Balik kampung lagi.. 🚘🚘
Monday, March 27, 2017Assalamualaikum kawan2..
Semoga kita semua sihat dan ceria sentiasa..
Selamat kembali bekerja kepada cikgu2 dan kawan2 yg bercuti.. Hehe..
Semoga semuanya bersemangat hendaknya..
Jom berdoa dulu..
Doa ini aku dpt dari google. Semoga insan yg menulisnya dan mengongsikannya beroleh pahala yg berpanjangan..
Alhamdulillah, weekend yg lepas kami 3 beranak balik kg aku.. Batang kali je.. Setelah mendapat keizinan en suami, jumaat malam kami ikut adik perempuan aku balik kg. Dia jemput kami. Adik no 5 aku yg tinggal serumah turut balik sekali. Alhamdulillah..jalan tak jem. Sampai kg dlm pkl 11 lebih. Anak2 dah tidur, aku tak terus tidur sbb lapar. Makan dulu.. Mak goreng telor kicap je. Tu pun rasa sedapnye la.. Nk makan bertambah, da lewat malam. Kene jaga-jaga umur da meningkat.
Esoknya seperti biasa, bangun pagi pegi dapur, tgk mak buat apa. Mak tnya nk sarapan apa, aku ni jarang demand2.. Aku ikut je. Disebabkan mak abah nk pegi kursus haji, beli roti canai je la. Selera makan sama2 mak abah, abis sekeping. Aisyah pun makan skali, siap cicah kuah dal lagi.. Semua nk tiru.
Pukul 8 lebih siapkan anak2. Mulanya macam malas nak ikut, tapi mak ajak skali, so ikut je la, lagipun adik pempuan aku ada, blh la dia tlg melayan aimy.
Mak nak kami guide adik aku yg no 5 tu bwk kete. So pegi tu dia drive. Dia da lama dpt lesen, tapi tak cuba bwk kete. Ye la kan, baru2 dpt lesen mana berani nk bwk kereta org. Tapi kene cuba la jgk bwk, nnt kalau emergency, ada kete blh jgk bwk. Aku dgn aisyah duduk depan. Ajar adik aku drive.. Alhamdulillah, da boleh la dia bwk, cuma nk beranikan diri je. Kalau da bwk 2,3 kali aku rasa boleh da tu. Dulu2 kitaorg semua mcm tu. Aku baru2 beli kete dulu, sepupu ajar. Dapat bwk atas highway, confident tu da bertambah la. InshaaAllah, mudah2an adik aku blh drive dgn baik dan berhemah. Blh jd org harapan kami.. 😁😁😁
Sampai kat masjid, ustaz dah mula bg ilmu.. Kami duduk port mggu lepas. Adik aisyah tdo lagi, so aman la sikit. Kakak aimy la sibuk jalan sana sini. Sambil2 dgr tu, sambil2 tgk hp.. 😅😅😅
Kalau mendengar, tapi tak menulis, mmg tak fokus la.. Minggu ni ustaz ajar pasal taharah & solat. Seronok juga pergi kursus ni. Siapa2 je blh pergi, tp kalau yg dah dpt panggilan tu sebaik2nya pergi la. Kami adik beradik berusaha htr mak abah g kursus sbb mak abah buat rayuan.. Mudah2an dpt pegi haji tahun ni atau tahun depan. Mak harap dapat pegi haji sementara mak sihat & boleh jalan. Mak abah juga tgh struggle kumpul bajet utk bwk adik aku yg no 5 tu. Sbb abah aku perlu ada org temankan dia.
![]() |
| Aisyah di masjid |
Waktu rehat baru aisyah terjaga. Pandai betul timing, waktu mana dia bangun. Kali ni dijamu dgn bihun goreng. Bnyk juga diaorg makan. Abis kursus kul 12 tghari. Membeli belah dekat gerai2 yg ada kat masjid tu. Lps tu gerak balik.
Ptg tu lps masak lunch, aku masak laksa. Tetiba lak teringin makan laksa. Plan ptg nak pegi beli brg dapur, tapi tak jadi sbb hujan lebat. So duduk je la kat rumah. Nk gunting kain pun x dpt sbb si aisyah tak tidur. Mau dia duduk atas kain nnt..
