Cerita hujung minggu..

Tuesday, April 18, 2017

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Semoga kawan2 semua sihat, gembira dan ceria selalu.. Semoga kita semua berada dlm limpahan rahmat Allah sentiasa.

Hujung minggu baru ni, korang pegi mana?
Aku duduk rumah je.. Hari sabtu my en suami keje.
Kami 3 beranak duduk dirumah saja. Tapi takde la aku duduk saja goyang kaki.. 😜😜😜 bertuah sgt kalau camtu, mmg nak kene la kan..

Hari sabtu pepagi lagi anak2 da bangun. Lebih2 lagi si kecik tu, pantang ibu dia bangun, sedar je dia.. Hari cuti, tidur la lama2 sket.. Ibu baru nk melaksanakan misi yang tertangguh.. 😎😎
Bila budak2 ni da bangun, misi pada hari itu terpaksa la ditunda.. So just follow the flow..
Alang2 da bangun pagi tu, meh sarapan dulu.. Suap anak2 makan.. Suap mulut sendiri jugak..

Siap makan, masa utk mandi.. Si kakak ni bila tgk adik dia ibu mandikan, dia pun sama nk dimandikan. Mandikan je la dua2 sekali.. Suka la masing2 ye sbb ibu melayan permintaan.. Nasib x minta nak mandi dalam besen. 😅

Settle urusan anak2, kemas rumah pulak.. Mengemas meja tulis kakak, makin bnyk buku2 dia.. Mana nk letak pun tak tau. Tu belum sek rendah lagi. Kemas rumah sikit2 je.. Haha..tak larat aku dgn bdk2 ni.. Beru je kemas, da disepahkan semula.. Si kecik tu pun da pandai keluarkan brg2 mainan. Siap kemas, ke dapur la kita.

Masak pun yg simple2 je. En suami request masak lemak lala.. Budak2 ni, kalau ibu dia kat dapur, diaorg pun sama duduk dapur. Duduk dapur, main mangkuk, tapis dan sbgnya.. Takpe la, janji nk duduk diam. Siap masak 1 lauk, melayan anak2. Biasa la kan kejap nk itu, kejap nk ini. Si adik nk tidur, so tidurkan la dulu. Bila dia tidur lama, dpt la nak buat kerja. Tapi hasrat hati nk mop rumah & cuci peti ais tak tercapai..😥 huhu.. Tak sempat nk buat semua.. Ye la kan, da beberapa minggu hujung minggu kami takde kat rumah, so faham2 je la keadaannya. Tu pun sib baik dapat cuci bilik air.. Puas hati den..😎

Ptg dlm kul 3 lebih, aku da flat.. Budak2 ni kalau ibunya tidur, baru la nk tidur. So selamat la tidur 3 beranak ptg tu.. Hehehe.. Dan2 terjaga time my en suami balik, haha..mesti dia bajet aku tidur je kat rumah.. 😅😅

Malam tu kami tak ke mana pun, duduk rumah je tgk tv.. Hari ahad pun tak pegi mana2.. Bangun pagi tu aku rasa kepala aku pusing. Tiba2 je, tgk rumah mcm berpusing2. Haa sudah.. Aku baring balik.. Pejam mata, buka mata balik.. Ntah mcm mana rumah dah tak berpusing. Cuma kepala aku rasa mcm berat. Tak tau nk ckp mcm mana. Mcm pening pun ada, tapi tak sakit. Kalau sakit tu, rasa dia lain. Risau da aku, rasa mcm masa tu jgk nk g check BP. Huhu..

So hari ahad tu aku x buat keje sgt la. Aku cuma masak je. Masak nasi ayam, tu je yg senang dan ada bahan. Lagi pun my en suami penah request dulu, tapi aku x sempat buat. Siap masak, dia suh aku rehat. Dia g kedai belikan aku actifast. Lps makan dan telan 2 biji actifast, ajak bdk kecik tu tidur. Sesama la tidur 3 beranak. En suami tu tidur jgk, tp dia x ngaku.. 😜

Malam lps hujan berhenti, kami ke pasar malam taman medan. Nk beli burger kononnye, tp org jual burger yg kami cari tu takde pulak. Lain kali je la ye. Haha.. Nampaknya belum ada rezeki kita nk makan ye. Mesti ada hikmahnya tu.. Maklum la nk makan benda2 fast food mcm tu kan, burger la, roti john cheese la.. Tapi dlm bnyk2 yg teringin tu, ada jgk la dpt beli. Teringin nk rasa jus delima yg fresh tu. Rm15 sebotol kecik. Huhu.. Agak mahal, tp bagus utk kesihatan. Dulu masa mengandung mmg telan pati delima tu dgn minyak zaitun. Skg ni mcm malas sket.. Hehe.. Ada ofismate aku dia mmg amalkan minum air delima ni. Pati delima tu dicampur dgn air, buat mcm bancuh kordial tu..  Awet muda la, bdn pun kurus je.

Hrm.. Dua tiga hari ni, satu family tak berapa sihat. Selsema la, batuk la.. Da musim balik agaknya. Ikutkan rasa hati nk mc hari ni. Tapi appraisal tak hantar lagi. Hari ni kene submit. Pencapaian terbaik, utk tahun 2016-2017, aku mc sehari je.. Hehe.. Tapi EL 5 hari.. Kene tolak 2 markah. Kedatangan lewat 10 hari je..tak kene tolak markah.. Alhamdulillah.. Apa2 pun result appraisal, aku redha. Mudah2an ada rezeki dpt bonus tahun ni. Nk dpt pekerja cemerlang tu mmg payah la.. Hihi..

Ok la.. Da sampai stesen.. Nnt update lg..

Adik makan sendiri..

Si kakak pun nk gambar jugak.. 




You Might Also Like

1 comments

  1. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan.. he3 comel2 je bebudak ni

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images