Ujian dari Allah..
Tuesday, February 07, 2017Assalamualaikum kawan2..
Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik dan kehidupan yg diberkati Allah..
Astaghfirullahal 'azim..
Astaghfirullahal 'azim..
Astaghfirullahal 'azim..
Allah... Kebelakangan ini mcm2 ujian yg kami lalui..
Selepas diuji dgn anak2 demam, chicken pox, selsema & batuk..
Satu lagi ujian Allah dtg kan..
Hari selasa lepas(31/01/2017), kereta aku yg park dekat ktm kena pecah. Cermin sebelah kiri penumpang depan.
Jam 5.40pm, tiba ada call dr abah mertua. Terkejut jgk knp tiba2 abah call aku ni. Bila angkat, dgr suara adk ipar. Dia ckp kete kene pecah kat parking.
Terkejut la aku, mcm mana diaorg yg tahu dulu. Rupanya owner kete satu lg yg kena pecah juga, call salesman yg jual kereta kat kitaorg. Org tu dpt no dr voucher tinted yg ada dlm kete kami rasanya la.. Sambil mulut bertanya itu ini, dlm hati dah berdebar2 sambil menyebut innalillahiwainnailaihirojiun.. Ampunkanlah dosa2ku ya Allah.. Berjalan menuju ke surau utk solat asar. Bertembung dgn kawan2 kat surau, hanya mampu tersenyum, tak terluah nk bgtau kete kena pecah. Usai solat, bergegas balik.
Aku just whatsapp myCinta. Call bnyk kali, x angkat. Mgkn masa tu dia atas motor. Masa aku otw balik, br dia call. Dia da kat parking tgk keadaan kereta. Syukur, kereta masih ada. Brg yg hilang cuma bateri kereta, smart tag, kad touch n go, duit syiling, usb cable dgn sling bag myCinta. Mujur dia x amik car seat.. Nangis aku kalo dia rembat tu. MyCinta ckp polis dah ada masa dia sampai, polis suruh buat report. Dia bg skali maklumat saksi yg nmpk kejadian serta maklumat berkaitan kejadian yg perlu dimasukkan dlm laporan. No kereta dan jenis kereta dia bagi jgk. Hrp2 org yg buat keje tu berjaya ditangkap la..
Masa aku sampai kat parking tu, adik aku tgh tggu aku. MyCinta pergi beli bateri. Allah.. Luluh hati tgk kaca berderai.. Bersepah2 dlm kereta. Tapi tak seluluh masa jmpa kereta lama aku dulu. Yg tu lagi sedih menyayat hati, abis togel kete aku dikerjakan. Allah uji sikit, ketuk hati kami, bagi peringatan, ingat kat Dia selalu.. Leka sgt dgn dunia agaknya..
Syukur sgt sbb esoknya hari wilayah, so aku cuti. MyCinta la kene EL. Esoknya pegi buat report, lps tu pergi kedai cermin.. Hrm.. RM200 kos tukar cermin baru. Kalau kat perodua kene order, so pasang jgk la walau pun agak mahal. Bateri kereta myCinta beli rm160. So disebabkan si pencuri tu, kami kerugian lbh krg rm400. Sekali lagi tabung korban menjadi korban. Syukur ada yg sudi dulukan duit yg sepatutnya dibayar pd aku. Dpt la aku ganti balik duit tabung korban. Tp segan juga nk minta wp duit tu duit kita. Semoga pencuri2 itu diberi hidayah. Kami redha dgn ujian ini. Smga Allah memberikan yg lebih baik..
Alhamdulillah, pihak yg jaga parking pun prihatin dan bertimbang rasa. Akibat dr kes itu, kami diberikan parking percuma utk bulan ini. Dpt juga la meringankan beban. Dpd kejadian ni.. Ada juga sahabat yg tanya aku ada duit tak nk tampung kos tu semua. Yg tanya mcm mana kereta, ramai juga. Syukur dikurniakan kawan2 yg prihatin.
Lps ni aku kena lebih berhati2. Memilih utk parking kat situ juga bkn sbb takde option lain, tapi itu yg lebih senang dan mampu utk aku. Ada yg suruh aku parking kat ofis, bkn xnak, tapi parking sehari rm10, tol lebih rm2 rasanya, minyak lagi. Itu pun kwn2 yg park kat ofis selalu merungut xde parking dan adakalanya kena park kat basement yg kalau dh lewat petang mmg scary nak pegi. Nk senang amik yg mahal rm250 sebulan..mmg khas utk kete kita aje..😁😁 kalau ada org nk sponsor, aku ok je. Hehe.. Ada juga yg suruh aku park kat lrt. Hrm.. Nk menempuh jem dgn jalan area pj yg semua da sehala tu, mau la aku sesat barat dulu sblm sampai lrt. Nk tumpang myCinta, bila balik tak sama timing la payah. Kalau dia ot, xkan aku nk tggu sampai kul 8, anak2 lmbt ambik. So nak tak nak, park kat ktm jgk la yg mudah. Ikutkan park kat mana2 pun ada risk kecurian ni. Cuma hari tu da takdirNya kereta kami yg kena. Nk buat mcm mana kan. Kereta yg sama kene pecah tu pun park juga dia tempat yg sama. Cuma kali ni kami park berdekatan dgn org berniaga. Kene keluar awal la rebut parking.
Ok la.. Sekian sahaja coretan aku utk awal februari ni. Doakan anak aku aisyah shafiyah cepat sihat ye. Batuk dan selsemanya tak baik2 lagi. Kakak pulak tak berapa nak makan. Risau aku dibuatnya..
Wassalam..
![]() |
| Sedih tengok..😭😭😭 |



3 comments
Waalaikumussalam...
ReplyDeleteUjian Allah datang dalam pelbagai bentukkan, setiap orang diuji berlainan cara, moga kita semua tabah, sabar dan redha dengan setiap ujian yang Allah datangkan, kadang Allah uji bukan sebab kita tak ingat Dia tapi Allah uji sebab Dia sayangkan kita..
Alhamdulillah syukur keretanya masih ada, kalau macam yang dulu tu memang sedihlah tengok, InshaAllah moga lepas ini semuanya akan baik2 saja, betul tu parking kat mana2 pun ada risikonya kan, cuma kita mampu bertawakal sajalah.
Alahai sedihnya Ira tengok kereta kena pecah macam tu, tapi nak buat macam mana kan dah nak kena. Hadap ajelah nampaknya.
ReplyDeleteTak pasal pasal kena keluar duit RM400 ye Ira. Nasiblah baru lepas gaji
Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Dugaan tanda Allah sayang & ingat pada kita
ReplyDelete