Ye ke????
Friday, September 17, 2010Apa yg aku tak percaya tu????
Statement ni haaa... "Last Beraya Sbg Org Bujang"
Ekcelli ada beberapa org bg statement ni kt aku. Dr sblm raya, tgh raya & lps raya.
Sblm raya, masa nk apply cuti raya.
"Huh! Ira this year blh la cuti skejap, thn dpn... haaa.. nasib ahh... tak boleh dah..." <--statement br="" maksud="" memberi="" sama.="" sama="" tak="" tp="" yang="">
Di Pagi Raya yg hening... tengah aku sedap berselimut kedinginan sbb hujan dipagi hari.
"Hei, Ira bangun. Tahun ni boleh la ko nk bgn lambat, thn dpn rasa la kene bgn pagi. Tak kira la raya kat umah mak ke kat umah mak mertua" <--statement br="" maksudnya.="" ni="" pun="" sama.="" sama="" serupa="" tak="" tp="">
Lps raya, saat tgh online dgn kak asyiq. Saat aku menyuarakan rasa jeles kat tunangku yg syok cuti raya seminggu.
"Biar la dia raya puas2 ira. Last raya sbg org bujang tahun ni" <--yg br="" direct="" la="" ni="" statementnye.="">
Apa2 pun.. andai ada umur & jodoh, akan kutempuh juga situasi itu, insyaAllah.
Raya tahun ni, berbeza skit ngan raya thn lps. Malam raya tu kami solat maghrib berjemaah dan bertakbir. Diimamkan oleh adik ke 2 aku. Sayu rasanya hati bila sama2 bertakbir. Perginya Ramadhan tahun ini dan muncul pula Syawal. Entah sempat ke tidak utk bertemu Ramadhan yg akan datang.
Pagi Raya tu hujan lebat. Syoknye tido. Huhu... lewat bersiap menyebabkan aku tak dpt g smyg raya. Padan muka aku. Rugi rasanya. Tahun dpn tak tau lg cemana. Lps semua yg pegi smyg raya balik dr masjid, kami bersiap sedia utk sesi bermaafan dan bergambar. Huhu... syahdu kejap. Lps sumer org makan, kami pun konvoi beraya ke rumah saudara mara. Yg suprise nye, Pak Ngah aku yg jarang nk p beraya pn join skali. Kami ke Felda Soeharto Gedangsa. Jauh jgk perjalanan ke sana. Kami ziarah wan bibah, kakak kepada opah aku. Sian tgk dia, tp bila g umah dia kami bnyk ketawa. Sbb wan tu kelakar. Tmbh skg ni dia da tak berapa igt. So soalan2 & ayat2 dia tu wat kitaorg sumer ketawa. Masa kt umah wan, jmpa la dgn sepupu2 mak yg lain. Ramai jgk sedara mara ku. Cuma tak berkumpul, so tak berapa biasa la. Jmpa pn setahun sekali. Kalau selalu jmpa, maybe biasa kot.
Lps balik dari Gedangsa, kami ke Ulu Yam. Rumah mak cik aku. Sempat la g ziarah kubur arwah atun & nenek serta 2 org mak cik aku. Keadaan kubur terang & bersih. Cuma jalan nk p kubur tu da x elok. Jalan yg sblm ni telah ditarah utk buat restoran. Huhu..sadis tol. Keta aku da macam msk utan jadinye. Jalan nk naik ke tanah perkuburan tu da cam laluan 4wd je. Sabar je la.
Next day g beraya ke kg menyorok. Ziarah nenek saudara belah abah. Sian nenek tu. Sama cam wan jgk. Dia da x berapa nk ingat. Insaf skejap. Harap2nye, aku tua nnt tak la sampai tahap tu. Sian...
Sesi beraya 2 hari je. Raya ke - 3 kami ke rumah baru. Alhamdulillah, air dah ada. Meter belum ada lg. Tp kami jalankan jgk operasi membersih umah baru. Huhu..letih gak. Keje2 membersih selesai pd pkl 3 ptg. Siap lunch kat sana lg. Beli lauk bungkus, nasi opah masak dr umah dia. Kebuluran sumer org. Berselera sungguh wp hanya mkn pucuk ubi rebus. Hehe...
Mlm ahad tu kami balik ke PJ. Huhu... sib baik tak jem. Letih sungguh. Sian mak, dia org yg plg penat. Keje tak berenti.
