Pengalaman buat ibu...

Tuesday, January 17, 2017

Assalamualaikum kawan2..

Semoga kita semua diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg berkat.. 
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..
Allahumma solli 'ala Muhammad
Wa 'ala ali Muhammad..

Lama tak bercerita disini.. 
Sekadar nak update..
11 jan yg lepas, aisyah shafiyah genap 11 bulan..
Da pandai sebut mamama.. papapa.. 
Kadang2 bunyi mcm amma..appa.. Hehe..
Kalau panggil ayah.. Aa.. 
Kalau panggil atuk.. Aa..Aa..
Kalau panggil kakak.. Aakk
Kalau panggil ibu.. Buuuaaah..
Hehe.. Sebenarnya, dia belum pandai memanggil dengan betul.. Ikut dan dia je.. Semuanya aaaa..  

Berjalan sambil pegang2 kerusi, meja..da boleh..
Tapi bila lepas, dia terus duduk.. 
Berdiri tanpa pegang apa2 da tegap la.. Tapi kalau dari keadaan duduk nk bangun, belum boleh lagi..
Pelan2 ye dik.. Tak lama lagi berjalan la tu.. Blh main kejar2 dgn kakak..

Di usia semuda 11 bulan, adik da merasa kena demam campak.. Dan yg terbaru kena chicken pox.. Wan kata ibu dulu kena masa umur 2 tahun dan sekolah rendah. Tak silap ibu, kene chicken pox masa darjah 2 kot. Kesian tgk adik masa chicken pox mula keluar, tdo malam x lena..

Alhamdulillah dik, kita dpt pengasuh yg baik.. Hari ibu tak hantar adik ke rumah dia, dia datang bwk daun semambu(tq mazni betulkan saya, maklum la saya taip ikut dan je).. Suami pengasuh aka atuk risaukan adik.. Tu yg dia suruh wife dia dtg tgk adik.. Ibu cuti sehari je, mujur pengasuh nk tlg jaga adik. Kalau x, terpaksa la ibu dgn ayah cuti bergilir..

Dalam Allah dtg kan ujian buat kita, Allah dtgkan insan2 mulia hatinya untuk membantu kita. Wan saadiah sgt risaukan adik, sedih dia xdpt tlg jaga adik masa ibu kerja. Ye la, dia bimbang xde org blh jaga adik. Bila pengasuh nak jaga, dia lega. Wan buatkan bedak beras kunyit utk adik. Halus betul wan buat. Tak macam ibu buat dulu, kasar. Hihi.. Bila adik demam campak, baru la ibu tau mcm mana nk buat bedak beras kunyit tu.

Bila adik kena chicken pox ni, mcm2 petua la ibu dapat. Yg penting sekali, kalau demam campak or chicken pox, kene minum air kelapa bnyk2. Alhamdulillah, adik suka air kelapa. Minum dan mandi air kelapa. Utk bagi campak keluar cepat. Selain dari tu mandi air beras. Wan kata buat 3 hari, tp ibu buat sampai hari ke 4.. Hihi..

Daun semambu tu pulak, pengasuh kata letak kat bawah tempat tidur adik supaya tak gatal2. Hari ke 3 chicken pox adik keluar bnyk, adik tak tdo malam. Wp da sapu bedak sejuk + daun semambu, adik still x selesa. Kul 3 pagi ibu bwk adik g bilik air, basahkan kepala dan badan. Tanggalkan baju dan seluar, tdo dgn pempers je, baru adik blh tdo. Tu pun masih merengek. Hari ke 4 tu, Allah bagi ilham dkt ibu.. Letak adik atas tuala basah. Alhamdulillah, syukur mlm tu adik blh tdo lena. Tdo still berpempers je. Balut dgn kain napkin utk elak kan nyamuk.. 2 mlm jgk la tdo mcm tu..

Alhamdulillah.. Chicken pox adik makin kering dan kecut. Ibu google2 juga petua utk chicken pox, katanya mandikan dgn air oat.. Yg ini ibu buat masa hari ke 3. Seronok adik berendam dlm air oat. Tp lps tu ibu tak buat da sbb x sempat. Dah bnyk hari ni ibu buat balik. Sbb dkt tgn adik masih belum kecut lg gelembung tu. Nk letak calamine losyen xleh sbb poison, nk letak bedak sejuk dgn bedak beras kunyit tu, adik bwk masuk mulut dgn gosok2 mata. So ibu bagi adik ramas2 oat yg kembang dek air panas tu.. Alhamdulillah, lps 2 hari tgk da kecut gelembung tu.

Bila bwk adik keluar, bimbang org terjangkit dgn adik. Wp muka adik berkuping2 org x geli tgk adik. Ibu risau gak, kot org rasa jijik, tp sbb adik murah dgn senyuman, masing2 suka nk main dgn adik. Tp ibu hati2 jgk, dgn bdk kecik, ibu jauhkan adik.. Takut gak jangkit kat ank org. Doc kata time dh nk baik ni la sng jangkit. Huhu.. Hrp2 x jangkit la kat sape2.

Sblm adik kene chicken pox ni, kita balik kg. Masa tu atuk kene kayap. Ye la kan, wp ada risk utk jangkit, tapi sbg anak, ibu x sampai hati la tak tgk atuk yg sakit. Wp ada yg terkejut, knp kami balik kg sedangkan kami tahu yg abah sedang kene campak( pd masa itu doc diagnose campak) tp pada mata kami itu bkn campak. Bila pegi klinik kali ke 2, baru doc ckp, yg abah kena tu kayap, bkn campak. So adik berjangkit chicken pox dr siapa pun x pasti la..

Tak kira la dr mana dia dtg, tp dgn izin Allah, kena juga. Ada la hikmahnya kan. Allah nk uji ibu dan ayah.. Smga kita diberi pahala atas ujian ini. Lepas adik da beransur sihat, kakak pulak sibuk demam. Harap2 bukan chicken pox la.. Semoga anak2 solehah ibu sihat, cergas dan cerdas kembali..

Adik yg manja.. 

Sakit2 pun aktif lagi


Ok la.. Nk sampai destinasi.
Jumpa lagi di lain entry, wassalam..




You Might Also Like

6 comments

  1. Daun semambu ke daun bambu?
    .
    Rasanya daun yang tepat daun semambu. Pokok ni ditanam oleh kaum india di hadapan rumah & kawasan perniagaan mereka 😃

    ReplyDelete
  2. Dah macam kena jerawat dah adik ye -kesiannya..
    Tapi chicken pox ni kalau kena pada baby bekas dia cepat hilang berbanding kalau kena dah besar Ira.

    Beruntung dpt pengasuh yg prihatin dan baik. Bersyukur sangat kan.

    ReplyDelete
  3. Mesti dah tambah akal dia ye Ira, dah 11 bulan...
    Tak pe senang kena Chicken Pox masa kecik, parut dia pun cepat hilangnya.
    Syukur sangat sangat kalau dapat pengasuh yg baik. Hati kita pun legakan Ira nak tinggal anak

    ReplyDelete
  4. Hannan dengan Husna je yang dah kena chicken pox...hasif lum kena lagi..umie diorang jadi risau..macam Hannan parut chicken pox dia xhilang2 lagi smpai arini padahal dah 1thn lps dia kena...

    ReplyDelete
  5. dah kena masa kecik ni ok sikit, kesan parut cepat hilang. Alhamdulillah dapat pengasuh yang bagus macam tu.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...urusan Ira dipermudahkan Allah. Rezeki utk Ira & family tu..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images