Ayat Penggerak..

Tuesday, July 23, 2013

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan2? Diharap kawan-kawan semua sihat dan bahagia selalu hendaknya.
Hari ni nk berkongsi sedikit kisah yang aku baca di facebook pagi tadi..

aku amik dari facebook.

Bila terbaca kisah malang si ibu dan ayah yang kematian anak gara2 'tertinggalkan' si kecil itu di dalam kereta selama 5 jam, saya rasa sayu benar. Tragedi seperti ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Saya tidak menakrifkannya sebagai kecuaian. Ini masalah terlupa, dan lupa adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Tidak ada mana2 ibu dan ayah yang waras pun yang akan tinggalkan anaknya seperti itu jika dia teringat. Sungguh, ini masalah lupa, dan apa sahaja yang kita lupa, tidak berdosa! Jika kita makan kerana terlupa kita sedang berpuasa pun, tidak mengapa. Puasa kita masih sah dan ALlah tidak marah. Itulah 'istimewanya' pengecualian yang ALlah beri bila terlupa. 

Saya faham perasaan ibu dan ayah 'bertuah' itu kerana saya pernah mengalami nasib serupa. Balik dari satu perjalanan, kami tergesa2 masuk ke rumah kerana sudah terlewat untuk menunaikan solat. Selepas solat, kami ralit berkemas pula. Bila menjenguk ke bilik anak2, baru saya perasan anak saya yang ketika itu berumur 4 tahun tidak ada bersama. 

Puas mencari di dalam rumah, akhirnya baru terfikir untuk menjenguknya di dalam kereta. MasyaAllah, dia sudah terjelepuk lemah kerana kehabisan tenaga. Badannya basah kuyup dek peluh, wajahnya lencun dek airmata. Bila saya pegang kepalanya, dia menyeringai sakit. Rupa-rupanya bila tersedar dari tidur dan mendapati dia ditinggalkan keseorangan dalam kereta dia menangis sambil melonjak2 hingga mengenai bumbung kereta, benjol kepalanya kerana terhantuk berkali2. 

Menitik air mata saya membayangkan betapa tersiksanya dia. Alhamdulillah, meskipun hampir 2 jam dia terkurung, anak saya selamat. Ya, dia selamat, tapi saya tetap rasa bersalah dan pilu. Tragedi ini benar-benar membuatkan saya lebih berwaspada selepas itu. Namun, dalam keadaan kita sibuk berjaga2, adakah kita boleh yakin sepenuhnya bahawa kita tidak mungkin akan terlupa?? 

Kawan-kawanku yang baik, dunia ini ujian dan Allah akan sentiasa uji kita. Orang yang sihat sebentar tadi, boleh sahaja tiba-tiba cedera parah dilanggar kereta. Wajah yang suci bersih sebentar tadi, boleh sahaja tiba2 hancur dicurahkan asid tak semen-mena. Apa daya upaya kita untuk melawan mala petaka? Hanya Allah yang boleh jaga kita. Sebab itu, berdoalah dengan doa yang diajar oleh kekasih-Nya. Beramallah dengan amalan yang dianjurkan oleh Baginda. 

Ada satu doa yang diminta kita membacanya pada setiap pagi dan petang iaitu doa penggerak. Doa ini ada di dalam al-Ma'tsurat. Kata Baginda dalam satu hadis sahih, orang yang membaca doa ini, tidak ada sesuatu pun yang akan memudaratkannya. Baca. Ajarkan anak2 kita. 

Takziah kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja kehilangan anak mereka. ALhamdulillah, si kecil itu sudah terpilih untuk ke syurganya walhal kita yang masih hidup ini tidak tahu lagi untung nasib kita di mana.. *sebak..

Ini adalah dugaan. Kita tak boleh nk terus salahkan ibu bapa kanak2 tersebut.
Kalau kita tak salahkan diaorg pun, diaorg memang akan rasa bersalah sgt2.. dan menyalahkan diri sendiri.
Kisah ini buat aku teringat pada Aimy yang terjatuh dlm bas & menyebabkan parut didahinya tu.
Memang aku rasa bersalah sgt2..
Bila org tnya kenapa??? Kenapa???.. mcm mana boleh jatuh??
Soalan2 itu buat aku x henti2 menangis..
Tambahan pula bila org ckp.. eee.. dah la.. jgn bwk naik bas lg..
Bila ada yg bertanya.. kenapa dahi tu??
Then ada tukang jawab... dia ikut mak ayah dia jalan2 naik bas...
Ya Allah.. betapa berdesingnya telinga aku, tuhan je yg tau..
Sabar je la bnyk2..
Aku diam dan senyum je.. dan mengakui yg memang kami bwk dia berjalan jauh naik bas.
Aku dah redha dgn kejadian itu pada masa itu, tolong la jgn ckp mcm2 lagi..

Sesungguhnya semua ibu menatang anaknya bagai minyak yg penuh, tak ada yg sengaja nk menyakiti anaknya sendiri melainkan ibu itu ada masalah mental.
So kalau berjumpa dgn ibu2 yg menghadapi dugaan ttg anak mereka, jaga la hati mereka..
Cuba letakkan diri anda ditempat mereka...

Sedih lak aku.. Sib baik leh cover ngan hingus yg meleleh sedari pagi tadi sebab selsema..
Air mata ni meleleh la plak..
Aku rasa mcm nk demam je ni.. Hrp2 x berjangkit dgn aimy..
Risau...















You Might Also Like

6 comments

  1. Memang terharu sangat2 bila baca kisah tersebut...ibu mana yg tak sayangkan anak....
    Takziah utk keluarga tersebut...dan terima kasih atas prkongsian...

    ReplyDelete
  2. siapa lah kita utk menghukum kan... semua yg berlaku sudah tertulis sebenarnyer !

    ReplyDelete
  3. mmg sedih baca cerita tu,sebagai ibu mmg kita xnak semua tu berlaku kat anak2 kita,klu bole biar nyawa kita yg jadi gantinya,tp itulah takdir Allah x siapa tahu kan...mesti seorg ibu akan rasa bersalah seumur hidup klu jd mcm tu,tp kena redha,setiap yg berlaku tentu ada hikmah-Nya...
    harap2 ibu itu tabah menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  4. mmg ngeri bc kisah tertinggal anak dlm keta

    ReplyDelete
  5. Prkongsian yg sgt baik ira..mohon share nti ye :))

    ReplyDelete
  6. sedih baca kisah ni Ira..tiada ibu yg tak sayangkan anaknya..apa yang berlaku memang sudah ketentuaNYA

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images