Pengalaman kita balik kampung bertiga 🚗

Monday, November 06, 2017

Assalamualaikum kawan2..
Semoga kita semua didalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa.

Hujung minggu yg lalu(28 Oct 2017), aku mencabar diri memandu sendiri bertemankan anak2 utk balik ke kampung. Haa.. Memula cuak juga nak balik. Masa minta izin dgn en suami, macam confident je. Ye la, masa tanya dia tu, ingatkan dia tak bagi. Sekali dia ckp, ok. Hati2. Wah.. Ini cabaran ni. Selalunya dia tak bagi aku drive dgn anak2. Dia akan hantar kami balik. Tapi kalau dia hantar kami je balik, aku jd xde fungsi. Matlamat tak tercapai.. Kebiasaannya, hujung bulan mak nak beli barang dapur, so kalau ada anak2 yg balik, dpt la mak beli brg dapur. Setelah disurvey2, adik2 aku xdpt nak balik, masing2 ada hal. Aku dgn beraninya ckp, xpe la aku balik dgn bdk2 ni. Adik aku no 2 tu ckp, dia blh balik, tp pkl 6 ptg dan x bermalam sbb wife dia ada hal. Aku pun fikir la mcm2 cara. Sudahnya nekad je la..

Mlm tu, en suami ckp, boleh ke drive dgn adik tu? Aku jawab, ntah la.. Drive je la. Dia pun siap2 topup touch n go, isi minyak dan letakkan car seat kat depan. Esoknya ckp dgn anak2 cepat makan, lps ni boleh mandi. Kita nak balik kg. Sambil kemas2 sambil fikir, betul ke decision aku ni. Lps tu fikir lg, kalau x balik, siapa nk beli brg dapur, kalau aku balik, ada jgk teman mak sembang, ada jgk bdk2 meriuhkan rumah mak.. Dalam pkl 9 lebih, siap sedia nak balik. Mesej mak bgtau nk balik. Mak pun mcm terkejut, kata zizul keje, blk dgn sape? Balik sendiri dgn aisyah n aimy. Mak ckp ok, hati2. Maksudnya mak x halang aku balik sendiri.. InshaaAllah, niat kita baik, semoga selamat semuanya..

Masuk kereta, kakak duduk blkg, pakaikan seat belt. Siap dgn bekal keropok. Nnt lapar boleh makan katanya. Aisyah tnya..ayah? Ayah keje. Adik duduk diam2. Masuk dlm car seat, dia xnak ikat. Ok, x ikat. Baca doa dan mulakan perjalanan. Dalam 10 minit perjalanan, aisyah mengantuk dan terus tidur. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Kereta x banyak. Aisyah tidur sepanjang jalan.
Alhamdulillah, sanpai kg selepas 1 jam perjalanan. Takde berenti kat mana2. Berenti traffic light je.

Adik tidur lena, kakak da nk sampai baru tidur.

Aisyah sambung tidur sampai pukul 2 ptg. Dapat la aku rehat2. Sembang2 dgn mak sambil tolong mak masak. Mak cakap mak pegi kedai depan perumahan kami dengan abah jalan kaki. Mak nak beli ayam sbb tau kitaorg nak balik. Susah2 je mak ni. Motor abah adik aku guna bwk g keje, so diaorg da xde transport la nk ke mana2. Lepas zohor, kami keluar pegi beli barang dapur. Mak ckp kalau xde sape balik, mmg kering la brg kat rumah. Bulan lepas kami bwk mak beli brg dapur awal. Mmg patut la da abiskan..

Settle beli brg dapur, aku saje ajak mak abah pegi makan cendol. Tiap kali balik, kerap jgk la mak cerita pasal org jual cendol yg bwh pokok tu da pindah. Cendolnya sedap mak kata. So aku teringin la nak rasa. Lps beli barang, terus drive ke tempat org jual cendol tu. Lokasinya da berubah, jauh sikit. Dekat traffic light simpang 4 nak ke ulu yam dan genting. Sampai situ tgk ramai jgk la org. Panas2 ni kan, mmg sedap la makan cendol. Kami order cendol jagung dan abc. Sedap cendolnya, ABC pun sedap. Seronok tgk mak happy.. Anak2 pun happy..
Aisyah nk makan sendiri, tapi sudunya senget, bnyk la yg tumpah dpd masuk mulut.
Mak dan abah aku, aisyah nk buat peace.

