Kenapa rezeki susah nak masuk???

Friday, July 19, 2013

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian utk semua..
Aku amik dari facebook..


Bila kita beli something utk org lain, kita rasa duit kita tggl sikit.
Tapi percaya la ckp kak ton.. hehe.. ckp aku, wp sikit, tp insyaAllah cukup.

Aku bercerita hanya utk berkongsi pengalaman.
Jgn fikir tak ada org yg kedekut dgn ibu bapanya.
Lepas tu, ada juga org yg suka ckp takde duit & tak cukup..
Jangan.. jangan.. jangan.. jangan ckp mcm tu..
Nanti betul2 tak cukup..
Ada org keje pagi ptg siang mlm.. tp dia tetap rasa x cukup..
Wp zaman skg ni bnyk kemudahan kerajaan bg, pd fikiran kita,
sepatutnya dia boleh hulurkan rm50 sebulan pada mak dia.
Tapi... itu pun berat, hinggakan maknya mintak..
Kdg2 aku x faham, kenapa x boleh bg.. kenapa dia masih kata xde duit n x cukup..
Mungkin sbb dia selalu ckp x cukup n ada perasaan rugi bila memberi pada maknya.
Rezeki nk sempit ni mcm2 cara. Cara perbelanjaan, cara dtgnya rezeki tu... mcm2 la..
Sama jgk mcm rezeki tu Allah nk luaskan. Mcm2 cara jgk..
So.. ikhlas kan hati & jgn kedekut.

Buat adik2 semua(hehe..kakak2 semuanya lebih arif, so nasihat utk adik2 je la),
bila dah bekerja.. khaskan certain amount dr gaji utk mak ayah kita.
Walaupun mak ayah kita tu bekerja & berduit, tp peruntukkan utk diaorg.
Kalau mak ayah xnk terima, minta mereka simpankan.
Sekurang2nya, bila kita sesak, mana la tau kan.. takde la malu nk meminjam.
Mak ayah kita ni, bkn guna sgt duit kita, dia simpan sebenarnya.
Bila kita memerlukan, dia guna balik duit tu.
Tp jgn la niat bagi nk minta balik.. niat tu kene ikhlas..
Memberi pada ibu bapa membuatkan rezeki kita murah & luas. Tak caya, cuba la..

Eh.. Panjang pulak citer aku hr ni.
Tapi tu la.. perkongsian pengalaman yg aku nk share kan.
Jgn la kedekut. Terutamanya dgn mak ayah n adk beradik.

Alhamdulillah.. dpd pengalaman aku sepanjang tahun ni, rezeki Allah bg x putus.
Setiap bulan ada extra wp aku bukan la buat side income ke apa. Tp cukup..
Semoga Allah tetapkan hati aku berbakti pd kedua ibu bapa & keluarga.
Semoga dijauhkan dari sifat2 yg keji..

Disini aku nk share sikit info dpd facebook.


JIKA KESEMPITAN REZEKI, SILA AMALKAN...

Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit. Ramai juga rakan-rakan teringin sekali nak ke Mekah, tapi belum kesampaian. Puncanya rezeki yang belum ‘mendampingi’ kita!

Apa kata, kita pergiatkan amalan, buat nilaian peribadi kerana Allah memberi jalan kepada setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam perlbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalkan 20 perkara ini, Allah membantu mu...

1) Selalu Menyempatkan diri beribadah
2) Memperbanyak istighfar
3) Meninggalkan perbuatan dosa
4) Senantiasa ingat kepada Allah
5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7) Tunaikan hajat orang lain
8) Banyak berselawat
9) Buat kebajikan sebanyak-banyaknya
10) Berpagi-pagi
11) Menjalin silaturrahim
12) Membiasakan selalu dalam keadaan berwuduk
13) Bersedekah
14) Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud)
15) Membiasakan Solat Dhuha
16) Bersyukur kepada Allah
17) Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
19) Berikhtiar setelah kuat berusaha
20) Bertawakkal

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Selamat Beribadah dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.



You Might Also Like

7 comments

  1. salam,ira..betul sgt2 tu...amalan2 yg sgt penting utk kita amalkan...nak2 solat dhuha tu...jgn jadika kesibukan keje sbg alasan :)

    ReplyDelete
  2. tq atas perkongsian ini,,, muhasabah dan tindakan segera perlu diambil


    psst..
    jom try rasa rempah masak hitam
    mana tau membuka selera puasa ni,
    atau tuk raya nnt..
    tq

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg sgt2 bagus ni dear

    ReplyDelete
  4. good info ira..memang betul pun..sy slalu sgt jumpa org yg selalu sgt merungut duit tak cukup n akibatnya memang duit dia xpernah2 cukup even gaji beribu...nk tambah skit, amalam lain nk bertambah rezki selain sedekah n tak berkira pada orang lain, kita kena jgk amalkan solat dhuha sebab melalui solat dhuha ni, insyaALLAH rezki daripada segala aspek akan keluar untuk kita dan dimurahkan lagi rezki...

    ReplyDelete
  5. terima kasih kongsi info ini !

    ReplyDelete
  6. betul tu Ira..tq berkongsi info ini..:)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images