Citer minggu lalu...

Wednesday, July 18, 2012

Assalamualaikum...



Gmbr ini aku amik dari google image ye..

Seperti yang dirancangkan.. kami pulang ke kampung abg. Dekat je.. Bkt Damar, Lanchang Pahang.
Memulakan perjalanan pada hari jumaat malam. Balik keje awal sket, siap msk n makan, solat isyak siap2, kami pun bertolak. Siap2 pakai baju yg blh terus tido. Hehe... takde maknanye nk pakai cecantik memalam tu ek. Asalkan menutup aurat, da la.

Dalam perjalanan, spt biasa, aku berbual dgn abg. Memang da jd kebiasaan kot, time kami menyembang panjang adalah time dlm kete on the way balik kg abg. Blk kg aku kejap je, so takde la bnyk sgt menyembang. Sambil melayan cik aimy yg kdg2 nk duduk diam, kdg2 xnk.

Balik kali ni, aimy tido awal. Mcm2 yg kami bualkan. Biasanya abg la yg bnyk cerita. Dia citer pasal dia dulu.. Dia ckp, dulu dia blk kg penah la naik bas. Hehe.. aku igtkan dia tak penah naik bas. Aku igt aku je naik bas dr kampus ke kg. Btl jgk ckp dia, baru2 keje dlu, mana ada motor lg. Balik kg naik bas la. Dr Rawang dia nak komuter, jalan kaki ke pekeliling.

Mmm... adventure kan naik bas? Lps setahun keje, dia amik motor 2nd. Lps tu dia start menyimpan n beli motor baru plak. Dia kata sekurang2nya pd umur skg dia ada la harta sendiri. Erm.. aku pn pk.. aku?? Pada umur skg aku ada juga aset, tp belum selesai hutangnya lg. InsyaAllah.. akan diusahakan utk selesaikan. Kalau apa2 jadi pada aku, anak dan suami ada la tmpt berteduh.. Untuk tambah aset lagi belum lg kot buat masa ni.

Ok berbalik pd cerita asal.. Kami sampai kg dlm pkl 11 lebih camtu la. Aimy yg tido td, da bangun. Siap la dia tdo lewat la mlm tu. Mak abah tak tdo lg. Adk yg da tdo, bangun skejap. Dlm kul 1 lebih baru kami tido.

Hari Sabtu, kami tak ke mana2. Bangun subuh pn lewat, huhu.. ye la kan, ngantuk. Cuaca sejuk lak tu.
Pepagi tu mak da jerangkan bubur aimy. Aku tmbh kentang, carrot ngan ayam. Adik ipar plak masak char kuew tiaw. Lewat gak breakfast hari tu. Lps breakfast, mandi.. tak de buat apa..

Lepak2 je ngan aimy. Layan aimy... Mak masak ngan adik ipar. Huhu... bila la aku nk menolong ni? Heh..tak senonoh tol. Tau mkn jek. Tp hari sabtu tu mmg takde aktiviti sgt. Aku siap tertidur dpn tv. Mak, abg n adik2 ipar menyembang dkt ruang tamu lg satu.

Dlm kul 5 lebih baru aku join diaorg. Pastu aku bwk aimy g mandi.. Siap aimy mandi, aku plak mandi. Aimy spt biasa g ronda2 kampung dgn acik n acu dia. Sementara aimy g jenjalan tu, aku panaskan bubur dia, jerang air n etc. Bila g depan, tgk2 aimy da tdo berselimut. Hehe... sejuk kene angin kot. Dia mmg suka tdo kalau naik motor. Lps dia bgn, baru bg dia mkn..

Malam tu.. abg ngan abah g cari durian. Abg la teringin nk makan. Mak suh dia g cari ngan abah. Sampai ke mentakab tu diaorg g. Huhu.. patut la lama. Abg kata durian tak bnyk. Tu pun berebut2 org beli. Ada la beberapa biji dia bwk balik. Tu pun mahal. Mak kata esok la kita cari kat "pekan sari" (pekan sehari kot). Pelik gak masa memula dgr diaorg sebut gitu. Pekan sari ni dkt temerloh. Dlu masa couple ngan bf aku(skg laki aku), dia selalu la ckp, bwk mak g pekan sari. Masa tu dia saje call, sementara tggu mak dia siap membeli, dia call aku yg sedang enak dibuai mimpi. Hehe.. tu dlu2 la.. skg ni.. baru aku tau pekan sari tu camne. Mcm tmpt aku pasar pagi. Tp mak kata, pasar tu sampai ke ptg.

Oh.. da menyimpang lagi. Hari Sabtu.. itu je la aktiviti kami... Lebih kepada menonton tv, makan dan menyembang.. Makan durian tetengah malam. Hehe..ada sesuatu dgn aimy dan durian.. Nanti la aku citer kan ek..

Sekian saje entry merapu aku... Skg ni kene stop dlu.. sambung keje...
Daaaaa...




You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images