Kronologi kehilangan BJM4725 - part 1
Wednesday, April 27, 2011Kebelakangan ni, aku rasa sangat mengantuk & mudah mengantuk. So untuk menghilangkan rasa mengantuk tu, aku menaip la blog aku yg lama da x update ni.
Saje nk citer camne al-kisah kehilangan kete aku tempoh hari.
21.04.2011 6.50am
Aku tiba di stesen komuter seri setia. Bergegas nk kejar tren, tapi terlepas jgk. Huhu..
Lps aku lock kete sumer, hati aku rasa cam x sedap. Aku patah balik ke kereta aku utk make sure sumer ok. Lps tu aku pun menunggu tren seterusnya yg sampai dlm 7.15am. Masa tu kete ada lg. Ada kete lain parking sblh kete aku.
21.04.2011 7.20pm
Lps keletihan berdiri lama dlm tren, aku cepat2 turun. Keluarkan kunci kereta sambil menuju ke parking. Tiba-tiba aku tgk kat parking tu, kete aku takde. Eh xkan la tersorok kot. Mustahil la. Kawasan tu lapang. Xkan aku xnmpk kete kat sblh kete lain. Aku tanya india yg meniaga kat situ, dia ckp dia dtg da petang. So dia xtau. Jawapan yg mengecewakan. Aku terus bgtau abg, yg kete da ilang. Abg suh balik. Teksi takde plak. Masa tu x teringat langsung nk call jiran2 aku. So aku balik jalan kaki sejauh 2km. Sambil berjalan tu kepala otak aku pikir macam2. Masa tu aku x emosi sgt. Masih boleh kawal perasaan.
Bila nk sampai umah tu, abg call. Dia tanya aku, betul ke kete ilang? Ke aku salah letak.
Aku tetiba rasa emosi. Aku terus jawab, betul la ilang. Xkan la ayg nk tipu. Ayg belum nyanyuk lg la... pastu teeeet.... speechless.. terus air mata berjurai. Amik kau, aku da xleh nk ckp da. Pastu dia dok hello2 aku.. aku diam je.. dia dgr la suara aku menangis, pastu suruh aku jgn nangis. Da dia buat aku nangis pastu suruh jgn nangis plak. Da la stress kete ilang, dia plak ckp gitu.
Sampai area umah aku, aku singgah kedai mkn, beli nasi. Pastu naik tangga rumah, lutut aku da terketar2. Mmg x larat sgt masa tu. Tp aku kuatkan jgk smgt aku. Lps solat maghrib, aku rasa lega skit.
21.04.2011 10.50pm
Aku g buat report polis dgn abg. Abg dtg ngan kawan baik dia, azam. Masa kat balai polis, macam2 la polis tu tanya aku. One thing yang aku betul2 tak tau, kalau nk buat report polis psl kete ilang, kita kene bawak salinan geran & cover note insurance. Bila aku kata aku x bwk n x tau pun kene bwk, aku kene marah balik. Huh!!! ada ke pihak polis me'war-war'kan procedure nk buat report polis pada public??? So kawan-kawan, ingat lah ye. Salinan geran & cover note insurance letak kat tempat yang mudah utk dicari. Aku tak igt aku letak mana salinan tu. Abg g ckp ngan polis tu yg salinan geran ada dlm kete. Seingat aku, salinan yg latest mmg aku takde dpt. Yg lama2 aku ada fotostat lebih n suh abah simpankan. Pastu polis tu ckp ngan aku, buat apa letak salinan geran dlm kete. Aku x puas ati bila dia tnya aku camtu. Aku jawab la, saya buat 2 salinan. 1 salinan lg ada kat rumah, tapi tak pasti rumah mana. 1 lagi dalam kete. Pastu baru nk diam. Dua dokumen tu diaorg nk guna utk blacklist kereta kita yg ilang tu. Polis tu la ckp camtu. Masa sarjan tu dok tanya2 aku, aku sms mak aku, suh dia cari cover note insurance aku kat umah btg kali. Sbb aku igt, aku suh abah simpankan benda tu. Then mak cakap ada, Alhamdulillah. Bila tanya salinan geran, mak kata tak jmpa. Huhu.. Aku kene dtg balik balai tu keesokan hari nya sbb aku aku kene balik btg kali utk amik cover note tu. Polis tu kata, kalo camtu terpulang la, dia xleh nk buat apa sbb 2 dokumen tu takde. Nk bt camne, benda tu jauh. Transport pn xde. Lagi satu masalah kitaorg.
Setel hal report, aku pun kemas barang & balik ke batang kali. Sambil kemas tu, cari jgk salinan geran kat rumah pj. Tapi x jmpa. Aku call mak, tnya lg. Betul ke xde. Pastu mak kata, geran takde, tapi yg jabatan pengangkutan jalan ni ada la.. Aku terus ckp, haa..tu la dia. Mak tergelak2. Kalau benda tu, dr tadi lg ada. Alhamdulillah, kedua2 nya ada. Dlm kepala aku, malam ni kene cari kete utk dipinjam. Ye la, nk g balai tu pepagi nk naik apa kan? Puas kami memikirkan. Kawan2 terdekat, sedara or jiran terdekat. Semuanya guna kete bwk g keje. Satu2nya sepupu aku yg x guna kete bwk g keje ialah Hasim. Abg da risau. Aku ckp ngan abg, esok pepagi aku call cik mon tnya psl kete.
