Feeling exhausted..😩😩
Friday, March 24, 2017Assalamualaikum semua..
Semoga kawan2 semua sihat2 hendaknya..
Sekejap je da hari jumaat..
Cuti sekolah pun dah nak abis kan..
Cuti sekolah kali ni, kami tak ke mana pun.. Sbb minggu lepas kami dah cuti..
Minggu lepas adalah minggu yang agak memenatkan..
Travel balik kampung en suami 2 kali dalam seminggu. Mujur lah kampung en suami dekat juga, perjalanan hampir 2 jam. Kalau balik penang ke kelantan ke.. Kami cuti terus je la sampai weekend. Hari selasa petang adik ipar bagitahu abah mertua tak sihat dan perlu refer ke hospital temerloh. En suami plan, lepas abah mertua jumpa pakar dihospital baru nak balik kampung, amik emergency leave 3 hari.. Aku cakap, aku tak boleh EL 3 hari berturut-turut. So kami sepakat utk EL hari rabu. Selasa malam lps kerja, siap2 kemas & makan, kami gerak balik. Sampai kg dlm pkl 12 lebih.
Esoknya lepas subuh, buat kerja sikit. Lepas tu siapkan anak2. Pagi tu bawak abah mertua ke klinik kesihatan lanchang. Abah kena ambil darah & jumpa doc. Doc nak tgk result xray semalam. Masa beratur ambil darah, aku jaga anak2. Mula2 duduk dalam, tapi rasa serba salah pula nak duduk. Ye la kan, ramai org2 tua dan ibu2 yg bawa baby. Aku bawa anak2 duduk diluar. Si kakak dari tadi ajak pergi main taman, disebabkan cuaca elok redup, aku bawa la anak2 main kat taman.
Bukan main seronok lagi budak2 tu.. Taman takde org, dia berdua je main. Kakak main buaian, lps tu main gelongsor. Adik pun sama. Adik nak panjat gelongsor dari bawah. Memula dia pakai kasut, dia panjat, turun ke bawah semula. Lepas tu aku bukakan kasut dia, dia berjaya panjat sampai atas. Aku pulak yg cuak. Berani betul adik ni. Lepas tu dia cuba panjat batu pula. Senyum bangga bila berjaya panjat. 😎😎
Da puas anak2 main, cuaca pun da mula panas, ibu pun dah berpeluh ketiak, masuk semula ke klinik. Abah mertua tgh tggu turn utk jmpa doc. Mujur da takde org dekat ruang menunggu utk ambil darah, boleh la duduk tanpa rasa bersalah. Sementara menunggu, si adik tidur. Kakak pulak sibuk tgk cerita dkt phone ayahnya. Sampai turn abah mertua, en suami & adik bongsunya masuk sekali. Aku dan mak mertua tggu diluar. Sementara menunggu, mak sembang2 dgn patient lain, aku dengar je la.
Selesai jumpa doc, dpt surat rujukan dari doc, kami terus ke Temerloh.. Dalam kereta, abah mertua tunduk sedih.. Puas juga mak memujuk supaya abah tenang. InshaaAllah xde apa2. Tiba di hospital Temerloh, kami terus ke emergency. Dalam sejam setengah menunggu, baru nombor giliran abah mertua dipanggil. En suami dan adik ipar yg ikut abah jumpa doctor. Kami tunggu diluar. Melayan budak berdua ni yang tak reti diam. Semua org dkt situ disapanya. Aisyah la paling peramah skali, tak takut pun org tegur or usik2 dia. Cuba kalau wan or mak cik dia yg dukung, bkn main menjerit lagi. Mujur dlm emergency tu ada nursing room. Masuk situ konon2 nk susukan aisyah, hrmm.. Budak aisyah ni, lebih tertarik dgn gambar2 yg ada dlm bilik tu. Sama macam pegi jusco dulu, penat2 aku cari nursing room, dia bkn nk menyusu, dia sibuk tgk org lain menyusu. Sabar je la. Bila kat luar bkn main selak2 tudung.. 😤😤
Lps abah jmpa doctor, kami pegi makan. Lps makan abah kena pegi xray dan ambil darah lagi. Lps tu tunggu doc pakar utk check abah. Masa ni mmg lama menunggu. Dekat 2 jam tunggu doc pakar. Doc tgh round wad. Budak2 ni da macam2 dah. Aku plak nk tertidur menunggu. Budak2 ni dpt geng baru pulak, main la diaorg dkt ruang menunggu tu. Pkl 4 kot, abah mertua masuk wad. Adik ipar dgn mak yg bawa abah ke wad. Kami menunggu di bangku kat luar kecemasan. Aisyah tidur. Aku pegi solat asar dulu. Tiba waktu melawat baru kami ke wad. Budak2 tak boleh naik, so en suami suh aku naik dulu. Dalam 1/2 jam, aku turun jaga budak2 plak, en suami naik. Dekat 6.30 ptg, kami balik. Mak nak ambil baju dan keperluan lain. Mak mertua akan jaga abah mertua kat hospital.
