Apa aku merepek ni???

Friday, April 20, 2012

amik dr google image

"Marriage was never meant to be perfect. Marriage is meant to teach an imperfect person to love another perfectly"

Quote ni la yg buat aku bertambah yakin dgn keputusan aku.

Erm.. nape tetiba citer psl marriage ni ek?? Hehe.. saje je. Tetiba aku teringat kata-kata kawan aku..

Ety: Zira, aku rasa kan, ko ni nnt mesti dapat laki yang ada sense of humor. Suka menyakat.
Aku: Nape plak ko ckp camtu?
Ety: Sebab mak aku pendiam cam ko la. Ayah aku suka menyakat mak aku.

Erm... betul la kata ko Ety. Laki aku mmg suka menyakat aku. Dia tak menyakat org lain. Org lain kene sakat, skit2 je. Aku la selalu kene. Aimy pn da start kene sakat jgk. Kdg2 x pasal2 aimy kene.

Hmm.. masa sblm ada boyfriend dlu and sblm kawen dlu, mmg aku suka org yg ada sense of humor dan peramah. Sbb aku ni kan pendiam.. (pendiam ke??) Sebenarnya, aku ni tak la pendiam sangat. Kalau da biasa ngan org tu, aku peramah je. Kiranya apa aku nak tu tercapai la ek?? Hehe.. tidak la jugak.

Sebenarnya, dulu2.. ciri2 lelaki idaman aku adalah:
1. Beriman.. alim gitu
2.lelaki tu mestilah lebih tua dari aku.
3. Ada sense of Humor
4. Hormat kedua ibu bapa aku mcm ibu bapa dia
5. Dapat terima aku seadanya.
6. Kaya.. <--haha..tak bleh blah ni.
7. Handsome & macho..
8. Baik cam abah aku..

Hehe.. ada la lg yg merapu.

TAPI...

Allah Maha Mengetahui segala keperluan kita. Allah Maha Mengetahui apa yang akan terjadi akan datang.. Allah jua la SEBAIK-BAIK PERANCANG.

Allah temukan kita dengan orang yang benar2 sesuai untuk kita. Setiap yang kita impikan tu tak semestinya baik utk kita. Setiap yang kita x suka tu, tak semestinya buruk utk kita. Sebab manusia dijadikan berpasangan, dan setiap pasangan tu saling melengkapi antara 1 sama lain.

Yang Allah beri pada aku:
1. Beriman.. (walaupun bukan seorang ustaz, tapi dia tau tanggungjawab dia dan dia seorang yg blh terima teguran.)

2. lelaki tu mestilah lebih tua dari aku. (Yang ni tak la.. sbb aku lg tua 8 bln dari dia. Tapi wp begitu, dia tetap lebih matang dan lebih berfikir panjang kalau nk dibandingkan dgn aku)

3. Ada sense of Humor (Yang ni dia ada sense of humor ngan aku je. Ngan org lain aku tgk dia x wat lawak pn. Ngan adk2 aku, ada jgk la dia menyakat. Adk dia, tak de plak kene sakat, aku tgk bdk2 tu.)

4. Hormat kedua ibu bapa aku mcm ibu bapa dia. (Alhamdulillah, setakat ni dia hormat mak abah aku mcm mak abah dia, bkn tu je, opah aku pn dia buat cam tok dia, adik2 aku dia anggap macam adik2 dia. Ibarat abg kepada adik2 aku. Benda ni lah aku sedang cuba utk praktikkan. Kalau dia blh bt camtu, nape aku tak blh?)

5. Dapat terima aku seadanya. (Alhamdulillah, dia dapat terima aku seadanya. Akan dtg tak tau la. Kot la aku gemok ke.. jd camne ke..kan? Hrp2nye tak la..)
6. Kaya..(Kaya ni.. sesuatu yang abstract. Wp x kaya harta.. tp dia kaya la bagi aku)
7. Handsome & macho.. (Pada aku dia handsome la. Pada org aku tak tau. Pada mata cina yg promote cermin mata kt laki aku, dia ckp abg mcm zaquan laki ayu raudhah. Haha.. pandai la dia nk bodek. Tp laku aku xtermakan pun bodek dia tu).
8. Baik cam abah aku.. (Hehe.. anak abah, mesti la puji abah dia baik kan? Tp ada la ciri2 mcm abah aku. Rajin tolong sidai kain, buat keje rumah.. hehe.. extra lagi.. dia rajin masak!!!)

