Temasya Sukan Pasti Kawasan Kelana Jaya 🏆

Wednesday, September 20, 2017

Assalamualaikum kawan2 semua...
Apa khabar? Semoga sihat & ceria selalu hendaknya.. Alhamdulillah.. Kami sihat semuanya..

Lama aku x menulis.. Busy sikit.. Hehe.. Busy memanjang ye.. Sejak carta organisasi baru ni, keje makin bertambah.. Terima la seadanya..
Org chart baru, bos pun baru.. Pada mulanya macam x syok la, sbb team da terpisah.. Tapi bila difikirkan semula.. Ada la hikmahnya tu kan.. Boleh dpt lebih bnyk ilmu dgn team baru ni..

Haha.. Terpanjang pulak intro.. Tajuknya lain..
Kalau nk dibandingkan busy, my en suami lagi terlebih2 busy.. Setiap minggu dia o.t. Huhu.. Itu la org kata rezeki kan? Rezeki anak.. Rezeki isteri jugak tu tau abang.. 😜 dan salah satu hikmah drpd melaksanakan ibadah korban.. Allah dtgkan rezeki tu dr pelbagai jalan.. Rezeki tu bukan wang ringgit je.. Definisinya luas.. Dan setiap perkara yg kita lalui dalam kehidupan kita ni adalah ujian.. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yg bersyukur dan bertaqwa..

Disebabkan en suami kene keje hari sabtu dan ahad, so aku x berani la nk reply whatsapp cikgu utk confirm blh dtg ke tak pada hari sukan tu.. Memula fikir, nk drive sendiri je la.. Tapi memikirkan nk handle aisyah dan tgk kakak bersukan, aku merajinkan diri tanya adik2 yg bujang, free ke tak hari ahad 10hb tu.. Adik2 aku semua tak free.. Try tnya adik ipar pulak.. Alhamdulillah.. Adik ipar a.k.a mak lang pd anak2 aku, free dan willing to teman kami. So aku pun laju2 confirmkan yg aimy boleh datang.

Dihari kejadian, pagi2 kami bersiap sbb dlm tentative 7.30 ada kat laman sukan mbsj. Hihi.. Biasa la kan.. Buffer.. So kitaorg gerak 7.30 tu, sampai sblm pkl 8. Tgk parking da penuh, so parking kat kawasan perumahan je.. Acara bermula jam 8 lebih.. Perbarisan anak2 dari beberapa pasti kawasan kelana jaya, lps tu ucapan.. Game start dlm kul 9 gitu la..

Aimy masuk 2 game je.. Memula tarik bola dgn gelung rotan.. Masa ni ibu dia sempat la bersorak kat tepi.. Game ke 2, bawa pundi kacang atas kepala, aku tgk dari jauh je.. Game pertama dpt saguhati je, game ke 2 dia dpt tempat ke 2. Nasib ada mak lang tgk kakak main, ibu sibuk melayan adik.. Malam sebelum hari sukan, dia da pesan, ibu jgn pegi mana2, tgk kakak main.. Pagi tu citer dgn mak lang dia, dia pun menyampuk, ibu dgn mak lang tgk kakak main.. Jgn pegi mana2. Mujur ada mak lang, kalau ibu sorang2 mau dia nangis agaknya. Lama jugak la nk tggu abis semua game.. Seronok tgk budak2 main.. Ye la kan bdk 4-5 tahun main, comel je la.. Ada yg ikut arahan, ada yg ikut dan diaorg je..

Selesai bermain, upacara penyampaian hadiah.. Letih juga berdiri menunggu turn si kakak. Ramai ibu bapa berkerumun nk amik gmbr, so aku ni berdiri la kat celah2 org. Sampai turn aimy amik hadiah utk saguhati, dia la yg mula2 ambik hadiah. Aku tgk org yg sampaikan hadiah tu tunduk mcm memujuk dia, aik.. Terkejut la aku, apahal pulak tu.. Tgk2 dia menangis.. 😅😅 adoi la kakak.. Cikgu pun dtg pujuk, selesai team dia amik hadiah, aku cepat2 dptkan dia. Pujuk cepat2 sbb lps tu nk ambik hadiah lg.. Kawan dia pun pujuk dia.. Utk kali ke 2 tu, aku terpaksa berdiri depan2.. Mak lang pun pegi depan, amik gmbr kakak.. Bateri hp nk abis, elok je snap 1 gmbr, hp pun terus padam. Mujur la ada mak lang tlg amikkan gmbr.

