Cerita cuti lama yg telah berlalu..
Wednesday, September 13, 2017Assalamualaikum kawan2...
Semoga kita semua sihat, gembira dan ceria memulakan hari selepas cuti lama.. Hehe..
Semoga dikurniakan keberkatan rezeki..
Alhamdulillah...
Syukur atas segala nikmat yg Allah kurniakan..
Cuti lama ni.. Balik kg ke?.. Aku mesti la balik..
Balik malam merdeka, jem kaw..kaw.. Kul 1 am baru sampai kg..
Da dkt nak sampai umah mak, wassap dr sepupu masuk.. Dia bgtau yg isteri abgnya dah nazak.. Allahu.. Ingat nak ziarah esok hari masa cuti merdeka, tapi tak sempat. Dalam pukul 5 lebih, sepupu call mak bagitahu yg kakak iparnya telah pergi buat selamanya.. Diusia yg sgt muda.. 30 tahun.. Allah telah menjemputnya kembali.. Allah lebih sayangkan arwah.. Aku dgn arwah jumpa ada la dlm 2 kali kot, kami x rapat sebab jarang jumpa. Jumpa masa raya je, ye la kan, time diaorg dtg rumah,kdg2 time tu aku xde.. Ank kecik 2 org, lebih kurang anak2 aku.. 😢 mula la terfikir, macam mana kalau aku.. Huhu.. Da bersedia kah? Bersedia ke tak, ia tetap akan berlaku..
Pada masa yg sama, dpt berita pak cik aku kena warded. Lepas kena potong ibu jari kaki, kena warded sbb kencing manis tinggi sangat. Sibuk dgn urusan dirumah, kami hanya pergi ziarah pak cik di hospital selayang. Itu pun jalan jem lagi nak pegi hospital selayang, balik dr hospital, kami ikut jalan lain. Ngeri jugak tgk jari2 pak cik aku.. Da meningkat usia ni, kena la jaga makan.. Risau jgk aku ni, da la selalu jadi tukang perabih makanan x abis. En suami pulak, suka membeli, tapi x makan. Aku yg syg makanan terbuang ni, makan la setakat yg mampu.. Selera pulak tu nk perabihkan.. Huhu..
Skg ni aku masak nasik sikit je, lauk pun cukup2 je.. Nasib la kalau terkulat2 x cukup ye.. Nnt kalau sakit sape yg susahkan? Ikutkan selera mmg sedap je.. Air nak air sejuk dan manis je.
Cuti merdeka kami, tak ke mana pun, melawat org sakit je la. Lps tu sediakan bahan2 utk masak esok nak raya. Raya haji tahun ni, tak pegi masjid, tggu aisyah besar sikit baru pegi. Aimy je ikut wan pegi masjid. Hari raya pertama tu, xde lagi lembu korban. So xdpt la nak tgk. Lepas semua org balik dr masjid, kami ke rumah opah.. Berkumpul kat umah opah.. Bergambar ramai2.. Tapi sesi salam2 xde la mcm raya puasa tu.. Siap makan2.. Kami ke rumah mak cik kat ulu yam.. Disebabkan raya pada hari jumaat, so takde la berjalan sakan. Sebelum jumaat kami da gerak balik.
Menu hari raya, xde ketupat rendang pun. Mak teringin nak makan nasi minyak, so sepupu buatkan nasi minyak. Aku makan nasi impit dgn rendang kat umh opah dgn rumah mak cik. Walaupun perut mcm kenyang lagi, tapi makan jugak sbb nak rasa.. Aku ni reti makan je.. Masak x berapa reti. Plan petang raya tu nak bwk anak2 main kat playground, tapi hujan la pulak. Bila ujan reda, anak2 ikut adik dgn mak g amik adik aku yg no 5 kat stesen ktm, so kami keluar berdua je la.. Bkn ke mana pun, pegi bank dgn pegi beli ikan sardin. Raya2 ni, nak juga makan nasi putih.
