Kenduri doa selamat dan tahlil arwah..
Thursday, April 27, 2017Assalamualaikum kawan² semua..
Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik dan dikurniakan kehidupan yg diberkati.. Aamiin Ya Allah..
Alhamdulillah.. Lepas isyak pada hari Ahad yang lepas, selesai sudah kenduri doa selamat dan tahlil arwah di rumah mak mertuaku.. Lega hajat family in law nk buat kenduri da terlaksana. Sekarang ni berdebar menanti cucu ke 6 dlm family in law. Semalam adik ipar bagi tahu, 1 Mei ni kena admit kat hospital temerloh. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Tak sabar nk cium bau baby.. 👶👶
Kami balik kampung hari sabtu lepas maghrib sebab my en suami kerja hari sabtu. Kami tiba di kampung lebih kurang jam 9 lebih. Barang² untuk kenduri mak abah mertua dah beli dengan adik² ipar. Tengok daging kerbau banyaknya 20kg. Rasa cam excited nak memotong daging. Hahaha..
Malam tu tak ada buat apa pun.. Lepak² tengok tv je.
Tak lama lps tu, sepupu my en suami sampai. Pada asalnya mereka kata tak dapat dtg, tak sangka pulak malam tu diaorg datang. So meriah la rumah mak mertua.. Bila ada tetamu, segan la pulak nk lepak2 tgk tv. So malam tu anak2 ajak tidur, ibu pun tidur la sekali.. 😁😁
Esoknya lepas subuh tak tidur dah.. Duduk dapur suap aisyah makan bihun goreng. Hehe.. Lepas sarapan sepupu2 my en suami mula memotong daging. Aku nak join, tapi ada kerja lain yang perlu dibereskan. Tambahan pula ada budak kecik ni, payah sikit la nk buat kerja yang menggunakan pisau. Aku hanya tolong racik serai je.. 3 ikat je pun.. Bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas semuanya sepupu en suami da settlekan. Mak mertua buat menu daging oppor, gulai ikan masin talang dgn nenas dan sayur campur. Siap je meracik serai, si aisyah da merengek nak tidur.. Aku pun amik kesempatan la merehatkan diri.. Dapat la jugak terlelap dlm setengah jam.. 😄😄
Agak2 aisyah da lena, baru sambung buat keje lain. Diaorg da mula nk masak oppor. So aku tolong kacau sikit2. Lama juga nak tunggu rempah2 tu pecah minyak. Bila da mula masuk daging, kita serahkan sudip pada yg sado.. 💪💪 lenguh tangan nak mengacaunya. Menu oppor kali ni chefnya adik ipar dan suaminya.. Berapa kali call mak dia.. Hehe.. Pada mulanya mak mertua adik ipar yg nak masakkan, tapi sbb ayah mertuanya terpaksa bekerja, so mak mertua dia tak jadi dtg. Itu yang guide dr jauh tu.. Apa2 pun, hasilnya marbeles.. Sedap.. Cuma daging tu ada liat sikit.
Petang lepas zohor, kawan2 mak mertua dtg membantu. Tak bnyk sgt kerja utk mereka. Tinggal masak gulai dan sayur campur je. Malam lepas isyak, majlis pun bermula. Lama tak berkumpul ramai2. Kali ni yg balik cucu2 perempuan je.. Hehe.. So si irfan anak mak cu takde geng. Dia duduk je dkt mak dia.. Segan kot nk join bdk2 pempuan, tambahan pula kecik2 aweks yg ada. Tapi lps abis majlis, dia main je dgn gigirls tu sumer.. Main nyorok2 lagi memalam tu.
Sementara aisyah main dgn kakak2 semua, aku mencuci pinggan, tu je kerja yg aku suka buat.😆😆
Nk memasak tak pandai. Dr mula kawen, sampai la anak dua.. Hahaha.. Ok la kan dpd culas tak buat apa2. Tapi mak mertua tak penah marah pun kalau aku menculas. 😅😅 hehe..
Kami blk kl hari isnin lps zohor.. Rasa sekejap je cuti.. Tapi kalau hari2 biasa pun, memang terasa cepat je masa berlalu.. Tgh leka buat kerja, tgk2 jam da dkt pkl 1. Lps lunch pulak, sibuk buat kerja, tgk2 da dkt pkl 5. Itu la kan.. Kita ni berada di akhir zaman.. Beberapa hari lagi da nk masuk bln 5. Rejab da nak meninggalkan kita.. Semoga masa kita diisi dgn perkara2 yg bermanfaat.. Buat bekalan kita di sana nnt.
Ok la.. Itu je cerita aku minggu lepas.. Minggu ni tak pasti lagi perancangannya mcm mana. Rasa mcm nak balik kg aku.. Semalam mak jatuh bilik air.. Mak ckp mak ok, cuma sakit lutut je.. Huhu risau.. 😩😩
Da nk sampai stesen.. Ni je gambar yg ada masa kenduri hari tu..
![]() |
| Gossip girls.. Hehe.. Org baca doa, diaorg main 😡 Sabar je la.. |




1 comments
Alhamdulillah...semua dah selamat ye, moga urusan acik imah bersalin lepas ni juga dipermudahkan
ReplyDelete