Hari Isnin, siang tak g memana. Tp malam kami g beraya di umah Mak Long kat taman medan & umah cik biah kt Shah Alam. Lewat gak sampai umah. Letih tul.
Hari selasa, aku da start keje. Sunyi je kat opis. Tak wat keje pn. Banyak melagha je. Huhu... janji dtg keje. Kami dok borak2 je. Citer pasal hari kiamat. Insaf skejap. Hehe... Paling tak best bila takde tmpt nk makan. Banyak kedai tutup lg. Bisness masyuk kot. Malam tu, aku ke mydin. Beli bunga ngan sepupu aku untuk pelamin & bilik tido. Org tgk je aku beli bunga 1 troli. Tgk la.. i tak marah pun.
Hari Rabu, sama gak. Tak tau nk buat apa. So lepak2 kt ofis. Lunch lewat skit sbb kedai mkn penuh time lunch hour. User pn tak call, so rileks la. Takde isu pun yg perlu aku selesaikan. Menghabiskan masa di ofis dgn membuat peta utk ke majlis perkahwinan aku nnt. Siap juga akhirnya. Malam aku tak ke mana2. Tunang aku dtg ngan adik pempuan dia 2 org. Mmm.. tak bnyk yg kami bualkan. Segan kot. Mlm tu aku selekeh sket. Lantak laa.. hehe. Lps dia balik, adik aku ckp, senyap je. Cam tak de org. Aku jwb la, ala... x biasa lg. Ko tggu la da biasa nnt. Mmg sng org kata, wat pe nk segan dgn fmly tunang. Tp pd aku, segan tu kena ada la kan. Sbb kami bkn berkawan dr kecik. Lain la da mmg jiran sebelah umah dr kecik. Time aku berdua ngan dia pn, bkn bnyk borak. Banyak gaduh. hehehe.. so takkan dpn fmly nk berperang kan? Tmbh plak aku masih majuk ngan dia lg masa tu. Tp buat2 ok sbb dpn org lain. Yeke buat2 ok? Sbnrnya aku lupa aku majuk ngan dia. Tgk muka dia aku terus ok. Tak yah pujuk2 da. Bila dia da blk, dia sms aku, da tak majuk lg ke? tgk muka hepi je td... terus aku teringat yg aku majuk ngan dia sblm tu. Boleh ke camtu? Tu la peliknya perangai aku. Apa2 pn, aku dgn dia blum mesra lg. Fmly aku & Fmly dia pn tak biasa lg. Aku dgn Fmly dia pun tak berapa mesra dan Dia dgn Fmly aku pun belum mesra sangat. Bg la kitaorg masa utk sesuaikan diri. Masih ada batasannya pada waktu ini. Tggu arr lps kawen sok, baru la tau mesra tak mesranya kitaorg ni. Aku ni bkn peramah pn, so jgn la expect aku akan bnyk ckp. Melainkan aku berdua ngan org yg x bnyk ckp. So aku akan jd bnyk ckp. Hehe.. tu la aku. Kalau ada org lbh bnyk ckp, aku akan bnyk diam.. Tp tak tau la lps kawen aku akan bising. Org kata, diam cemana pn pempuan tu, bila dia ada ank, dia akan bising jgk. Ye la kan, melayan kerenah ank2 yg nakal.. nakal?.. nasib la ko ira... genetik nakal yg bakal diwarisi dah ada. tggu pewaris je. Nnt2 la aku citer nakal tak nakalnye aku masa kecik2.. lom masanya lagi kot.
Huh..jauh lak menyimpang. Hari Khamis, aku cuti.. ehehehe..sumer org cuti. Hari Malaysia. Aku balik kg. Hantar barang2 ke rumah baru, ajak mak g tgk perabot utk bilik tido dan g bayar duit katering. Huhu..seharian jgk la urusan aku tu. Malam, gerak dr umah opah ke umah bucu. Sng skit nk gerak.
Hari ni... Aku g keje nek komuter dari Batang kali. Pepagi da kuar. Tp amik tren lewat skit. Dkt kul 7 br nek train. Sempat arr sampai b4 8.30. Hr ni kt opis ramai skit la org. Bos pn ada. Tp keje masih tak bnyk. So keje aku.. baca blog. Ngan.. Update blog ku yg dah lama x update.. hehehe..
Ok la.. tengkuk sakit arr tetiba. Nak p solat.. pastu leh balik.. Hehe... boring gak hari2 gini. Biar la ada keje.. kurang2 aku tak mati kutu.
--yg>--statement>--statement>


0 comments