Bukan nk puji suami sendiri, tapi aku bersyukur kerana Allah kurniakan dia dalam hidup aku. Walaupun apa yg aku idamkan tu 8 je.. tp sebenarnya, Allah beri lebih lagi. Aku menulis ni.. adalah sebagai ingatan untuk aku dikala aku marah2 kat dia.. Supaya aku ingat yang aku ni tidak la sesempurna mana. Kehadiran dia yg buat aku jadi sempurna.

Pernah.. ada sahabat yang serik bercinta, pernah juga yang takut untuk terima lelaki yg bukan idaman dia.. or tak sama taraf ngan dia.. Ada juga yang takut nak kawen.. ye la kan..skg ni mcm2 kes..

Berhenti la berfikiran sebegitu, kalau anda da jumpa org yang benar2 sygkan anda.. dan anda juga syg kan dia, tapi tak nak mengaku.. sebab.. sebelum kita menilai seseorang, nilai lah diri kita sendiri dulu.. siapa kita disisi Allah.. mungkin dia lebih baik dari kita..

Terima la sesorang itu seadanya.. dan terima la dia kerana Allah..

Mak aku cakap.. arwah nenek aku pernah kata, kahwin ni nasib... mungkin betul.. tp kita xleh nk salahkan nasib.. sebab setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Tapi kita tak la disuruh terima je apa yg berlaku tu. Kalau ada perkara yang kita boleh elakkan, elakkan lah..

Hrm.. masa aku attend wedding anak kawan mak aku dlu, dkt tepi pelamin tu pengantin ada letakkan satu buku nota, dia tulis kat situ...
"kongsi kan rahsia anda untuk kami jadikan panduan"
lebih kurang gitu la ayatnya..
Menarik gak ek...buat gitu. Tapi... aku tak kongsi pun...
Aku terfikir.. sape la aku nk share..rumah tangga baru setahun jagung..

Cukup la sekadar berkongsi di sini...

Kongsi apa tu?? Hehehe.. takde menda pun..

Cuma nak kongsi ni je.. Aku amik dari website ni

 Pada ‘malam pertama’ suami memegang kepala isteri dan membaca doa ini,


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا، وَأُعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Alhamdulillah.. wp cemana geram or marah pn kita.. respect pada suami tu tetap ada, takut masuk neraka tu tetap ada. Lps tu nangis2 mintak maaf balik la.

Rumah tangga mana yang tak dilanda ombak rindu kan? Ye la.. berombak kemain kalau tgh gaduh tu.. pastu rindu2an la balik.. Kalau tak gaduh, aman je.. takde seri la plak. Tak de session pujuk memujuk.. Haha..

Itu la kelebihannye kalau da kawen.. kalau kapel2 gaduh2.. tau nk carik lain jek. Hehe.. Tp kalau da kapel lama2 wat pe nk tggu2 lagi kan..

Hrm.. panjang plak entry ku kali ini. Nape tetiba je ek? Hehe.. ye la kan.. kenduri kawen just around the corner. Minggu ni sepupu aku, mggu depan adik aku plak.. Sebagai peringatan utk bakal2 pengantin je..
Aku ni bkn la pandai sangat.. pandai sikit pn tak.. cuma berkongsi apa yang aku tahu je..

Ok lah.. Team Foundation Explorer ni masih tak boleh nk guna lagi. Xleh nak buat keje. Tapi aku buat la gak keje, disamping merapu di sini. Lately ni keje aku banyak, asik balik lambat je. Mujur la ada suami tercinta yang sudi menunggu aku kat lrt tu. Sampai dia cakap.. hari ni da masuk 3 org promote insurance kat abg, pempuan semua lak tu. Huhu... Memang pun. 2 kali terserempak, aku sampai je, ada pempuan tgh promote insurance dia. Tergugat jugak bila tgk ada pempuan ngan laki aku. Aku dtg dkt, tgk dia bg pemplet yg ada no tepon. Pastu terus blah. Oo..promote kat laki aku je ek? Tp kalau dia promote kat aku, confirm aku x layan. Hehe..

Mmm.. keje dunia.. kalau ikutkan memang x abis2...

Ok la..tu je nk citer..

Daa...



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images