[Sikecil] - 20 Minggu..

Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum.. lama x update rasanya. Pejam celik, pejam celik da sampai pertengahan bulan May. Usia perkahwinan kami hampir masuk setengah tahun. Si kecil kami pula dah masuk 5 bulan dalam kandungan. Semoga Allah panjangkan usia & jodoh kami, serta memberi peluang kepada kami untuk menimang cahaya mata. Aku bersyukur dgn kurniaan yang tak terhingga ini, walaupun sekali sekala dugaan melanda bahtera rumahtangga kami. Alhamdulillah, kami sama2 dapat menempuhinya dgn tabah.


Minggu ni si kecil kami da masuk 20 minggu. Ahad lepas, kami g scan saje nk tgk baby camne, sbb lama x scan. Kami g scan kat klinik keluarga, rawang. Alhamdulillah, blh guna kad pmcare, tak yah bayar utk scan tu. Doc lelaki, tp doc nya ok la. Bnyk penerangan & friendly. Masa memula nk scan tu dia baca bismillah dlu. Memula tgk kat monitor tu cam x jelas, pastu doc adjust2 skit, br nmpk jelas kedudukan baby. Spontan keluar dari mulut abg, "baby macam tgh sujud". Doc cakap, mmg kedudukan dia berubah, tak tentu. Dia ckp so far ok la, kepala baby kat atas & uri pun kat atas. Masa doc nk ukur kepala ngan tulang betis dia, dia bergerak2 aktif. Aku spontan cakap "eh, lutut dia". Pastu doc gelak. Mana nmpk lutut dia. Tak jelas lg. Doc tnjk kaki ngan betis dia. Haha..sbnrnya aku nk kata, dia mcm melutut. Teruja sangat, sampai ckp pn x betul. Susah gak la nk amik gmbr si kecil kami ni sbb dia sangat aktif bergerak. Doc kasi kami bawah balik gmbr masa ukur kepala dia je. Huhu..frust betul, nasib x yah bayar. Memang sangat teruja tgk baby gerak2, rasa tak sabar nk pegang dia secara live. Huhu... lagi 4 bulan lebih je lg. Jantina baby tak nmpk lg. So kene la tunggu 25 mggu ke atas, br blh tau laki ke pempuan.


Keluar dr klinik tu, aku berbual2 ngan abg. Aku ckp ngan abg, baby mcm tgh sujudkan?? sambil tgk jam kat tgn. Patut la.. da zohor, kita yg x solat lagi. Haha..malu sendiri. Kami pn terus ke tesco rawang. Meneruskan plan untuk shopping brg baby. Walaupun tak tau laki ke pempuan, tapi teruskan jgk la sbb duit bajet utk brg baby da dikeluarkan tadi.


Sampai kat tesco, terus g solat dlu. Pastu kami ke butik "anakku". Memula masuk tu cam segan2 & blur2 je nk beli apa. Puas pusing 1 butik tu, kami pun keluar tanpa beli apa2. Pastu kami g tgk kat tesco plak. Ada jgk brg2 baby, tp tak bnyk pilihan. So tak beli brg baby, tp beli brg makan je la. Keluar dari tesco, abg tnya nk beli x dkt anakku td? Aku jwb, duit da kuar, g je la lg skali tgk apa2 yg berkenan. Masuk balik butik tu, ramai org. Cam segan2 lg nk pilih. Haha..sengal je kan. Bnyk sgt songeh kitaorg ni. Cerewet bkn main. Pastu aku start amik tuala utk baby. Agak2 berpatutan ngan harganya, aku amik la. Ada less masa tu. Pastu abg da mula excited. Haha..dia da amik kelambu. Sbb tgk aku bwk checklist, teruja la kot. Warna pilihan dia tu yg aku tak tahan. Semuanya berpihak kepada biru. Huhu..siap cakap, tema kita kali ni "BIRU", baru ganas. Ye la tu, siap tema lg, skali keluarnye girl. Tp girl x kisah pn pakai brg biru. Kalau boy pakai brg pink, nmpk jambu skit la..


