Tinggal Kenangan - BJM4725

Monday, April 25, 2011

Assalamualaikum..


Hari ni aku takde nk citer banyak. Just nk update tentang dugaan yang telah menimpa kami sekeluarga. Dugaan yang amat berat untuk aku pikul seorang diri. Kebetulan pada 21 April 2011, genap 5 bulan kami kawen. Kami tak sempat celebrate pun. Dugaan yang menimpa amat menguji kami berdua. Dalam pukul 7.20 pm aku turun dr komuter & dgn segera ke parking. Nk balik cepat, perut lapar. TAPI... bila aku pandang deretan kereta yang berbaki di parking tu, aku sedikit pelik. "Mana kereta aku??" soal aku dlm hati. Aku berjalan perlahan, meninjau kawasan sekitar, "Sah, kereta aku da hilang". Aku sms abg. "Abg, kete hilang".


Abg terus call aku. Dia suh aku tgk2 kat kwsn tu dan tnya org2 dkt situ. Lps tnya ngan org kat situ, jwpn yg sgt menghampakan. Aku terus jalan kaki balik rumah perjalanan lebih kurang 2km. Tak teringat da nk call sape2 utk amik aku. Aku terus berjalan sampai rumah. Nk naik tangga rumah pun da tak larat. Nk tercabut kaki aku rasanya. Aku da xleh nk pk apa time tu. Aku just tunggu abg datang utk amik aku bwk g balai polis utk buat report.


Aku inform kat mak. Pastu aku makan malam. Takde selera nk makan pun. Makan semata-mata kerana baby. Rasanya hari ni xleh nk citer kronologi psl kehilangan kete aku. Layan la gambar2 kenangan yang tinggal.




Keretaku depan rumah baru, masa ni lom pindah lg.



Kami dgn kereta, baru2 lps kawen. Pengantin baru lg ni..


Kami dalam kereta, nk g tesco. 4 hari sebelum keteku hilang.

Luluh hatiku bila tgk keadaan kete aku sehari selepas kehilangan.


Habis dalam kereta aku. Takde apa yg tinggal.


Seat sumer takde. Brg2 aku sumer kene rembat. Tinggal tasbih je.



Stereng ngan dashboard je ada. Lain2 sumer takde da.

4 tayar yang kami baru ganti, semua kene kebas.




Sangat sedih bila teringat ayat abg masa kami di kedai makan.



"Tinggal kenangan, dari zaman bercinta hingga ke jinjang pelamin"



Memang kete ni banyak berjasa ngan kami sekeluarga. Tapi apa nak buat, rezeki kami bersamanya setakat ni je. Kami redha, mungkin ada yang lebih baik menanti kami. Allah Maha Merancang dan Maha Mengetahui.













You Might Also Like

5 comments

  1. sabar ye ira,jg sedih2..ingat baby,nanti baby pun sedih kalu ira sedih,xper mesti Allah da sediakan rezeki yg lbh baik utk ira & keluarga.mmg sedih tp dugaan Allah kita x dpt nak elak,Dia pilih ira sbb Dia sygkan ira..jgn sedih2 tau..

    ReplyDelete
  2. memang barai habis..jahat betul diorang ni,sabar ye ira..ada hikmah sebaliknya..mudah2 an rezki ira bertambah lagi

    ReplyDelete
  3. teruknya hasdi.. diorang ni takde hati perut betul. makanlah duit haram tu.. sabar banyak2 ye. insyaAllah ada yang lebih baik menanti..

    ReplyDelete
  4. aku pon tumpang sdey zira dengan apa yang dah jadi..tapi ko kena kuatkan semangat tau..jangan sdey2 sangat..sian baby nanti mummy die bersedih..

    ReplyDelete
  5. kak lah: InsyaAllah. Memang kalau ikutkan hati sedih, mau nangis je keje nye. Tapi sbb pk +ve n bnyk2 igt bhw tu ujian tuhan, alhamdulillah.. skrg da ok. Ira selalu igt yg ira kene kuat, spy baby nnt jd org yg kuat smgt.

    zuriey: Tu la, mmg habis. Tp Allah Maha Mengetahui kemampuan kita utk hadapi ujian tu kan. Dia bg ujian, Dia juga bg jalan penyelesaian.

    liza: InsyaAllah, semoga ada yg terbaik utk kami. Allah Maha Mengetahui.

    dilla: InsyaAllah.. Harap2 baby pun kuat semangat. :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images