Pertama Ramadhan.. 1432H

Monday, August 01, 2011

gambar dari google image





Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua..
Selamat menjalani ibadah puasa dan juga ibadah-ibadah sunat yang lain dibulan yang barakah ini. Ramadhan kali ini amat bermakna buat aku.
Inilah kali pertama aku bangun sahur sebagai seorang isteri. Selalunya aku bangun sahur, makanan da siap terhidang. Tinggal nak jamah je. Kali ni, aku bangun panaskan nasi, panaskan lauk, goreng telur, buat air untuk kami.


Kenapa??


Sebab ini lah permulaan untuk kami hidup berdua. Hari ini, abg memulakan tugas barunya di tempat baru. Alhamdulillah, tempat kerja abg tak jauh dari rumah. Aku pula boleh tumpang abg sampai stesen LRT Asia Jaya. Akhirnya, keluar juga aku dari masalah berulang jauh dari tempat kerja dan masalah perkhidmatan KTM Komuter yang sering berlaku. Semoga abg dapat melakukan tugasnya dengan baik dan mendapat rakan sekerja yang baik serta majikan yang baik.

Hari ini juga, aku berpuasa dengan si kecil. Sejak semalam aku da pesan dengan dia, esok kita puasa ye baby. Puasa bulan Ramadhan. Puasa wajib bg umat Islam. Aku harap aku kuat untuk teruskan puasa aku bulan ramadhan ni. Mintak2 la dpt puasa penuh. Hari ni baby aktif macam biasa. Walaupun puasa, ligat jgk dia ye. Tak pe la, tghari mmg gitu. Lapar kot.
Sabar ye baby, tak lama pun puasa ni. Maghrib nnt boleh la makan.

Cuma hari ni aku agak mengantuk ketika di office. Pagi2 lagi aku da nk tertidur.
Kepala da tersengguk-sengguk. Segan je org tgk. Hehe.. Tidur tak cukup la semalam.
Sampai rumah PJ da pkl 11.30 mlm. Pastu kemas barang2 dapur yang kami beli ptg tu,
jerang nasi dan panaskan rendang ayam yg mak mertua aku bekalkan sebelum kami berangkat balik ke KL.

Letih sungguh. Siap kemas dapur dlm kul 1, kami masuk tidur. Abg da lena, aku lak xleh tido.
Perut da besar ni, menyukarkan aku nk lelapkan mata. Pusing kiri x kena, pusing kanan x kena, terlentang rasa sesak nafas pula. Aku pun tak sedar aku lena pukul brape. Dalam pukul 4.30 camtu, aku tersedar sbb dgr bunyi alarm hp aku. Pastu aku stop dan tidur smla. Mujur aku tersedar balik dlm pukul 4.36am. Aku terus bangun, sediakan apa yg patut. Aku tgk abg tdo lg, x sampai ati nk kejutkan dia. Sedang aku sibuk didapur, abg tiba2 muncul sambil tersengih. Hehe.. x sampai ati kot tgk aku sorang2 kt dapur. Lps cuci muka, dia tlg aku siapkan juadah bersahur.


Lps tu kami makan berdua. Huhu.. rasa cam sunyi je sahur berdua.
Siap kemas, sambung tido balik. Huhu.. x senonoh perangai. Tapi spt biasa, aku xleh lelap pun. Kul 6 da terjaga. Pastu mandi, siap2 nk g ofis.

Mm... berbuka hari ni nk masak apa ek?? Harap2 malam ni ada pasar malam. Boleh la beli brg basah skit. Kalau tak alamatnya, berbuka n sahur lauk bazar ramadhan je la. Huhu..

Aku rasa cam tak larat da nk jalan bwk perut ni.
Ya Allah, bg la aku kekuatan untuk bertahan hingga tiba masa utk baby dilahirkan.
Berilah kesihatan yang baik kepada kami. Berilah kekuatan iman kepada kami untuk menjalani ibadah puasa kali ini ya Allah.

Amin...





You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images