Cerita minggu ini..
Friday, August 12, 2011Assalamualaikum...
Pejam celik..pejam celik.. da Hari Jumaat. Dah msk 12 hari kita berpuasa kan? Cepat betul masa berlalu. Kesibukan hal dunia menyebabkan kita terasa begitu pantas masa meninggalkan kita. Sepanjang minggu ni, kesihatan aku tidak berapa baik. Hari Isnin dan Selasa aku MC 2 hari sbb batuk, demam dan selsema. Huhu.. Hingga ke hari ni, belum betul2 sembuh lg. Rasanya da nk abis ubat yg doc bg tu aku makan. Tapi keadaan batuk aku mcm tu jgk. Selsema plak makin teruk. Hingus meleleh je. Dalam aku tak sihat ni, si kecil ku tetap bergerak aktif. Cuma hari memula aku demam tu je dia x berapa aktif sgt. Bila aku batuk, perut aku rasa sakit dan tegang. Huhu.. rasa cam apa je, xtau nk ckp.. Cpt la baik batuk ni.. Risau...
Minggu ni, si kecil ku ini da 32 mggu. Gerakan-gerakan dia da semakin jelas. Kalau dulu aku rasa tendangan di sisi skg ni aku rasa ada tendangan di dada. Bila aku duduk tegak, siap la rusuk aku bedebush-debush rasanya. Tapi tak kuat sgt. Kalau kuat, aku da menjerit la. Kadang-kadang, bila masa aku bersantai/berehat, tiba2 perut aku mcm dilanda ombak tsunami. Hehe..bergelora. Segan jgk kalo org nmpk. Tp bila aku dok perhati betul2 xnk plak dia gerak gitu. Aku siap goyang2 dan usik2 cik baby spy dia gerak. Ada skali tu, masa aku tgh duduk tgk tv, tiba2 perut aku bergelora, aku menjerit ckp ngan mak kat sblh aku. Mak kata, mmg la camtu. Mak pun pegang perut aku. Hehe.. pastu cik baby pn diam. Bila adik dan mak cik aku nk rasa dia gerak, dia xmo gerak da. Haha... Siap pesan, kalau dia gerak, panggil. Hehe.. mana sempat. Kalau malam2, aku suka kalau abg letak tgn kat perut n gosok2 perut aku. Sbb baby akan diam n aku akan rasa release je. Maybe sbb cik baby tau ayah dia yg pegang. Takut ngan ayah ek??
Kdg2 abg ckp2 gak ngan baby.. siap panggil nama yg kami cadang utk bg kat cik baby.. Hehe..
Kadang tu, time mood nk menyakat dia dtg, dia goyang2 perut aku, ckp ngan baby.. ****, bangun da pagi. Padahal kitaorg br je nk tido. Da bdk kecik tu gerak2.. marah kot kene kaco. Erm.. tak sabar rasanya... huhu.. tggl 8 mggu je lg. Semoga semuanya selamat.
Puasa minggu ni, kami beli lauk utk berbuka je. Sahur plak, kami masak. Erm, takde la msk beriya sgt. Yg mudah2 je. Nk makan best2 balik bila blk kg je la. Hari isnin ngan selasa, aku masak lauk utk berbuka. Tp ada jgk beli kt bazar tu. Hari rabu ngan khamis, kami beli je. Tak sempat nk masak. Malam dlm kul 10 lebih tu, aku jerang nasi. Abg masak sayur. Huhu.. sedap jgk dia masak. So esoknya aku bgn pg2, panaskan nasi dan sayur yg abg msk mlm tu pastu aku grg la ikan ke apa2 utk sahur. Camtu la rutin kami berdua.
Semalam, aku rasa lemah sgt. Sampai kuar air mata menahan batuk & selsema. Lps makan ubat, baru rasa lega skit. Abg pn rehat jgk, tgk tv. Sambil2 tu, aku kene picit jerawat dia. Mmg kesukaan aku picit jerawat org, org je tak tahan sakit. Hehe.. pastu aku suh la abg bgn smyg, then dia jwb, "bagi la abg rehat sikit, nnt da ada ****(si kecil kami) nnt, kene jaga dia, tak dpt la nk rileks2 camni". Huhu.. terasa cam xdpt manja2 da lps bdk kecik ni ada nnt. Ye la kan, apa2 nk buat, mesti teringat kat anak. Kalau skg ni, dia dlm perut, so tak risau la dia merayap ke mana2. Kalau da keluar nnt, xleh la nk berdua-duaan mcm skg. Nnt lepas ke mana plak la bdk kecik tu. Moral of the story, gunakan masa berdua ni sebaik2nya. Hehe...
InsyaAllah, esok kami plan nk balik kg bkt damar plak. Mggu lps da blk buka puasa kt btg kali. Harap2 badan aku sihat la. Skg ni blk umh mak mentua, aku mmg duduk saje. Tau2 mak mentua aku pggl makan je. Teruk tul. Tp nk buat camne, mmg da x larat nk tlg. Nk duduk lama2 xleh. Nk berdiri lama2 pn xleh. Tp mak mentua aku x kisah pn, dia faham. Dia pn kesian tgk aku naik tgga dapur umh dia. Ye la, tiap kali naik tgga tu, aku kene naik pelan2 pastu berpaut kat dinding. Perut da besar, jalan pn da x stabil. Tu dia x tgk aku bgn dr bersila tu. Mak aku da tgk da.. dia gelak tgk aku terkial2 nk bangun dari duduk atas lantai. Al maklumla, nk mkn kt meja, meja mkn kecik. Kalo umh mak mentua aku, mmg makan kt meja, sng skit aku nk bgn. Kat umah sendiri pn takde meja makan. So abg la tukang tarik tgn aku bila nk bgn. Tp skg ni da tak mintak dia tarik. Kecuali kalau betul2 xleh angkat montot, baru aku suh dia tarik. Selagi boleh, aku cuba bgn sendiri. Mmm..mcm2 pengalaman pregnant ni. Lain org, lain masalahnya. Biar la aku sakit2 skg, mudah2 masa bersalin nnt mudah. InsyaAllah...



0 comments