Selesai amik hadiah, kami terus minta diri utk balik. Cikgu cakap boleh balik da.. Mak lang ajak g makan.. Plan nk try tgk apa yg ada kat usj wholesale tu, sekali x bukak la.. Berpagar je mcm x beroperasi. Sudahnya, kami ke mydin.. Kakak sempat la pow mak lang kfc.. Lunch hari tu mak lang belanja.. Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki mak lang.. Siap makan, kami pun balik.. Balik tu makan lagi anak beranak.. Lps tu kemas rumah..

Aku da kepenatan, mata xleh bukak..rasa nk baring je.. So aku baring la atas katil.. Si aisyah mula2 x bg aku tidur, aku pejam mata je, dia henyak perut aku..😵😵 tapi disebabkan aku da penat sgt, aku terlena jgk la sekejap. Sedar2 tgk bdk berdua tu tgh bersila, siap bertudung, rehal sorang satu.. Sorang baca iqra, sorang baca buku doa harian, tapi gaya mcm mengaji. Elok je comel dua.. X jadi nak marah bila tgk rumah bersepah.. Tak lama lps tu, en suami balik.. Huhu.. Ckp ngan dia, ayg tak masak hr ni.. Dia pun ckp, xpe.. Bkn ada lauk pun nk masak. Aku keluarkan daging kambing je.. Tapi xjd masak sbb penat sgt..

En suami tnya, nak pegi survey tempat training tak? Aku jwb, boleh la.. Awal lagi kan, so bersiap2 utk keluar. Yey.. Dpt jalan2.. Tempat training kat bangi, aku da bertahun tak pegi, tu yg ajak dia survey tu. Da macam2 perubahan di kiri dan kanan jalan. Risau sesat nnt. Balik dr bangi tu, en suami ajak singgah putrajaya.. Lama x dtg situ, sesat juga mencari jalan nk ke masjid putra. Sampai situ, org masih ramai. Main basikal, roller blade, main belon sabun.. Mcm2 lg la.. Anak2 bukan main seronok lg. Lps solat maghrib, saje lepaskan aisyah berlari2 kat situ.. Bkn main seronok lagi main kejar2 dgn kakak.. Agak2 da puas diaorg main, kami gerak balik.. Singgah makan kat kedai berdekatan dgn rumah je, lps tu bersiap2 utk tidur.. Esoknya kakak cuti, so ibu lega la sikit. En suami o.t, so kurang la baju yg nk kene gosok.. Hehehe...

Itu saja cerita kami 2 minggu lepas.. Terima kasih kerana sudi membacanya..
Da nak sampai stesen.. Aku stop di sini ye..
Wassalam...

Kakak yg pegang sepanduk hijau tu.

Kakak sedang beraksi

Penyampaian hadiah

Merajuk la pulak dia..



Kakak & mak lang... 
Bkn main kakak pow mak lang hr tu kfc la, sundae Mc D la..

Petang jalan2 ke putrajaya pulak.. 

Seronok aisyah dpt berlari 
dan solat di masjid putra



You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah murah rezeki, moga terus dimurahkan rezeki. Moga diberikan juga rezeki untuk buat ibadah korban ni setiap tahun. kata orang ibadah korban ni macam roadtax juga perlu di renew setiap tahun.

    Tahniah kakak dapat hadiah. Oh ye adrien hari tu sukaneka pasti dia je tak campur dengan pasti lain.

    ReplyDelete
  2. bukan main meriah lagi suka budak2 ni kan. memanh comel tengok dorang main. tahniah kakak dapat hadiah. Saguhati ke number 2 ke juara ke, tetap something. Daripada nothing kan. Good job. 😊

    ReplyDelete
  3. Apa yang buat kakak sedih tu? Sebab dapat hadiah saguhati ke, Ira? Kalau sayalah yang beranak kecil, memang payah juga rasanya nak attend event macam ni. Tapi itulah, kalau tak pergi kesian pulak kat anak. Mesti tercari-cari manalah emak ayahnyakan.

    ReplyDelete
  4. Kalau anak kecik mg susah sikit nak handle sesorang kan Ira. Nasiblah mak lang nak temankan. Siap pau lagi hihi...

    Eh...mama pulak yg penat sangat, kalah kakak yg ambik bahagian hihi...
    Bila survey dulu kurang sikit debar nak kursus kan Ira.... tak delah menggagau nak drive

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images