Kakak dgn ABC nya. Tapi makan tak habis.



Selesai makan, cari kedai hset pulak. Nk tukar bateri hset.mak. Sayangnya, bateri hset mak xde. Xdapat la nk guna lagi hset mak tu. Disebabkan da nak asar, kami balik rumah dulu. Rehat, mandi dan solat. Lepas asar, kami ke rumah opah. Nak hantar barang dapur yg dibeli tadi. Masa ni, aimy duduk dekat car seat, aisyah duduk sebelah aku. Dia buat perangai la pulak, xnak duduk diam. Dia sibuk nak menyusu. Aku lupa bwk susu dia masa nk g rumah opah tu. Nk bg diam, bg la dia beriba. Bukan main suka, tgn pegang stereng mcm dia yg memandu. Risau aku memandu dgn aisyah ni. Da la blkg ada kereta, dgn motor lg di tepi2  jalan, ada pulak org berbasikal.. Mencabar betul hari tu..

Kami tak lama pun dekat rumah opah. Sebab hari nk hujan. Duduk2 kejap je. Masa kat rumah opah, mak aku suruh la si aisyah ni bf.. Dia jwb, tak nak.. Sbbnya dia sibuk tgk hset aku. Disebabkan cuaca mcm nk hujan, mak ajak kami balik. Masuk dlm kereta, aimy aku suruh duduk blkg. Aisyah aku ikat dlm car seat. Apa lagi.. Masa tu la dia ckp nk bf.. Tak nak akai.. Nk tdo.. Sambil nangis2 sepanjang jalan balik.. Sampai rumah mak aku, dia nangis. Aku buatkan susu, dia xnak. Dia nk bf. Bg dia bf, br dia tdo.. Penat menangis agaknya..

Malam tu, kami 3 beranak dgn mak abah tdo kat ruang tamu. Alhamdulillah, diaorg ok.. Tdo lena sampai pagi. Bkn main lasak bdk berdua ni.. Mujur la si kakak tak sepak mak aku.. Sabar je la. Lepas subuh aisyah bangun, dia nk tdo dalam buai. Aku masuk kan la.. Sekali bkn dia yg tdo, aku yg tdo. Sedar2 aku tgk dia kat sebelah aku, mak turunkan dia. Hihi..

Pagi ahad tu, mak ajak pegi pasar. Kami pun bersiap2 utk ke pasar. Parking jauh sikit la sbb aku x reti nk cari parking kat tempat2 sempit. Kalau husband aku, dia akan usahakan cari parking yg dekat supaya kami x perlu jalan jauh. Kami beli sayur dan lauk.. Sarapan pun beli kat pasar je. Kesian mak dgn abah kene bwk brg berat dan kene jalan jauh. Aku dukung aisyah, so xdpt la nk bwk brg sgt. Balik dr pasar, kami sarapan sama2. Selera tgk anak2 makan. Mak dgn abah pun berselera je aku tgk.

Tghari tu aku x tlg mak masak sbb aku tertidur masa susukan aisyah. Lama jgk aisyah tidur. Risau aku dia xnk tidur dlm kereta nnt. Lps zohor, da siap2 makan, siapkan anak2. Kita nak balik rumah kita semula.. Masa nk keluar rumah, hujan pulak. Mujur la tak lebat, redah je la balik. Memula x ikat aisyah kat car seat sbb dia xnak. Dia nk tgk hset. Ok.. Bila hset da abes quota, dia x blh da nk tgk youtube kids. Mula la dia mengamuk. Gaya mcm nk turun dr car seat. Xleh jadi ni, kene ikat gak dia ni. So aku berenti tepi. Belum separuh jalan lg.. Suku pun x sampai lg. Berenti, bg dia susu, dia xnak. Dia nk bf, aku bg la.. Tp dia tak tdo pun.. Dia mcm main2. Aku x berani la nk benti tepi jalan tu lama2. So aku decide, ikat je la dia. Then.. Bermula la drama air mata dia sepanjang jalan tu.. Sambil nangis dia ckp xnak akai ni.. Nk tido.. Nk t**** adui, pening kepala aku. Memula pujuk jgk, tp dia mcm melawan.. At last aku diam je, biar je dia nangis sorang2.. Lama2 dia diam. Baru la dia mula nk sembang.. Mula bertanya dgn aku.. Baru la dia nk minum susu botol. Baru la nk tertidur.. Itu pun da dekat nk sampai. Tak pe la adik.. Ini pengalaman kita yg sangat berharga.. Ibu tak marah adik, sbb adik tak biasa duduk dlm car seat. Biasakan berkepit je dgn ibu..