Tak banyak beli pun, abis gak la rm100. Huhu.. abg ajak g tgk kedai shee baby tu plak. Aku ada berkenan ngan baju2 kat situ, tp sbb takde sepasang, so cancel la. Tak bnyk choice jgk. Abg tnya aku, mana nk pegi ni. Aku ajak dia balik. Otw balik, dlm kereta, agak2 kat parkson ada jual brg baby tak?, soal abg. Aku jwb, tak pasti la. Ada tp x bnyk choice kot. Dlm hati aku, wah...sgt excited daddy-to-be ni. So, aku suggest tgk kat giant plak.


Semasa di giant, haha..kami sangat teruja tgk baju yg comel2 belaka. Amik.. skali 5 pasang beli.

Warna.. banyak warna putih la kami pilih, tp ada jgk tema biru tu. Layankan aje si ayah ni. Hajat dihati nk cari bedding set, tapi tak beli pun sbb takde yg berkenan. Keluar dr giant, habis dlm rm80 camtu. Mm.. otw back dalam kereta, si ayah pegang perut si ibu sambil berkata: "Anakku". Nnt mggu depan kalau takde g mana2 n ada transport, kita g cari brg baby lg ek. Hehe.. aku ok je.


Org kata, x elok beli brg baby awal2 sgt. Tapi memandangkan keadaan kami yg agak cerewet masa memilih, mmg perlukan bnyk masa la nk shopping. Kalau tak takkan 6 bln ptama bertunang, keje kami cari brg hantaran je. Hehe.. Tambahan plak, perutku yg br 5bln da mcm 6bln. Berjalan pun xleh lama2, cpt penat. So, lebih baik la berjalan sekarang. Nnt da 7-8bln, tak tau la aku larat jalan brape lama. Lps tu plak, time2 tu da nk msk bln puasa, so of course la aktiviti berjalan tu kurang. Kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan. Tika ada masa & bajet utk membeli brg si kecil, kami beli la. Banyak lg preparation yg perlu kami buat utk menyambut kehadiran org baru dlm hidup kami.


"Anakku, kami sangat menantikan kehadiran kamu. We both love u so much."


p/s: Tiada gambar utk ditepek di sini. hehe...

You Might Also Like

7 comments

  1. baby ira malu nk tunjuk tu,adam dulu 5bln dah bole tau jantina,elok jer dia dok main kira2 jari dgn kaki b'silang.pastu doc pusing2 doc kata..tu nampak bird dia..hmm x malu btl adam nih

    ReplyDelete
  2. mm.. ye kot, baby malu, dia kepit peha dia hehe... tp rasanya sbb doc tu punya mind set da kata 25w ke atas br leh nmpk, so dia x fokus pd gender la. dia ukur kepala ngan tulang betis. xpe la.. bln dpn la br scan lg skali.

    ReplyDelete
  3. x kisah ira,yg penting baby sihat & sempurna dan sumer selamat smpi ira lahirkan baby tu nanti.

    ReplyDelete
  4. betul2.. hehe. kitaorg x kisah pn laki ke pempuan. icong siap ckp da ada nama utk baby, semangat betul dia tu.

    ReplyDelete
  5. hasdi, bln 6 ada mydear warehouse kat puchong. kalau nak beli bedding set, stroller boleh gi situ. harga murah.. huhu...

    ReplyDelete
  6. ok la tu,dah ada nama.mcm a.mi dulu dia kata klu boy suh ikut,huruf nama dia 'A',klu girl ikutla nama k.lah.tp yg ni xtau lg boy ke girl,harap2 dpt girl la pulak,klu da ada sepasang pasni bole la stop dah...rasa mcm dah tua ni x larat dah..haha

    ReplyDelete
  7. liza: ye ke? puchong kat mana tu? ke kat ioi/jusco? blh la try tgk.

    kak lah: tak tau la apa namanya, dia rahsiakan dr ira. blum tentu lg ira setuju ngan cadangan dia sbb dia tu suka main2. Cepatnye kak lah nak stop, hehe.. mana ada tua la.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images