Memula mcm tak nak ikut g spital malam tu, tapi sebab semua org pegi, so aku follow je la. Lagipun nak bagi anak2 tidur. Kalau kat rumah confirm tak tidur lagi. Disebabkan urusan hari tu sampai ke petang, kami sepakat menambah EL esok harinya. Letihnya tak terkata. Tapi syukur, dpt uruskan hal abah mertua.
Esoknya khamis(16hb 3), kami ke hospital lagi. Sebelum tu adik ipar masak dulu. Adik ipar sorang lagi sampai dlm kul 10 pg. Kami gerak lewat skit, tiba di hospital dlm pkl 12 lebih. Hari tu doc amik darah abah 2x. Mak mertua cakap, abah mertua selera makan. Nampak wajah abah mertua sedikit ceria. Baru ada senyum.. Sebab doc cakap, tak potong kaki tu. Diaorg akan bagi antibiotik dulu.
Petang tu kami balik kl, so waktu melawat pkl 5 tu kami tak pegi la. Sampai rumah mlm jgk la. Berkemas segala yg ditinggalkan, lewat juga tidur malam tu.
Jumaat(17hb 3) keje macam biasa. Masa dkt ofis, x blh fokus sgt. Tapi da kerja, cuba siapkan mana yg boleh. Pagi dlm kul 10 lbh, aku tnya en suami, kalau balik btg kali dulu blh tak? Sbb adik no 2 blk penang, no 3 pg terengganu, no 4 pegi pahang, sepupu pulak keje. So tak ada org lain yg blh hantar mak abah pegi kursus haji hr sabtu. Lagipun abg ipar gerak balik hr jumaat, so kalau kami blk lewat sikit xpe la, kt kg dah ada org. En suami setuju blk btg kali dulu. Ikutkan plan asalnya lain.
Ptg tu, en suami bgtau kete abg ipar breakdown. Cemana nk tlg, tgh keje lg. Lps keje en suami singgah beberapa bengkel, tanya kan barang yg abg ipar perlu. Alhamdulillah, ada. Tapi esok baru blh repair sbb da petang, despatch da balik. Dia call aku tnya adk aku bwk kete g tganu ke, kalau x bwk, nk pinjam kete aku utk blk btg kali. Dpd perbincangan dia adk beradik, abg ipar akan bwk kete kami blk kg mlm tu. Cuma tgh memikirkan transport kami utk balik btg kali. Alhamdulillah kete adk aku ada, tp kene ke rumah dia la di pinggiran cyberjaya. Masa tu aku da sampai parking kat rumah, terus ambil anak2 dan naik ke rumah. Tak singgah pun kedai tempat abg ipar lepak makan sbb nak cepat. Masuk rumah, cepat2 kemas rumah yg mcm tongkang pecah, segan juga kalau org dtg singgah. En suami cakap, diaorg tak naik, tggu kat bwh je.. Ok.. I is lega.. Haha..
