Kurang 40 hari lagi..

Monday, October 18, 2010

Sedar tak sedar, da pertengahan oktober dah sekarang.
Banyak perkara yg aku lalui.
Suka duka pahit manis.. sumer ada.

Pada 26.09.10 - Genap la setahun aku bergelar tunang kepada tunang aku.
Takde apa yg istimewa pun. Sepanjang setahun kami bertunang, macam2 yang kami lalui. Gaduh xyah ckp la. Alhamdulillah, masih lg bersama dan tetap berusaha untuk mengeneguhkan lagi ikatan ini dan mengekalkannya hingga akhirat. Walaupun pelbagai rintangan, namun ia tetap dihadai bersama. Walaupun masing2 tak berkesempatan untuk menyambut hari lahir bersama2 ketika berstatus tunang, tapi tak pe la.

Persiapan menjelang 20.11.2010 & 21.11.2010 tetap berterusan.
Alhamdulillah, walaupun perlahan tapi progress tetap ada.
Kurang 40hari lagi akan tiba waktu itu. Kami dah jarang jumpa. Hanya sms dan call.
Banyak urusan di pihak masing2.Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan segala urusan kami. Kerjasama daripada seluruh ahli keluarga amat aku hargai.
Bkn senang nk membina masjid ni. Aku pelik mcm mana dgn mudah je mereka merobohkan masjid yg dibina atas dasar cinta. Harapan aku semoga segalanya berjalan lancar dan ikatan ini kekal dunia & akhirat.

Makin dekat dengan hari itu, hatiku makin gementar. Rasa cam nk bg masa tu bergerak dgn perlahan je. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, mampukah aku menjadi seorang isteri, ibu, anak & menantu?Mcm2 cerita yg aku dengar, kdg2 hati kecil ni ada juga bertanya mcm mana aku nnt? Aku sangat berharap agar aku dapat memberi yg terbaik tak kira siapa aku disisi mereka. Kadang2 aku suka membandingkan diri aku dgn kwn2, mak dan org lain.
Mampukah aku menjadi spt mereka. Tau je la aku ni, perangai mcm org tak matang. huhu...Hanya Allah yang mengetahui hari esok kita kan.. smga Dia memberikan yg terbaik utk kita.. amin..

Hujung bulan ni, InsyaAllah.. kami akan berpindah ke kediaman baru. Mak abah akan tinggal di kg. Aku akan tinggal di rumah lama.Mungkin sendirian, mungkin dgn adik. Aku pun tak pasti. Erm.. macam mana hidup sendiri ek. Harap2 nye dpt la aku sesuaikan diri hidup berdikari.
Dah lama rasanya aku manjakan diri ni. Sumer mak buat. Huhu... Ada hikmahnya kan?
Peluang utk aku merasai hidup sendiri. Nanti lps kawen, takde la culture shock. Hahaha.. kawen pn ada culture shock ke?? Ye la kan.. ank manja cam aku ni, mana biasa buat keje rumah, bgn awal pg, basuh bj sendiri.. Tunang aku lg expert sbb dia 8thn hidup berdikari. Apa2 pn, aku kene belajar, belajar kenal ikan, sayur, memikirkan menu, belajar memahami org lain, belajar memasak,belajar menguruskan rumahtangga. Tp aku da terus terang ngan tunang aku.. aku tak pandai. Dia suh aku belajar. huhu.. so kene la aku belajar.

Erm.. selain persediaan duniawi, kene la buat persediaan rohani & mental kan. Aku berazam nk memiliki sebuah keluarga yg bahagia di dunia & akhirat.Rasa mcm terlalu tinggi harapan aku. Aku selalu berangan nk solat berjemaah dgn suamiku. Bila ada baby, nk baby turut disisi kami ketika kami berjemaah. Huhu.. amboi, bkn main aku ni.Bila baby da besar skit, aku berangan nk g solat berjemaah dgn suami ke masjid. Angkut la baby skali. Bestkan camtu? kenalkan ank dgn masjid dr awal usia. Pastu aku berangan lagi.. lps smyg jemaah kat rumah, nk baca quran sama2 serta mendalami tafsiran nya. Huhu...Pastu kalau sblm tdo.. aku nk minta maaf dgn suami aku & tido bwh ketiak dia.. hahahaha... jauh nye aku berangan.. Tp sumer tu akan jd best kalau dpt suami keje opis hour & keje gomen.Kalau keje shift cam keje dia skg.. tipis la harapan aku. Kalo shift mlm, dia kuar g keje kul 6pm, aku plak x sampai umh lg. Esok pg nye aku kuar g keje, dia baru blk keje. Kalo ada rezeki jmpa tgh jalan. Huhu... nk buek camno? Sabar je la..

Apa pun, tu sumer perancangan kita je. Allah yg menentukan. Allah maha berkuasa.
Semoga hati ini tetap dalam iman.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images