Alamak.. terkunci la plak!!!
Tuesday, April 17, 2012
Assalamualaikum...
Hari ni aku nk citer psl kete kami terkunci dari dalam. Kejadian ni berlaku masa kami benti kejap di stesen minyak slps tol. Kami dalam perjalanan balik kg. Benti kejap sbb abg pesan, nnt sampai BP ayg masuk ek, isi minyak. Aku pn, terus la msk stesen minyak tu wp minyak kete yg aku bwk tu boleh sampai la ke kg tanpa perlu topup.
Sebenarnya, kami gerak menaiki 2 biji kereta. Abg bwk kete kami, aku bwk kete abg ipar. Kete abg ipar tu akan ditinggalkan di kg. Erm.. ni la kali pertama aku memandu lps setahun aku x bwk kete. Selalu aku jd "MEM" je kt sblh. Selalu bila abg laju, aku tukang tepuk peha dia suh slow. Kali ni aku yg bwk laju, x sedar diri. Haha.. org da lama x drive kan, memula cuak2 je. Siap jalan g umh adk ipar sendiri pn leh salah. Cuak nye pasal... =P. Bila da atas highway tu... hilang da cuak tu... Hehe...
Erm.. berbalik pada kisah terkunci tadi, lps je aku benti kt pam minyak tu, abg benti sebelah. Tp tidak menghalang laluan la. Dia terus keluar kete, memandang kat aku dlm kete 1 lg. Dia keluar je, pintu kete terus tertutup. Dlm hati aku, terdetik yg pintu tu xleh bukak. Bila abg cuba bukak, mmg sah.. da terkunci. Kejadian berlaku sekelip mata. Selalunya kete tu x auto lock pun. Xtau cemana ntah, blh jd auto lock.
Aku x jadi isi minyak, aku terus je g parking tepi. Terus dapatkan abg. Aimy, adik ipar aku tlg jaga. Mujur sgt2, aimy ngan adik ipar aku, naik ngan aku. Kalau la aimy dgn abg, huhu..xdpt byg yg anak aku terkunci dlm kete. Harus la tingkap kete dipecahkan.. Memula, masa sblm amik adik ipar aku tu, mmg abg yg bwk aimy. Maklum la.. aku ni kan baru2 nk bwk kete, so lbh sng abg yg bwk dia. Aku drive sorang. Dkt stesen minyak area umh adk ipar, baru aimy ngan adik ipar naik ngan aku.
Masa kami berusaha nk bukak pintu kete tu, ramai la yg dtg ingin membantu. Ada juga yang datang cuma bertanya, tapi tak menghulurkan bantuan pun. Bagi idea je pn ada jgk. Erm..mgkn diaorg mengejar masa, nk teruskan perjalanan. Mgkn jgk, diaorg takde kepakaran. Lama jgk la abg berusaha nk bukak pintu kete tu. Aku nk tlg, aku x tau.. Aku cuma berada di situ, bg sokongan moral kt abg. Haha... poyo je ayat. Aku pn tlg jgk la.. tlg berdoa dlm hati..smga pintu kete tu boleh bukak. Kalo kene pecah tingkap, duit aku juga kene tlg topup nnt. Calling2 jgk sana sini, tp xmembantu jgk.
Ada juga ayat2 sinis.. "kenapa?".. kete terkunci, kunci kt dlm.. "ooo.. perdana mmg macam tu"..
Ada lg soalan lain... "Da call mekanik?" .. dah.. "Brape dia nak?" ...RM150.. "Ok la.. saya dlu kete merce saya, saya suh mekanik buat. Kalau pecah tingkap lagi mahal"....
Erm... macam2 orang kita jumpa..
Akhirnya, Allah datangkan hambaNya yang sangat baik. Mereka bersungguh2 tlg umpil tingkap kete. Dgn hujan renyai2 nya.. Allah shj yg dpt membalas budi baik mereka. Alhamdulillah.. ada juga org yg sudi membantu. Bkn melayu saja, india pn turut menghulurkan bantuan. Lps cuba buka dari tingkap, cuba pula buka bonet blkg. Mcm2 usaha. Lps tu, datang sorang lelaki, dia kata boleh bukak dari pintu ni.. Dia minta pembaris, then dia try buka.. Alhamdulillah, berjaya. Mungkin dia ada kemahiran. Kami berterima kasih kepada semua yg membantu. Banyak2 terima kasih utk driver lori dan pekerja BP yang lama berusaha bersama2 abg utk buka pintu kete.
Moral of the story.. kunci spare kene letak dlm handbag ayang. Ayang kene bwk handbang sentiasa bila keluar dari kete. Masa kejadian, kunci kete ada dlm bag laptop. Bag laptop dlm bonet kete. Selamat!!!..
Hehe... Itu la dia.. dugaan Allah dtg bila2 masa, dalam apa jua cara.. Tujuannya.. Dia nak kita kembali mengingati Nya.. Bkn bermaksud kami lupakan Dia.. mungkin ia satu peringatan buat kami manusia yg sering alpa...
On the way balik ke KL, abg kata... "Abg tau benda tu boleh bukak, sbb tu abg tak nak suh mekanik buat. Dia xkuar modal je, mintak sampai RM150".. Erm.. wp kete rabak skit.. tp selamat da bajet kami. Time hujung2 bulan gitu... faham2 je la kan..
Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yg bijak menilai wang.. Hehe.. kalau aku, confirm call mekanik da tu.. Aku x reti.. hehehe... nangis mau aku kat situ kalau xleh bukak pintu kete.
Ok la.. aku nk smbg keje.. Gagahkan diri update entry yg da berminggu aku draft..
Daa...



2 comments
waduhh seb baik boley bukak ye zira..ermm kunci spare aku kat mane tah ek..aduss baru teringat balik..=.='
ReplyDeleteitu la.. seb baik boleh. tu pun berjam2 jgk. hehe.. carik blk kunci spare..
Delete