Masa kat rumah berbincang lagi dgn en suami. Puas juga memikir mcm mana, sbb kalau ambik kete adik aku, nnt sape nk htr balik ke rumah dia. Lagipun rumah dia jauh. Area puchong tu selalu jam. Hari da malam. Nanti pukul berapa pulak nk balik. So aku ckp, amik viva abg ipar je la. Dekat shah alam je. Nnt bila abg ipar balik sini, dia bwk je la kete dia balik. Sbb planning asal kami, bwk viva abg ipar blk btg kali, esoknya en suami tinggalkan viva dkt rumah, bwk kete abg ipar utk repair. Then kami balik kg en suami naik kete abg ipar. Tapi perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita. Setiap yg berlaku ada hikmah & kebaikannya. 😉😉
Lps maghrib En suami pegi ambil kereta skali dgn abg ipar & family, aku tunggu kat rumah dgn anak2. Sambil2 tu kemas beg, kemas rumah.. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 10 tak sampai lagi. Risau jadinya.. Perut da lapar ni.. En suami tak update pape.. Huhu.. Aku mula la nk berangin.. 😥
Aku bwk budak2 g kedai makan, order nasi goreng 2 bungkus. Makan kat rumah 3 beranak.. Si adik pun lapar jugak.. Haha.. Licin nasi goreng sebungkus. 1 lagi utk en suami.. Masa dia sampai umah, kami baru abis makan. Setel semua baru gerak balik. En suami cakap, kita naik kancil la malam ni. Aku ckp takpe la.. Kancil tu ok kan? Dia ckp ok.. So kita gerak je la, janji lepas balik. Syukur ada kancil tu, dpt bwk mak abah g kursus esok. Dlm keadaan mcm tu, apa yg ada je la. Mmg nk kene sekeh kalau nk demand2 kan. Lewat gak la gerak mlm tu. Mujur jalan x jem. Pukul 12.30am baru sampai kg. Mak pun da tdo, tp sebab kunci umh tggl dlm kete kami, terpaksa la call mak suh bukak pintu.
Esoknya Sabtu (18hb 3), dalam pkl 8 tu kami da gerak hantar mak g kursus haji. Aku ikut mak abah kursus dgn anak2. Awal sampai masjid, so solat sunat la dulu, tp si aisyah xnak dgn mak. Stress aku. Punya la dia nangis satu masjid. Adui.. Pening kepala aku.. Bila kursus da mula, duduk la dgr skali.. Biasa la anak2 xnak duduk diam. So terpaksa la aku follow je dia ke mana pegi. Kejap2 dia usik mak cik sana.. Kejap mak cik sini.. Mak cik mak cik pun rajin melayan dia.. Yg si kakak plak, kejap nk kencing.. Bwk g kencing, ai nk berak pulak dah.. Adik xnak tinggal, sudahnya 3 beranak masuk 1 toilet.
Dalam kul 10 lebih, ada break.. So ada makan la.. Mak terlambat skit beratur, betul2 ngam2 je utk budak2 ni. Mak da rasa ralat da..takut xdpt.. Kesian budak2 mengharap. Alhamdulillah.. Ada juga rezeki anak2. Diaorg berdua je makan nasi impit dgn kuah lodeh tu.. Siap tak cukup n berebut. Padahal aku da bagi roti. Hehe.. Biasa la kan, benda sikit tu la yg sedap. Kul 12 abis kursus. Tggu en suami dtg amik. Jln jem dia ckp. Kul 1 jgk la br sampai. Mula kata da kat rawang, asal la lama sgt, rupanya dia singgah kedai dlu.
Singgah makan tghari, baru gerak balik. Jalan jem otw balik. Kul 2 lebih br sampai umh. Rehat2, mandi n solat, tertidur skejap. Kat masjid td nk terlelap bila tgk bdk2 ni lena. Hehe.. Tp xde la lena mcm bdk2 ni. Terlelap je. Ngantuk sgt. Dpt tdo sekejap ptg tu, hilang ngantuk. Kul 4, kemas2 baju nk balik phg pulak. Sementara kami bersiap, mak sempat masak dulu. Alang2 mak da masak, kami makan dulu, baru gerak. Dlm kul 6 kot baru gerak.. Da lewat tu, sempat lagi singgah hari2. Membeli sesuatu yg penting. Aku blh lupa nk bwk. Adui la.. Da nk sampai umh mak aku br aku teringat.. Nasib la.. Setel membeli, gerak blk phg. Kami ikut jalan genting. Masa memanjat bukit genting tu ok lagi. Tak lama lps tu ada bau mcm hangit. Disebabkan memanjat bukit genting tu follow lori bwk besi, so kami assume bau dr lori tu kot. Bila da pintas lori tu, ada bau lagi.. Eh kete ni ke? Tayar ke? Sbb bau mcm getah terbakar. Sampai je kat cable car yg ada pondok polis tu, nmpk asap dr depan. Ha sudah.. Risau aku, takut jd apa2 kat kete abg ipar. En suami check, rupanya air kat dpn tu da mendidih. Mujur tempat kami benti tu ada kawasan lapang n ada air paip pecah. Air tu la en suami ambik utk sejukkan tempat air mendidih tu. Dia kata kipas yg baru ganti tu tak pusing, bila pasang ekon baru pusing. Dia ckp abg dia ada bgtau psl tu. Tapi sbb naik bukit, dia kata kalau pasang ekon kete berat. Lagipun, kipas tu auto detect katanya.. Hehe.. Tu la owner da ckp, xnk dgr.. Nasib x jd apa2 kete org. Lps da sejuk tu, sambung perjalanan. Sampai kg da malam. Mandi2 makan lagi, lps tidur..
