Puasa & Raya~

Wednesday, August 25, 2010

Salam semua.. Lama x menulis. Dlm hati ada jgk hasrat nk menulis, tp ada keje so ditangguhkan la. Tmbh plak tak tau nk citer apa. Erm... hari ni 15 Ramadhan 1431H. Sekejap je da 2 mggu Ramadhan berlalu. Sepanjang Ramadhan ni, Alhamdulillah puasa masih penuh :) cuma solat terawikh ada lubang skit. Tp harapnya tak mcm tahun lepas la. This year, even tak pegi masjid pun berjemaah, aku buat jgk kat rumah. Harapan aku, Ramadhan kali ni dpt membentuk diri ni jadi insan yg bertaqwa. Sepanjang Ramadhan ni, Alhamdulillah.. jika berterawikh di masjid, boleh kata setiap hari ada tazkirah. Pengisian ilmu yang sangat berguna. Jemaah pun ramai.. syukur Alhamdulillah. Menurut ustaz, payah nk kumpul org seramai itu. Ini menunjukkan perpaduan dan kekuatan umat Islam. Antara pengisian yang boleh aku kongsikan disini secara ringkasnya adalah :


1) jadikan Ramadhan bulan latihan untuk kita melawan nafsu, latihan untuk kita mengimarahkan masjid, latihan untuk kita memperbanyakkan amalan sunat.
2) penuhkan diri kita dgn Allah, kalau kita nk Allah sentiasa bantu kita dan sentiasa bersama kita. Perbanyakkan ucapan "La Haula Wala Quwwata Illa Billah". Bila kita dalam kesusahan atau tidak tenang, baca la ucapan tersebut. Baca banyak2 kali. InsyaAllah, Allah akan buka jalan untuk kita. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
3) Beramal mengikut kemampuan kita. Yang penting amalan kita tu diterima oleh Allah dan niat mestilah kerana Allah. Kalau tak sia2 je kita buat sesuatu kebaikan tu.
4) Lps Ramadhan, teruskan amalan mengimarahkan masjid. Ye la kan, kita ni kdg2 g masjid time puasa je. Time tak puasa jarang malah ada yg tak pernah ke masjid selain dr bulan Ramadhan. Sebaiknya, kemana pun kita pergi, singgah la di rumah Allah. Dan apabila kita duduk dalam rumah Allah, niat lah beriktikaf dalam masjid. InsyaAllah, apa sahaja yg kita buat, akan dpt ganjaran pahala.

Begitulah serba sedikit pengisian yg dpt aku kongsikan bersama. Erm.. InyaAllah, kalau ada lg nnt aku tambah. Sekadar yang aku igt, aku sampaikan la.. :)

Erm.. Alhamdulillah, hari ni gaji da masuk + pendahuluan raya. Syukur sangat. Boleh buat belanja persediaan raya + kawen. Hehe.. Biasa la, apa yg kita nk belanja sentiasa terlebih dr apa yg kita ada. So supaya tak terbelanja lebih, kene la senaraikan yg mana keperluan & yg mana kehendak. Biasanya kehendak tu lg bnyk kan.. Hehehe.. aku la tu.

Persiapan raya aku da buat sikit2.. selari ngan persiapan kawen. Langsir da siap, baju raya tggl opah punya je mak x siap jht lg. Mujur baju mak aku da beli kain dr sblm raya. So tak risau sgt.
Baju abah pn da beli wp bkn duit aku. Huhu.. terkilan gak. Tp nk buat camne kan. Kene tgk bajet kita la. Baju raya aku da siap sepasang. Cuma nk cari lg sepasang. Tu pun sbb nk sama ngan tunangku. Cadangnya nk beli sedondon tu sbb nk pakai time adk dia tunang nnt. Mm.. Cuma yg aku tak beli lagi tudung. Untuk mak, adik n aku sendiri. Pastu kasut raya aku. Hehehe.. skg ni lanyak je kasut mana ada. Biasa la sejak raya jd drebar ni, aku kurang pakai kasut yg comey2..
Ye la kan.. nek kete..sampai umh org bkk kasut. Bkn sape nk tgk kasut kita pun. Tp tahun ni kene beli gak kot. Hehehe.. tgk arr bajet camne.

Persiapan kawen..agak perlahan bln puasa ni. Sbbnye letih nk jalan2 siang<--alasan je tu. Tp hr tu larat je p JJ ngan adk aku siang2 hari. Hehe.. Dpt gaji ni br la start blk. Membeli apa yg patut. Lps tu nk shopping with my fiance. Haaa... tak sabarnyaa.... Kalau dpt berbuka puasa skali kan best.



You Might Also Like

3 comments

  1. Bestnya beraya kat mlesia!!huwaaaaaaaa..nak balikkkkk...uhuk2

    ReplyDelete
  2. Hehehe... balik la Dilla. Bawak baby Sufi beraya sakan :)

    ReplyDelete
  3. kejap je dah nak raya.. rasa baru je kita puasa

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images