Luahan rasa saje..
Thursday, August 04, 2011Assalamualaikum...
Hari ni da 5 Ramadhan da kan? Kalau nk dihitung amalan yg aku buat, sangat la sedikit dan sangat la teruk berbanding tahun lepas. Kalau dulu, penat2 pun, ada juga masa utk baca Al-Quran dan pergi solat terawikh. Sekarang ni, semua da semput.
Lps berbuka, aku tersandar kt dinding. Makan banyak punya pasal la ni. Actually, aku bukan larat nk makan bnyk2, tapi disebabkan nasi yg dibeli tu banyak, so aku terpaksa habiskan. Sayang nk buang. Tak baik membazir bulan2 puasa ni. Maybe malam ni leh try buka ngan benda lain plak. Laksa ke, bihun ke.. tak de la perut sebu sgt rasanya kot.
Memandangkan sahur kene sediakan sendiri, kami masak malam. Kami?? Hehe..memula je kami, pastu aku sorang je. Abg?? tido dpn tv. Letih benor gamaknya. Keje tak teruk mana pun.
Aku masak nasi malam. Susah gak nk agak nasi utk 2 org makan. Masa memula nk puasa tu, aku jerang 1 pot. Tak habis, buang je. Pastu hari ke 2 aku kurangkan skit. Sama jgk, masih ada baki. Semalam, aku jerang 3/4 pot aje. Pastu aku lebihkan air dan bila msk je nasi tu, aku terus tutup plug. Kalo x nnt berkerak nasi nye. Syg je, xleh nk makan. Alhamdulillah, pagi tadi, takde yg terbuang. Huhu.. kene belajar bajet utk lauk plak. Pagi2 aku goreng ikan 2 ekor je buat sambal cili api, senang citer. Tapi malam ni da kene pk menu lain la plak. Xkan menu sama je kan. Yg penting, menu tu kena la ringkas dan cpt dimasak. Aku ni bkn reti masak sgt. Setakat goreng2 je tu blh la..
Malam tadi aku g checkup kt spital yg aku plan nk bersalin. Kami sampai kat sana around pkl 9 pm. Ramai org time tu. Igtkn private tak ramai org. Mgkn sbb bnyk company panel hospital ni.
Dalam kul 10 lebih, baru aku nye nama dipanggil. Masuk je bilik doc, rasa debar2 plak. Selalunye nurse pempuan yg check aku, ye la sblm ni checkup kat klinik kerajaan. Yg buat pemeriksaan semuanya nurse. Ada problem je baru refer doc.
Doc scan cik baby. Dia ckp baby ok, normal. Cuma position dia je tak betul. Patutnya kepala dia da duduk bawah. Tapi skg ni kepala dia kat belah kiri aku. Patut la aku rasa sakit kat situ. Sebelum ni masa scan 4d, bdk kecik ni kepalanya kat belah kanan. Bila masa ntah dia beralih ke kiri plak. Doc cakap, lagi 3 mggu dia nk scan balik, tgk posisi baby. Harap2 berubah ke tempat yang betul. Huhu... baby..oh baby.. ngape awk suka duduk melintang camtu??
Doc ukur kepala dia, tulang peha dia, check jantung dia.. Alhamdulillah, semua ok. Masa dia tunjuk muka baby, aku x berapa nmpk sgt. Laju sgt doc tu tnjk. Aku pn mls nk tnya bnyk2 sbb patient lain pn ramai. Da lewat malam da. Aku just ngadu sakit kat celah peha je. Doc kata sbb kepala dia dok kat belah kiri tu, sbb tu sakit. Erm.. Doc ckp lagi, berat baby ok, normal. So maknanya takde la besar baby ni. Masa g check kat bidan pn, dia kata baby kecik, sbb tu mudah dia pusing2. Harap2nya baby tak la besar sgt. Org kata kalo besar nnt susah nk bersalin.
Aku rasa bnyk benda yg x ready lg. Fizikal n mental. Rasa takut gak, tp kata kawan aku, buat macam biasa je. Ye la kan, kalau dok membilang hari, nnt terasa lama plak. Semalam masa otw balik keje, aku terfikir, camne la aku ada anak nnt. Rasa berdebar mcm masa nk kawen dlu, rasa berdebar mcm masa nk peksa PMR ngan SPM dlu. Huhu... kelakar je. Berdebar masa nk kawen, tak la takut mana kan? Sbb tak melibatkan nyawa dan kesakitan. Debar masa nk exam lg la..tak sakit langsung.. cuma takut xleh jawab je, kalau xleh jawab, hentam je la.. Tapi debar nk beranak ni lain.. Selalu terfikir, blh ke aku tahan sakitnye, blh ke aku bersalin normal, ada mslh ke ms bersalin nnt... Huhu.. kalau ikutkan sgt fikiran tu, stress plak jadi nya. Apa-apa pun, aku kembali pada Allah.. kerana segalanya adalah ketentuan-Nya, so kepada Dia juga la kita memohon pertolongan. Sebaik-baiknya aku gunakan kelebihan Ramadhan ni utk lebih bergantung kepadaNya, tapi tu la.. aku tak kuat, aku tak gagahkan diri aku utk ke arah itu. InsyaAllah, aku akan cuba lagi. Baru awal Ramadhan, masih ada waktu. Aku kena cepat. Sbb kita tak tau apa akan jadi hari esok kan??
Mm.. rasa cam down plak kali ni.. rasa cam teruk giler.. nape ntah..
Apa nk jadi la ngan aku ni..
Kat ofis da la asik ngantuk je. Org lain pn bgn kul 4.30 jgk, org lain pn masak gak utk fmly, org lain pn tido lmbt gak.. tapi sempat je luangkan masa utk beramal seketika..
Ya Allah, ampunkan la dosa-dosa aku...


2 comments
ni kan 1st time ira puasa mengandung..mesti letih sikit
ReplyDeleteaah.. tu la kena bnyk2 bersabar & kene kuat semangat.
ReplyDelete