Esoknya, ahad(19hb3)..
Kami pegi melawat abah tghari. Kami naik dulu, abg ipar yg sulung tlg jaga budak2. Masa nk naik, jumpa pak cu dgn mak cu. Tgk abah masih masuk antibiotik lagi. Mak mertua kata da berbelas botol da masuk. Mak kata doc nak bagi nanah or kuman tu berkumpul kat kaki. Lps tu doc akan operate utk keluarkan nanah tu. Kaki abah pun da nmpk merah. Kami tak lama kat wad, sbb abg ipar nak naik pulak. Aku take over jaga budak2. Kakak kalau menunggu kat bwh, apa lagi nk main kat taman la. Cuaca redup, aku bg la diaorg main. Seronok la bdk2 dpt main. Aisyah pun x mau ketinggalan. Tak lama lps tu, en suami & mak mertua turun, ajak balik. Angkut sekali anak2 buah balik. Berhimpit skit la.. Riuh bukan main dlm kereta tu. Wan nk bercerita psl atok pun x dpt.. Haha.. Bdk2 ni menyanyi la, bergumpal la.. Biasa la budak2. Aisyah pun teruja nk join sama. Sibuk nk ke belakang. Kakak nyanyi lagu pelangi, kene gelak dgn sepupu2 dia.. Sbb lagu kakak lain. Tapi tetap gak nk nyanyi.. Xnak kalah.. Aku gelak je kat depan. Bila da bingit sgt, kene marah gak sumer2. Diam skejap, lps tu sambung balik.. Hehe.. Kakak seronok dpt jmpa sepupu2 dia.. Tu je la masa diaorg nk main pun.. Lps tu nk balik da..
Petang ahad, lps asar kami gerak balik. Adk beradik en suami yg lain g htr mak mertua ke hospital semula. Balik tu, jln jem. Tak tau psl apa. Benti kat genting sempah utk solat n beli makanan utk alas perut. Lps tu smbg perjalanan. Htr abg ipar dulu, baru blk umh kami.. Letih sgt rasanya.. En suami lg letih, sbb dia yg memandu.. Aku duduk sblh, blh la jgk nk tdo.
Sekian saja entry utk seminggu yg lalu.. Hehe..
Seminggu tu amik masa nk taip..
Syukur alhamdulillah.. Abah mertua da boleh balik. Cuma nnt kena dtg spital semula. Ralat juga sbb x sempat amik tongkat kat umh mak cik aku. Kalo x, x payah nk beli lain. Abah pnya kaki masih bengkak.
So kene guna tongkat supaya mudah nk bergerak.
Semoga abah mertua cepat sembuh & semoga dipermudahkan segala urusan..




2 comments
Bila dah berumahtangga ni memang kena tolak ansur. Keluarga mertua nak kena ambik tahu jugak. Keluarga kita lagi. Kadang tu rasa tak larat badan walaupun tak kerja. Kalau org yg kerja lagilah...
ReplyDeleteTak pe lah sementara mereka ada lagi ye Ira
memang agak penatlah kan berulang alik macam tu, kita penat anak2 apatah lagi cumanya dorang tu apa kira kalau dapat bermain. takpelah sesekali berpenat macam tu kan. kami yang 3 hari berulang ke hospital ni pun macam penat jugaheheh.. apatah lagi ira yang yang berulang kampung pahang dan batang kali. mujur juga kampungnya tak jauh sangatkan.
ReplyDelete