Malam lps maghrib, mak ajar cucu2 mengaji. Mmg kalau balik kg, aku akan suh kakak mengaji dgn wan dia. Memula aisyah ngaji.. Dia bkn reti pun, tapi kalau kat rumah, aku da siap solat, dia akan dtg terkedek2 amik iqra & rehal tunjuk kat kita. Kalau dia sibuk main, kita cakap, adik.. Ngaji, dia pun terus pegi tempat simpan iqra & rehal. Masa ngaji dgn wan, baik skit.. Elok la dia tunjuk huruf satu2 wp dia hanya reti sebut aa je.. Kalau dgn aku, dia da kirai2 da iqra tu. Iqra pun da lunyai dikerjakan. Masa dia ngaji tu, aku cepat2 pegi solat maghrib. Mak kata dia toleh je belakang, tgk aku takde, terus je dia turun katil cari aku.😅😅😅 budak ni mmg la xblh tinggal.. Si kakak plak, ngaji tapi sikit je dia ckp. Mood tak baik, tetiba plak ajak solat dekat masjid. Aku ckp nk solat kat masjid, esok bangun subuh. Iye2 je dia. Bila dikejut, liat.
![]() |
| Masa ni dia xnk pakai seluar.. |
Hari ahad.. Cuaca ok, baru la dpt ke kedai beli brg dapur. Semua ikut.. Hehe.. Siap beli brg dapur mak, kami ke kedai baju pula.. Bkn shopping apa pun, mencari baju tshirt utk aisyah. Mencari tshirt yg nipis dan lembut, utk dipakai hari2. Asik belasah baju sama je.. Hihi.. Da la si kecik tu kuat berpeluh. Pengasuh ckp, bau dia masam.. Kat rumah pengasuh tak tau la bape kali mandi. Nk suruh mandi bnyk kali, segan la pulak. Da la byr murah. Bnyk plk bil air pengasuh nnt.
Kalau beli baju adik, kakak punya kene beli jugak.. So beli la kakak punya sehelai. Tu pun dia da sebut, adik pnya bnyk.. 😅😅 aduhai.. Nk beli sorang 3 pasang tak mampu la nak.. Ibu dgn ayah pun nk ada bahagian jgk.. Haha.. Settle membeli belah.. Mak singgah kedai beli lauk utk opah. Masa ni aku tak ikut. Duduk dlm kete je.
On the way pegi rumah opah, aisyah tidur.. Lena jgk la dia tidur. Skejap je kat rumah opah. Da lama aku x pegi rumah opah. Bahagian rumah opah yg berlubang tu, alhamdulillah da siap disimen. Aku x keluar pun, cuma intai dari tingkap je.. Tak dapat nak lama2 kat rumah opah, sbb kami tak masak tghari lg. Ptg lps asar nk balik da..
Sejak ada anak ni, aku x penah tdo umh opah. Huhu.. Teringin gak sekali sekala nk tidur umh opah, tapi balik skejap je. Tak dpt la nk bermalam.
Umah opah kalau malam sejuk.. Mcm kat genting.. Hehe..
![]() |
| Ni kegemaran baru aisyah.. Muncung bibir.. |
Lps asar kami gerak balik. Alhamdulillah.. Jalan tak jem.. Cepat gak la sampai. Time nak balik hati jadi sayu.. Huhu.. Kalau boleh nk duduk dgn mak abah je. Tapi nk buat mcm mana kan, cari rezeki di KL, kene la balik jugak..
Sekian saje citer cuti hujung minggu kali ni. Berjaya siapkan entry satu hari. Tu pun bersambung2. Haha.. Ok la, da sampai stesen. Ada masa aku update lagi.







2 comments
Seronok kalau ada adik beradik mcm tu Ira. Kalau suami sebok boleh balik dengan adik beradik. Seronok ek. Hakak pergi jugak kursus haji tu tapi bila dah banyak minggu tinggal dah jadi tak syok pulak nak pergi. Tunggulah dapat panggilan haji betul betul....insyallah tak ponteng dah hihi...
ReplyDeleteInshaAllah moga2 ada rezeki mak dan ayah ira untuk pergi haji tahun ni, dapat pergi masa tengah sihat dan kuat lebih baikkan
ReplyDelete