Happy Birthday Adik!!! 💜🎉🎈🎊🎁🎂💜

Thursday, February 16, 2017

Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat dan ceria selalu..
Terima kasih sudi dtg bertandang di sini..

Hari sabtu lepas 11 feb 2017 adalah ulangtahun kelahiran Aisyah Shafiyah yg pertama.
Hari tu ayah dia cuti, so dapat la kami ni keluar jalan2. Hehe..

Suka aisyah dpt keluar rumah.
Hari tu tak plan pun nk celebrate. Cuma ayahnya sibuk bisik2 kat telinga ibu ni, dia kata adik suruh ibu belanja sempena birthday dia..
Hah?! Ye ke? Hrm.. Tau dah, bkn adik pnya request tu, ayah pnya requestkan. Adik punya request senang je.. Dpt berkepit dgn ibu, ok la..

So hari tu kami ke wong solo utk makan tghari. Sbb dah lama katanya tak makan kat sini. Ok la.. Kita layan je. Alhamdulillah, senang dpt parking dan senang dpt tempat duduk. Takde la menunggu lama. Menu kami kalau ke sana, ayam penyet la. Cuma kali ni order balado terung dgn sup ayam. Semuanya sedap, tapi tak dpt nk menikmati sgt sbb kene makan bergilir, hehe.. Tggu adik pandai mkn sendiri, boleh la ibu dgn ayah makan sama2.. Lagi pun org da menunggu kat tepi meja, nk layan sup ayam pun x senang. Selesai makan, kami gerak ke petronas utk solat zohor.

Lps solat, pusing2 kat jakel. Nmpk ramai org, ada sales kot. So kita singgah la kejap. Memula mcm nk window shopping je, alih2 beli jgk kain pasang..😂
So utk raya ni, da beli kain. Skg ni tgh pk, nk buat sendiri ke nak tempah. Maklum la ank dara 2 org, campur ibunya 3 org. Parok juga kalau menempah. Kos tempah skg pun tak tau la bape skg ni.

Lepas membelanjakan duit yg ada tanpa sengaja, kami bawa anak2 ke eon mall shah alam. Si kakak sibuk nak main. Dia ajak pegi giant, nk main permainan. So ayahnya ajak ke sini. Main la puas2. Sebelum main, solat asar dulu. Bnyk jgk la permainan kat sini. Mmg budak2 suka la. Boleh juga kalau da masuk, then nak keluar, lps tu masuk balik. Main la selama mana anak2 suka, selagi masih dibuka. Hehe.. Si adik pun bukan main lagi, letak kat bola2 yg bnyk tu, dia rebahkan badannya sendiri.
Main dekat rak sayur dan buah2an, laju je tangan dia melemparkan buah2an dan sayur2an tu satu persatu ke lantai. Mmg favorite dia la tu.

Jam dah 6.30 ptg, kami keluar. Kakak ckp, kakak tak puas hati lagi main kat situ. Hari2 dia sebut nanti kita pegi main kat situ lagi ye..😅😅 Sabar je la..
Sebelum balik, singgah dulu makan kfc. Teringin plak nk makan kfc. Nk try chewwy cheese tu, tp kene beli bucket besar, takde ala carte. So xyah la.. Kita try mushroom cheese tu je. Cari yg bajet2 je.. Haha.. Selesai makan kita balik la.. Maghrib pun da menjelma.

Hari ahad, kami duduk rumah je. Sbb si ayah bekerja. So duduk rumah melayan anak2 je la. Kakak pulak sibuk cakap kita takde pun buat kek utk hari jadi adik mcm masa harijadi ayah tu. Adui.. Kakak yg sibuk besday adik.. Siap cakap, kesian adik.. Besday org dia sibuk, besday dia apatah lagi. Hari2 tanya esok bulan berapa. Lambatnya bulan 9😅😅 adik tak minta hadiah, dia yg tlg mintakkan. Nanti kita beli permainan aiskrim utk adik dgn kakak, hadiah hari jadi. Wawawa.. Besday adik, dia pun ada saham jugakk..

So petang tu, ibu buat la kek utk adik. Kek mcm biasa la..kek coklat je yg ibu reti pun. Mujur ada bahan2. So sbb serbuk coklat ada sikit, kita buat separuh sukatan. Settle part sedia bahan2 tiba la masa nk mengukus. Da sejam kukus, igt da masak la. Alih2 cair lagi.. Alamak.. Rupanya suis rosak. So kita keluarkan la pemanggang ajaib haji ismail group. Haha.. Mujur la masak, tp agak keras dan melekat skit, so tak berapa nak cantik la. Kalau pemanggang vantage or cj wow shop tu, ok la kot.. Hehe.. Takpe la janji masak. Disebabkan si ayahnya ajak pegi pasar malam, so ganache nya tak sempat buat. Dlm kepala fikir, nk hias cemana ye. Xde bahan. Lps tu ckp ngan ayahnya, letak nutella je la. Kononnya nk tulis pakai nutella, tp sbb keknya x berapa sempurna kejadiannya, kita sapu je la nutella atas kek..

Sebelum adik mengantuk, kita ajak adik potong kek. Masa tgk kek adik, kakak cakap.. Buruknye kek adik.. 😥😥 alahai kakak ni.. Rasa bersalah plak.. Tu je yg ibu sempat buat. Nnt ada rezeki kita potong kek lagi ye adik. Gembira hati ibu bila tgk adik senyum happy nk potong kek. Kalau ada lilin lg adik excited kan.

Ok la, ibu kena stop skg. Buat anak syurga ibu, aisyah shafiyah.. Semoga membesar dgn sihat, cergas dan cerdas, menjadi anak solehah, cemerlang dunia akhirat. Semoga dikurniakan rezeki yg luas dan jodoh yg soleh.. Begitu juga buat ank syurga ibu aimy qairina.. Semoga diberikan segalanya yg terbaik utk anak2 ibu..

Anak2 ibu, kita mesti bersyukur dgn apa yg kita ada. Segala yang kita mahu, tak semestinya kita dapat. Dan segala yg kita mahu tak semestinya kita perlu..

Wassalam..


Buruk pun sedap.. 😎😎


You Might Also Like

6 comments

  1. sanah helwah aisyah..wah kakak semangat dia ye, nak hadiah untuk kakak la tu kan..hehehe takpe la kakak, biasala tu hehehe besday kakak nanti adik pun tumpang sekaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mak ngah..
      Haa.. Tu la, dia bkn main bersemangat lagi. Hari2 ckp nnt kita beli hadiah harijadi utk adik dgn kakak.😅

      Delete
  2. Alahai kakak kata buruk kek tapi makan tak berhenti tu auntie tahu hihi...
    Ibu buat tanda kasih sayang tau:)

    Buat Aisyah sanah helwah sayang
    Moga jadi anak solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Buruk pun sedap katanya.
      Berulang2 juga dia makan. Makan dgn ibu dan adik, mmg selera la. Haha..

      Terima kasih auntie atas ucapan & doa buat aisyah 😘

      Delete
  3. Amboi Ira, padat program hujung minggu noh... Naik turun mall, keluar masuk restoren nampak hihi

    Yg penting kek buat sendiri....sedap ke tidak, buruk ke apa tu jatuh no 2 hihi...
    Yg pasti ibu dah terer buat kek, lepas ni boleh jual hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Memanfaatkan masa cuti en suami. Kalau dia keje, duduk rumah je la kami.. Hehehe..

      Eceh.. Hihi belum terer lg kak. Tak sampai tahap blh jual lg.. Kihkihkih..

      Delete

Like us on Facebook

Flickr Images