Perkembangan @ Pengembangan AKU???

Wednesday, May 11, 2011

makan2 @ yellow cab



Nampak x perut aku? Hehehe.. masih berbaju kurung, tapi tak semuanya masih boleh dipakai. Semuanya kalau pakai, zip setakat yg boleh je. Cangkuk mmg langsung xleh da. Baju preknen aku tak banyak. Ada jgk try cari maxi, tapi susah la nk jmpa. Biasanya ada jual kat mana ek? Kebanyakan aku tgk sumernye besar2 & labuh2. So aku just beli seluar & baju blouse je. Mahal2 jgk baju ibu mengandung ni. Huhu..


Lama x update psl perkembangan aku kan? Hehe.. Aku semakin mengembang. Dari atas sampai bawah. Bahagian muka rasanya tak beza sgt kot. Tapi mula ngan bahu, lengan, b****t, perut, bon-bon, peha n kaki.. sedang giat membesar. Membuatkan abg semakin suka menyakat aku. Aku tau la dia geram tgk aku. Makin comel & seksi. Haha.. Tapi jgn la sampai ckp bini dia ni cam dugong, sedih tau.



Aku tau, dia cuma bergurau. Sometimes aku rasa dia sian gak tgk aku ni. Huhu.. Sekarang ni, aku mengalami kesukaran utk bangun kalau da duduk atas lantai. Aku kene ada tempat berpaut kalo nk bangun. Aku boleh bangun sendiri, tapi lambat la and ada jgk terduduk balik. Biasanya kalau abg ada, dia la tarik tangan aku. Alhamdulillah, aku masih mampu solat berdiri. Walaupun kadang2 payah gak nk bangun lps sujud.



Selain dari tu, skrg ni badan aku cpt berpeluh. Aku banyak kali tukar baju. Masa makan malam pun boleh berpeluh2 kat muka. Malam tadi aku baring2 tgk mentor, pastu aku terlelap. Berpeluh2 muka aku tido skejap dpn tv. Abg siap lap peluh aku. Aku keletihan sangat sbb seharian berjalan semalam. Cuaca panas buat abg rasa mandi tak puas. Kalo abg rasa mandi mcm tak mandi, aku lagi la.. Aku rasa macam nk duduk dalam bilik air je. Sampai satu tahap, duduk dalam bilik air pun rasa bahang. Camne tu. Terpaksa la menyeksi bila nk tido. Kalau lps smyg, cpt2 baca doa sbb peluh dah berjurai2 menitis. Pasang kipas pun takde kesan. Memula abg marah gak aku sbb asik tukar baju je. Pastu dia faham sendiri kot. Yela, mana sama org preknen ngan tak. Dia pn blh pk, dulu aku ni bkn nye jenis suka tukar2 baju. Malah aku ni jenis malas mandi.



Sekarang ni jgk, aku sangat suka minum air sejuk. Huhu.. Takpe ke preknen minum air sejuk kawan-kawan?? Semalam aku bedal ABC, terliur tgk bdk tu makan ABC. Aku beli jgk. Malam pun nk minum air dlm peti. Huhu... Kalau sblm kawen dlu, aku la org yg selalu minum air suam. Jarang la pesan air sejuk ni. Tapi sekarang, kalau blh nk air sejuk je. Erm.. Mgkn sbb panas kot. Alhamdulillah, mujur aku tak demam, batuk or selsema. Mintak2 la dijauhkan. Org preknen badan mmg panas ek? Sbb bila tdo malam, abg pegang tgn aku dia tegur tangan aku panas. Aku rasa biasa je. Huhu.. Mgkn sbb kadar metabolisma tinggi. haha.. ye ke??



Sekarang ni, sebelum tido aku mesti bersandar dlu kat kepala katil. Meredakan ketegangan perut. Hehe.. Mengah lps minum susu. Tiap malam i kene paksa diri minum susu. Tp kadang2 ada skip gak. Bila perut da agak2 release br aku leh baring. Baring terlentang tu kejap je. Lps tu aku da mengiring ke kanan or kiri. Nurse suh mengiring belah kiri. Tp aku ikut dan je. Sian baby. Aku lom rasa tendangan baby, blh la ikut suka aku. Kdg2 aku teringat, aku kalih la. Sblm mata pejam tu, tarik tgn abg suh gosok2 perut. Bg release sket perut yg tegang tu. Rasa relax je. Baby tdo kot, tau ayah dia pegang.



Khamis ni aku ada checkup, nurse nk monitor aku nye Hb dlm darah. Harap2nye naik la Hb dlm darah aku. Risau gak ni. Sangat2 berharap semuanya ok. Bila waktu sesuai buat detail scan ek?? Aku igt genap 20w nk g scan. Pastu bos aku kata, 21w blh buat detail scan. Cam alang2 plak kan. Baik buat skali je. Kat mana plak nk buat detail scan ni?? Dgr2 nye kos dia leh tahan gak 300++. Berbaloi ke buat?



Erm.. nnt apa2 update aku citer k. Entry ni aku draft hr isnin lepas, tapi x sempat publish. So aku sambung la skit n publish hari ni. Hehe...



p/s: rasa tak sabar nk scan baby kt dlm ni. apa la keje ank aku kt dlm perut ni ek.. tendangan/sepakan/tumbukan dia lom dpt dirasai lg. perut bnyk lemak kot. Hahaha..


You Might Also Like

4 comments

  1. perut banyak lemak? cam ayat rock..baby kecil lagi..nanti dah 7,8 bulan mesti rasa..ceh cam penah mengandung lak

    ReplyDelete
  2. org peknen mmg cepat panas..dulu doc ada ckp x buat detail scan yg 3D tu pun xper,scan biasa dah memadai,tp klu nak buat pun x salah,boleh nampak baby dgn lbh jelas,t'pulang kat kita,cuma kos agak tinggi la.k.lah dulu scan biasa je,yg penting baby sihat.

    ReplyDelete
  3. hasdi, baru 19w dah besar ye perut.. msti tembam baby ni.. huhu.. normal tu pregnant cpt panas. lagi2 cuaca panas skg ni. kalau ikut orang dulu, tak scan pun takpe. tp kalau nk scan ikut kemampuan la. ktorg buat yg biasa je. asalkan dapat tengok baby.. huhu

    ReplyDelete
  4. zuriey: aah, dia kecik lg. rasa dia gerak2 pn kadang x perasan.

    kak lah: oo ye ke. kalau camtu, scan biasa je da la kan. Kene berjimat skrg.

    liza: tu la, tgk gmbr ko x nmpk pn perut. tembam macam aku kot. hehe..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images