Adakah anda prihatin??

Thursday, May 19, 2011

Pernah tak nampak sign macam ni kat malaysia??


Pernah tak nampak situasi macam ni kat malaysia??


Gambar ihsan dari En Google.


Lama da sbnrnya nk buat entry ni, tapi takde masa je nk menulis. Busy la kebelakangan ni. Sejak dapat bos baru, aku semakin pressure. Tapi nk buat macam mana kan? Da nasib badan. Da termasuk kat bahagian sokongan atau dlm bahasa omputihnye support team, kene la available sepanjang masa. Tak cukup ngan 8 jam di ofis, masa dirumah pun diruntun oleh kerja-kerja support ni. Bayangkan seharian di ofis aku tak leh siap nk monitor file processing tu, ni plak la ujung minggu. Aku dapat bukak laptop kejap je la. Kadang2 tak sempat pun nk bukak & tak boleh pun nk akses server di ofis. Erm.. tu la serba sedikit perihal keje aku.


Aku rasa aku perlukan assistant. Bos janji nk kasi, tp ntah bila aku pun tak pasti. Erm.. jgn sampai aku deliver takde assistant sudah. Confirm aku off hp sepanjang aku bercuti. Silap2 aku extend cuti 2 bln ke 3 bln, baru tau. Hehe..kejam x??



Sbnrnya bukan nk citer psl keje sgt pn. Nnt citer lebih2 or cakap lebih2 ada org lain plak salah tanggapan. Malas nk citer. Fokus aku kat sini, bila kene buat support kat rumah, kene la aku memikul laptop setiap kali hujung minggu. So hari jumaat petang tu faham2 je la komuter kan? Ramai benar penumpangnya. Belum tentu la aku lepas masuk dalam tren tu. Kalau bernasib baik, tak payah la aku berebut2 dgn org2 sihat & berupaya kat situ. Tapi kalau nasib tak baik, terpaksa la berebut. Adakalanya, bila tak larat sangat, aku mengalah je. 3-4 tren aku terlepas, tak sanggup nk berasak2 dgn manusia2 yg takde displin tu.


Kadang2 bila aku org terakhir naik, aku terpaksa tolak skit org dlm. Ye la demi keselamatan diri sendiri & baby dlm perut, TAPI, ada je org sound. Sudah la jgn tolak lg. Cuba ko tu tak tolak aku masa nk naik tadi, confirm aku tak tolak ko sbb aku da lepas masuk dalam. Aku kadang2 tak faham ngan mentality org zaman sekarang. Da nampak org mengandung kat dpn pintu, boleh dia tolak ke tepi. Ada tu, dia berebut lg tmpt duduk ngan org mengandung. Mana perginya rasa hormat & simpati pada golongan kurang upaya dalam masyarakat kita. Tak kira la tua ke, muda ke, bangsa apa, jantina apa.. pada aku sifat2 tu da hilang dari dalam diri masyarakat kita. Hanya segelintir manusia je yg masih ada sifat2 tu. Masih memikirkan orang lain. Segelintir tu..tak ramai tau, bukan 20 0rg. Tapi boleh kira ngan jari tangan. Tak yah campur jari kaki.


Emosi plak aku. Hehe.. Tapi apa aku suarakan ni reality. Reality orang zaman sekarang. Budak2 sekolah asrama, budak2 muda belia zaman sekarang mmg ketandusan rasa hormat & belas kasihan pada org org lain. Bukan aku buat cerita, tapi aku da melaluinya banyak kali. Aku hampir terjatuh sbb nk melepaskan diri dari kesesakan org yang berhimpit dlm komuter. Di barisan kerusi panjang dpn aku majoriti lelaki & ada budak sekolah. Sorang pun tak ada offer aku tempat duduk. Aku pakai baju preknen hari tu, perut aku pun da nampak. Kalau org x nmpk, xkn aku pernah beberapa kali dpt tempat duduk dari org2 yg ada sifat ihsan. Bila aku dapat duduk, aku berdoa semoga Allah membalas segala kebaikan orang-orang yang buat baik ngan aku dan aku selalu cakap dalam hati, semoga anak aku juga akan baik hati seperti org yang tolong aku. Tak kira la org tu bangsa apa or jantina apa, aku tetap doakan mereka. Aku mmg sgt2 berharap dpt duduk sbb pinggang & seluruh badan aku rasa sakit sangat. Tuhan je yang tau. Bayangkan sejam berdiri dlm tren, ditambah pulak ngan berhimpit2 ngan org2 sihat yg lain. Setiap kali sampai rumah da pukul 8 lebih. Letihnye badan. Kadang2 rasa macam nk benti keje. Banyak kali jgk aku cakap ngan abg nk benti. Tapi bila pk2 balik, nk keje apa. Nk tak nk kene keje jgk. Sape nk tanggung semua komitment aku.


Buat masa ni, aku hanya perlu bersabar. Kalau ckp lebih2 ngan abg or emosi lebih2, nnt aku sendiri yang nangis, pastu kami mula la gaduh. Huhu... sampai bila la agaknya aku perlu terus macam ni. Buat masa ni, aku cuba bertahan untuk beberapa bulan lagi. Lps pantang nanti, tak tau la macam mana pulak dugaan dari-Nya. Tak dapat nk bayangkan keluar rumah pagi2 pukul 6.30am, anak pun tgh sedap tidur agaknya. Balik rumah dekat pukul 9.00pm, anak ntah2 da tido. Siannye anak aku nanti. Kalau hantar kat rumah pengasuh, confirm anak aku hari2 kene overtime. Ermm..tgk la nanti macam mana, harap-harap walau sibuk bekerja macam mana pun, aku tetap ada masa untuk keluarga. Aku kadang2 teringin nak macam org lain, sampai rumah awal, boleh masak untuk keluarga, boleh uruskan hal rumahtangga. Tapi aku belum dapat merasa. Hujung minggu pun kena buat keje pejabat, nk buat kerja rumah pun terkejar-kejar.




Ya Allah, kuatkan lah semangatku, tabahkan lah hatiku, cekalkan lah diriku dalam menempuh dugaanMu setiap hari.


Aminn..






You Might Also Like

3 comments

  1. sabar ye..insyaallah tuhan akan membalasnya..

    ReplyDelete
  2. sabar la ira,mmg skrg ni manusia da makin hilang sifat kemanusiaan,k.lah ni nsb baik la umah dkt jg,tu pun nk xnak kena ada keta 2,t'paksa la b'korban,klu ms 1 keta dulu pnt gak tggu a.mi smpi kul 7,tu blm kira klu jem,tggu lama2 mmg rs nak nangis,skrg ni ok la sket,mmg da ada ank ni tepat kul 4.30 k.lah da blk ,akak da bgtau bos da anak masa sy smpi 4.30 je,klu dulu x merasa blk awal,cuma kdg2 klu byk keje,t'paksa angkut adam g opis sabtu,ahd..insyallah nti da ada baby hrp2 hidup ira lbh baik spt yg ira nak..

    ReplyDelete
  3. zuriey: InsyaAllah, ira akan bersabar selagi terdaya

    kak lah: Harap2nya ada la perubahan ke arah yg lebih baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images