Majlis Sinar Zohor - 11 Julai 2012

Sunday, July 15, 2012

Assalamualaikum...



Pada 11 Julai 2012, Majlis Sinar Zohor di anjurkan oleh Poslaju. Penceramah yg di jemput adalah Ustaz Don. Of course la kami(aku la tu) ternanti-nanti sebab nak tgk ustaz yg glamer tu. ya la kan aku jarang tgk tv alhijrah. Channel tak clear sbb umh kami xde astro. Apa2 pun, kami ke majlis tersebut bkn kerana ustaz tu glamer, kami pegi sbb nk dengar pengisian dari majlis ilmu yg dianjurkan. Setakat ni, aku rasa aku terlepas 2 majlis sinar zohor ni sbb ada keje. Teringat pesan bos aku dlu, kita ni at least sebulan sekali kene dengar ceramah2 agama. Ye lakan.. kene la muhasabah diri, kene ada yg mengingatkan kita agar kita tidak lalai dengan dunia...


Inilah dia wajah ceria ustaz don. Masa aku sampai tu, agak lewat la. Majlis patut bermula 12.30 tgh. Tapi aku g da 12.45. Aku igt aku da terlepas, sampai2 je kat surau, tgk pihak penganjur tgh berbaris lg nk sambut kedatangan ustaz. Maknanya ust tak sampai lg la. Tak terlepas la aku...hehe..

Dlm pkl 1 camtu, baru ust sampai. Dia ada majlis di bukit bintang. Tu yg lmbt skit tu.. Walau bagai mana pun, kami tetap sabar menunggu. Masa diaorg umumkan ketibaan ustaz, aku ni menggambarkan yg ustaz tu akan berserban dan berjubah.. Hehe.. mcm dlm poster tu... Skali bila dia masuk, semua org bersorak... Mana tak tnya.. tgk la.. gmbr dia tu.. Ensem ma.... Disebabkan aku ni isteri org, takde la berangan nk dpt suami mcm ustaz tu. Hehe... Tp my suami still boleh jd mcm ustaz tu.. bkn dr segi rupa ye.. dari segi ilmunya...

Ok la.. pengisian yang disampaikan hari tu adalah.. indahnya Ramadhan..
Ceramah dimulakan dgn bacaan surah Ad-Dhuha, Al-Fatihah dan doa oleh ustaz. Memula dia citer pasal definisi puasa. Puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yg membatalkan  puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dgn niat pada malamnya. (lebih kurang begitu la definisinya, kalau salah mohon betulkan ye).

Disebabkan aku amik nota penting je, tak bwk buku n pen. Cuma type dlm Notes dkt henpon cikai aku. So aku taip ikut pemahaman aku je la. Hehe.. kalau ada ipad ke henpon canggih ke.. blh la taip manyak2 then terus post kt entry.. hehe..
Tujuan aku menulis di sini, agar aku tidak lupa ilmu yg disampaikan oleh ustaz..

Dari definisi tu, ustaz kata, puasa adalah menahan diri dari makan & minum.. Tujuan nya adalah supaya kita rasa lapar. Apabila berpuasa, urat safat kita jadi kecil.Oleh itu, drip air adalah perkara yg membatalkan puasa. Sbb masuk air dlm badan utk kita tak rasa lapar. Tetapi ia berbeza ngan inhealer. Inhealer boleh dan tak batalkan puasa sebabnya ia adalah utk menyambung nyawa. Lain pula dengan merokok. Ustaz kata merokok utk perabih nyawa, so fungsinya tak sama dgn inhealer walaupun kedua2nya mempunyai konsep yang sama iaitu sedut. Ini kerana Islam mengutamakan nyawa dahulu. Ustaz ada juga ceritakan contoh berkaitan nyawa ni. Antaranya kenapa org yg mencuri hukumnya potong tangan. Sebab ia melibatkan ketenangan jiwa si mangsa.