Petang tu.. Lps en suami balik kerja, dia ajak kami pergi beli barang dapur. Saje test adik duduk dlm car seat, alhamdulillah, dia nak.. Wp ada protes pada mulanya. Bila da lama2, ok je. Tp masa otw balik, dia da x blh tahan nk tdo. Ambik gak la dia. Lena dipangkuan ibu akhirnya. Tapi sampai rumah, dia berjaga. Bukan main segar lg matanya. Siap layan lagu aisyah dalam muzik2 semi final lagi. Ada hati nk ikut nyanyi, tapi yg aku dengar hujung2 perkataan je.. Hehe.. Aisyah yg comel, kamu mcm kakak jugak ye, suka menyanyi..😅😅

Dua beradik sedang lena.
Masa ni da sampai, boleh la nk snap pic

Gambar atas nk pegi beli brg dapur,
gambar bawah, si aisyah da segar, berjoget dpn tv sambil dgr lagu aisyah. 


Fuh.. 3 kali sambung entry ni.. Haha..
Terima kasih sudi membacanya ye..

You Might Also Like

13 comments

  1. Selamat pun dah sampai ke rumah semula ye Ira....Anak anak pun steady je dalam kereta tu. Lepas ni bolehlah balik kg lagi kalau En Suami keje. En suami pun dah konfiden tu. Jauh tak kampung dengan rumah?
    Nasiblah ada Ira kalau tidak kesian jugak ye mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Selamat sampai..
      Haha.. Tu la, lps ni boleh la balik sendiri. Kg kat batang kali je kak.. Dlm 1 jam perjalanan. Kalau suami drive, x sampai sejam.. Hehe..

      Delete
    2. La...dekat je rupanya. Kalau cenggitu mmg boleh sangat balik ngan anak anak je tu

      Delete
    3. Haha.. Mmg dekat je kak.. Tapi drive dgn bdk2 ni lain macam.. Kalau anak2 da besar dan mendengar kata, ok la.. Hehe..

      Delete
  2. Rasa baca dah tapi tak sempat komen, ada jek yang kacau hehehe

    Dah dapat izin tu lps ni klu en.suami sibuk bolehlah balik kg dgn anak2 jevkan, mujur juga kg dekat boleh juga lari2 jap blk klu ada hal.

    Seronok mak abah bila ank cucu blk dpt pula tunaikan permintaan mereka. InshaAllah ada ganjarannya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Biasa la tu, ira pun kdg2 mcm tu jgk.. Sempat baca je, x sempat komen.. Bila ada kelapangan baru komen..

      Itu la.. Dia da bg izin tu, boleh la balik sendiri bila ada keperluan..

      Delete
  3. Alhamdulillah selamat semuanya ye. Boleh balik sendiri dah lah ye lepas ni. Ana masa syafi awal2 duduk dkt car seat haru juga di buatnya. Kita yg nk drive jd x boleh fokus. Tp kejap je. 3 4 hari dia dah biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Itu la kan, kene biasakan diaorg ni duduk dlm car seat. Aisyah mmg jarang nk duduk dlm car seat tu. Itu yg mengamuk bila tiba2 kene duduk dlm tu.

      Delete
  4. yeay...Ira dah berjaya! Alhamdulillah...dapat pulak berbakti kepada mak ayah.

    akak...dah lama tak pegang stereng! huhu..dah jadi penakut pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Berjaya.. Hihi..

      Memang betul kak, kalau da lama x pegang stereng, rasa takut tu ada bila nk drive semula.

      Delete
  5. Salam singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Terima kasih sudi singgah & follow blog saya.

      Delete
  6. Okay, percubaan pertama dah berjaya. Lepas ni asal dapat aje green light, bolehlah berdesup tiga beranak balik kampung. Mula-mula mungkin susah, tapi bila dah jadi kebiasaan, takda masalah rasanya. Macam anak-anak saya, semua spesies tak boleh terikat di car seat. Nak beriba 24 jam tapi bila dah dua, tiga kali kena 'ikat' faham dah mereka. Tak banyak hal lagi.

    Kasihan pulak dengar parents Ira kalau takda yang balik kampung, kering barang dapur takda siapa nak bawa pergi beli barang...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images