mcm aku ckp kt Zek, bf kita bkn Super Hero mcm citer Budong yang bleh berjanji dgn Sayang dia Maya yg dia akan sentiasa ada bila Maya perlukan dia. Ya, dia cuma manusia biasa. Ada kekurangan dan kelemahan.
Kesempurnaan adalah gabungan kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap pasangan.


0 comments