22.04.2011 1.30am
Otw balik abg drive laju. Risau perut aku tgk. Da la naik kancil, rasa melayang2 je. Tapi aku da letih, so xde la cakap bnyk. Sampai umh, abg turunkan beg aku. Dia terus balik umah azam. Dia tido umah azam. Huhu..time sedey2 ni, abg plak tido umh kwn dia. Ye la, kete tu kene pulangkan. Pastu dia balik btg kali naik moto pagi esoknya. Aku pn da letih. Msk bilik, aku mandi, solat n buat solat hajat skejap pastu aku baring. Aku minta permudahkan segala urusan aku. Kalau rezeki aku utk pakai kete tu setakat ni je, aku pasrah. Cuma aku mohon, permudahkan segala urusan aku yg berkaitan dgn kehilangan kereta tu.
22.04.2011 3.00 am
Aku baru nk lelap. Rasa baru je masuk alam tidur, tiba2 telefon aku berbunyi. Ada lelaki call. Dia perkenalkan diri dia sbg anggota polis. Aku igt polis sg way tadi. Kot la ada benda yg x setel lg. Pastu dia tnya aku ada buat report hilang kete x? pastu bila buat report, apa no report. Aku pun bagi la info2 yang berkaitan. Pastu selang beberapa minit, dia call lg. Dia kata dia jumpa kereta aku. Tapi keadaannya menyedihkan. Alhamdulillah, kete da jmpa. Tp sedih gak la bila polis tu ckp gitu. Tapi sekurang2nya kete aku jmpa balik, kira da mudah la urusan aku. Dia suh aku g tgk, tp aku ckp aku jauh. Xleh nk pegi. Lama jgk aku berbincang ngan dia. Pastu aku call abg, tnya camne. Abg kata kita g esok je la. Mlm ni pegi, bkn leh buat apa pn. Takkan nk berjaga kat situ kot xnk kasi org amik brg2 lain plak. Aku hanya berdoa yg terbaik. Atas nasihat polis td, aku try call balai polis sg way utk inform yg kete aku da jmpa. Tp jwpn yg aku dpt hanyalah.. datang esok pagi pkl 8 lebih. Aku cakap lagi.. dia bg jwpn yg sama jgk. So aku malas nk deal lg. Lantak la apa nk jadi. Aku da buntu. Sempat lg g makan roti sbb kelaparan. Pastu baru rasa ngantuk.
22.04.2011 7.00am
Aku dgr bnyi sms. Abg sms, tnya da call cik mon ke blum. Huhu.. aku terlajak rupanya. Aku bergegas solat subuh & sempat jgk berdoa smga dpt pinjam kete hasim utk ke balai sg way. Lps solat aku terus call cik mon. Tp dia takde plak kat umh, mujur Hasim ada. Dia ckp boleh. Tapi kene tanya ngan mak dia dlu. Erm.. dlm 7.30am, aku call cik mon balik. Cik mon kata boleh. Dtg la amik kete. Haa... lega rasanya. Allah permudahkan urusan aku.
22.04.2011 8.30am
Amik kete kat umh cik mon. Cik mon ajak makan serawa durian ngan pulut. Sedapnya. Lps ngidam aku. Hr tu ms mak msk, aku x dpt mkn sbb da basi. Amik peluang la mkn kt umh cik mon. Dalam kul 9.00 cam tu kami gerak ke KL. Kete Hasim bkn la kete baru. Mcm2 la kekurangan yg ada. Apa yg kami boleh buat, ialah bersabar & bersyukur dgn apa yg ada. Bila abg ckp lebih2 je, n dia cam stress je, aku akan ckp.. sabar la, ni je yg ada buat masa ni..bersyukur la dpd takde lgsg. Wp kete tu gaya x lepas je g KL, tp Hasim bwk lepas je sampai Melaka.
22.04.2011 10.30am
Kami mencari kete kami berdasarkan klu yang diberi oleh polis malam tadi. Huhu.. pegi siasat sendiri. Kami pegi sbb nk tgk je keadaan kete tu. Sampai je kat tmpt tu, nmpk kete tersadai. Sedihnya tgk kete kesayangan aku jadi camtu. Kitaorg amik gmbr skit2 pastu terus gerak ke balai utk inform psl kete tu da jmpa.
Rasanya takat ni je aku citer. Nnt aku sambung lg. Letih la plak. Nnt panjang2 jd esei plak.
Macam2 kisah kat balai lps jmpa kete tu.. nnt aku sambung ek.


0 comments