Selain dpd tu, ustaz kata lagi.. Niat pd mlm hari untuk puasa esok hari pada bulan Ramadhan adalah wajib. Niat 30 hari adalah boleh, tapi kene niat pada malam pertama tarawikh dan kita wajib niat tiap2 malam juga walaupun dah niat 30 hari. Lps tu ustaz kata, niat lintasan dlm hati yg dlm bahasa melayu tu adalah wajib. Kalau kita lafaz niat dimulut dlm arab tu, tp tak niat lintasan dalam hati, maka puasa kita tu xdpt apa. Niat untuk 1 bulan tu hanya untuk redeem bila terlupa je. Org yg lupa niat, tp dia bersahur, puasanya sah.

Then ustaz citer pasal perkara yg membatalkan puasa plak. Korek hidung, korek telinga adalah batal. Perkara ni adalah perkara biasa yg kdg2 kita lupa bahawa kita sedang berpuasa. Ia membatalkan puasa kerana memasukkan sesuatu dlm rongga. Tp kalau darurat, ada binatang or benda msk dlm hidung or telinga, keluarkan cpt2. Ok.. pakai contact lense atau titik eye drop tak membatalkan puasa sebab atas mata bukan msk dlm rongga mata. Injection juga tidak membatalkan puasa sbb jarum dicucuk pada kulit, bukan rongga. Ia menjadi batal jika cucuk untuk masukkan makanan.

Lagi.. ustaz kata cium siang hari hukumnya makruh. Cium yg mcm mana tak tau la. Tp kalau da makruh, baik elakkan. Huhu.. kene arr biasakan cium tgn hubby je bila g keje. Biasanya cium tgn, pipi 2 belah, then dia cium dahi. Yg ni ustaz tak citer sgt sbb dia nk citer pn tak tercerita sbb asik nk gelak je.

Ustaz juga ada sebut tentang solat terawikh. Solat terawikh adalah sebahagian daripada puasa. Kita tak perlu aktif sgt diwaktu siang hari. Ingat bahawa kita berpuasa. Sebab waktu utk bertenaga adalah waktu solat terawikh.. Tp aku ni plak, time solat terawikh tu la ngantuk bagai. Ustaz kata, kalau imam kita laju, kita kene percepatkan baca al-fatihah. Sebab kita kene habiskan juga al-fatihah kita walaupun solat berimam. Huhu.. dlu aku igtkan takpe sbb imam tanggung. Tapi ustaz kata, mazhab kita Al-Fatihah tu wajib dihabiskan. Lps abis bc Al-Fatihah, kejar imam dengan rukuk & sujud baca subhanallah je. Tak perlu baca panjang2 dan 3 kali. Jika Al-Fatihah kita tak abis lg dan kita x rukuk lg, imam da bgn dr sujud pertama, maka jemaah kita batal. Kene sembahyang balik jadi makmum masbuk. Kita xleh tertinggal 3 rukun dpd imam. Mmm.. kene berhati2 jgk ye bab solat ni.

Erm.. setakat tu je nota yg aku salin. Ceramah nye tak lama, rasa tak puas dgr. Tapi nak buat camne kan.. Ilmu yg sedikit tu, kalau diamalkan lebih bermanfaat dpd dgr bnyk2 tp tak amal langsung.

Ustaz kata, bila jmpa org ucap Ramadhan Karim.. org tu plak jawab Allahuakram...

Wallahua'alam...

Segala yg baik itu adalah dari Allah, segala yg kurang or salah itu adalah dari kekurangan aku sendiri... Jika ada sebarang kesilapan, harap dpt betulkan ye.


Layan la gmbr ustaz don...







Credit to Kainie for all the pictures. Hehe... Ni la kainie ngan ust don. Aku mintak gmbr2 ni dr dia. Sbb dia bwk camera canggih.. aku takde camera. Henpon cap ayam je. Kalau amik, confirm x nmpk apa..

Ok la.. stop sekarang..

Nnt ada masa aku update lg..


Daa...




You Might Also Like

2 comments

  1. ustaz adam nih..suka sgt adam ngan ustaz don nih.nampak gambar pun dia dah kenal pastu mesti ckp "eh mama tad don ke?" hehe..harap2 adam membesar jd mcm ustaz don gak nanti..insyaAllah

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images