Sabtu kami balik kg en suami. Plan nak gerak pagi. Tapi ye la kan, berkemas punya berkemas, tghari jugak la geraknya.. On the way balik, ckp ngan en suami nk beli bunga la utk mak mertua. Dia ajak singgah orkid world dkt ulu yam. Da 10 tahun tempat tu, kami baru tau.. Haha.. Baru perasan papan tandanya hari kami balik dr hospital selayang. Ye la, jarang lalu jalan tu. Mana la nk tau kan. Dpt la 2 pasu orkid yg berkenan.. En suami yg pilihkan..
Sampai kg, ngam2 waktu makan.. Jemput la makan tghari ye.. Haha.. Amboi.. Petang tu xde buat apa.. Duduk2 saje.. Melayan anak2 dan anak buah.. En suami keluar g umh member dia, bkn nk ajak aku.. Blh jgk aku tgk ank member dia si ufaira yg gebu tu.. Lps balik dr rumah member dia, dia ajak naik motor pusing kampung. Seronok la aisyah dpt naik motor. Kakak aimy kena naik dgn acu nya.. Malam xde aktiviti, layan tv je.. Layan anak2.. Si kakak menangis pulak malam tu, sedih cari ayahnya. Ayahnya keluar jmpa kawan dia, ntah kul berapa balik aku pun xtau.
Hari ahad hujan lebat dipagi hari, plan nak bwk anak2 g jalan2 terpaksa dibatalkan. Hari tu juga aku kena standby sbb ada migration. Dijangka migration siap petang. Petang ahad tu en suami ajak bwk anak2 g jalan, aku da xde mood.. Mcm malas je nk pegi. Tapi dia ajak jugak.. Kebetulan sepupu dia pun plan nk ke tempat yg sama. Lps dpt confirmation dr team aku, so boleh la jalan2 sbb migration siap hari esok. Dilanjutkan sbb isnin cuti kot. Nnt ada masa aku cerita la jalan2 petang hari tu..
Isnin tghari kami gerak balik kl. Disebabkan jalan highway masih jem.. Kami ikut jalan dalam. Petang juga sampai dirumah.. Ye la kan, campur berhenti rehat, makan dan solat.. Mmg ptg la sampai rumah.. Itu la cuti2 merdeka, raya haji dan public holiday kami yg lalu.. Haha.. Panjangnya entry aku.. Terima kasih sudi membaca.. Maaf sebab aku belum berkesempatan nk menjelajah blog kawan2 semua.. Semoga kalian sihat2 shj ye..
Layan gambar sekitar raya haji..
![]() |
| Kesayanganku.. |
![]() |
| My little princess Aisyah.. |






3 comments
Ain cuti baru ni tak ke mana pun. Rumah mak pun dekat, jadi beraya sana je.
ReplyDeleteInnalillahi waina ilahirojiun..salam takziah, moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeletecantik bunga orkid tu. tapi memang bunga orkid ni cantik2 cumanya tak berani nak tanam sebab takut tak reti nak jaga.
Pandai masak tu cuma tak tunjuk skill je kan, biasanya kalau kita tak biasa masak banyak2 kita rasa kita tak pandai masak sebab kita tak cuba itu kalau dibagi cuba tu mesti terror tu. samalah kaklah dulu mula2 kawin mana pandai masak, tiap kali masak asyik ayam masak merah je hahaha..masa tu tak pandai nak gugel2 lagi, tapi makin lama diasah tu kira bolehlah untuk makan nak kata terror sangat tu takdelah, dalam blog haruslah tunjuk masakan yang menjadi yang tak menjadi tu kita diam2 sudah hahaha
Dlm satu entri terkandung cerita suka dan duka, termasuk apa yg diplankan tak menjadi hihi....
ReplyDeleteGitulah hidup ini Ira, kita hanya mampu merancang tp tuhan yg menentukan...eceh!!!hihi.. .
Tulah...kadang tu terasa insaf bila mengenangkan ajal ni. Terbayang bayang jenazah sendiri. Terbayang org yg ditinggalkan..... Padahal depa sedih sekejap je pun huhu....