Musimm.. kot..

Friday, November 09, 2012

Assalamualaikum...



Huhu.. Boleh dikatakan setiap hari hujan. Jumpa sang matahari pepagi je. Lepas lunch hujan lebat.
Musim tengkujuh sekarang ni, mujur la tempat kami tak banjir. Kat kampung pun tak banjir.
Bila da musim hujan ni, penyakit mudah la dtg. Aimy pun tak terkecuali. Aku rasa sbb dia kene ujan sket masa g pasar malam dgn ayah dia.

Da 2 hari dia demam. Bagi makan ubat punya la susah. Siap pengasuh dia call aku, cemana ni aimy xnk makan ubat. Hari ni dia paksa jgk bg aimy mkn ubat. Siap kene pegang kaki tangan. Semalam patutnya aku bagi, tapi dpt makan 1 ubat je. Lps tu dia punya la menangis mcm kene dera. Meleleh air mata, hingus, air liur skali.. Aduh... Pastu ayah dia kata, xyah la bg... Huhu.. lg xde motivasi mak dia nk bg mkn ubat.

Malam ni, kalau xnk makan ubat gak, aku kene paksa jgk la dia. Kesian tgk dia batuk n selsema. Da la malam tadi x lena tdo. Boleh dia tonyoh hidung dia dkt muka aku.. Aku ingatkan kenapa dia panjat2 badan aku, rupanya rimas ngan hingus dia. Adoi la.. aimy..aimy..


Dlm kebimbangan ttg kesihatan aimy.. bimbang juga dgn kesihatan opah. Opah batuk berlarutan..
Dah lama dia batuk. Da bwk g hospital dulu, da x-ray semua. Xray awal tahun hari tu, keputusan baru tau semalam. Mak aku ingat iye la xde apa2 sbbnye diaorg x call lps 2 bln. Rupa2nya tidak...

Semalam mak bwk opah g hospital lepas 3 hari spt yg disuruh oleh doctor masa hari ahad lepas. Ahad lepas opah da x tahan sgt, dia yg suh anta g spital, so kami anta kan la.. Mujur time tu kitaorg ada kat kg, terus je la bwk dia. Semalam jmpa doctor kat situ, mak tnya la cemana batuk opah tu. Da amik sample kahak, da xray, tapi batuknye tak baik2 jgk. Lps tu doctor tu suh nurse amik result xray awal tahun hari tu. Baru la tunjuk peparu opah bnyk tompok2 hitam. Mungkin sbb asap rokok. Opah kurang minum air, so tompok2 hitam tu kekal la di situ. Kalau ikutkan, opah aku mana ada merokok. Nak kata duduk kat kawasan ada pencemaran udara, tak juga sbb kg opah atas bukit n kg yg paling hujung skali. Jauh dari pencemaran la.

Mak kata dlu arwah atok (abah mak) kuat merokok. Sekarang ni plak adik kepada arwah atok selalu dtg rumah opah + merokok jgk. Mungkin la kot sbb tu. Memang la da ditakdirkan sakit kan? Xkan nk salahkan org plak.. Mmm.. bahaya nye asap rokok.. Mujur la sblm kawen aku da suh laki aku benti merokok. Aku cakap, kalau nk kawen ngan aku, benti merokok. Alhamdulillah.. da benti da. Aku xleh bau asap rokok, nnt kepala aku pening. Tu salah satu faktor nye aku suh dia benti tu. Bila g dating, nmpk je asap rokok berkepul2 n kebetulan lalu kat situ.. aku sapu2 n tepis2 asap tu. Lantak la perokok tu nk marah ke.

Panjang lak aku membebel. Berbalik pd citer opah tadi, doctor suh refer pakar kat selayang. Adik plak anta ke selayang. Sampai sana, takleh nk jmpa pakar. Kene buat appoinment dlu sbb orang ramai. Surat dari spital kkb da diberikan dkt tmpt doctor pakar tu. Minggu depan tggu hospital call n beritahu bila boleh pegi. So skg ni, opah kene la tahan & bersabar... Semoga opah sihat & tabah dengan dugaan sakit yg Allah beri ini.

Hrm..mggu ni xde la blk btg kali. Aku amik cuti hari jumaat, so khamis tu blh la balik n duk kg lama sket. Malam ni mak abah mertua nk dtg umah kami. Alamak, umah mcm tongkang pecah jek. X sempat nk kemas. Harap2 aimy cepat sihat. Esok nk g jenjalan..



You Might Also Like

9 comments

  1. mmg hujan saja skrang ni

    ReplyDelete
  2. musim hujan ni bebudak mmg mudah selsema Ira...

    sian opah...tu la bahaya nya merokok kan..untuk jangka masa panjang..org yg tak merokok pun terkena tempiasnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal. dia xnk makan ubat lak tu.

      betul tu kak, kene tempias dr org lain.. sian dia.. appoinmentnye thn dpn lak tu.

      Delete
  3. tahu xpe kak ira..
    dapat jumpa matahari pagi jee..
    semoga Aimy dengan Opah akak sihat..
    Betul bahaya jugak asap rokok nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. tghari hujan.. pastu petang balik keje, benti kejap, pastu hujan balik sampai ke malam..

      terima kasih..Alhamdulillah, aimy da sihat.. opah belum lg.

      Delete
  4. semoga opah ira cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zuriey.. x sabar nk balik kg mlm ni...

      Delete
  5. kesian opah...asap rokok mmg bahaya...tu ppasal saya mmg anti dgn asap rokok..jgn tak tahu...kalau datang rumah saya,...sesiapa pun xboleh merokok..nak merokok sila keluar dr rumah saya...hihihhi..kalau kat luar,..sebolehnya saya lari jauh dr org tgh hisap rokok

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images