Alhamdulillah.. Genap 7 tahun... 💑💖
Tuesday, November 21, 2017![]() |
| Selamanya cinta.. |
Semoga keluarga kecil kita ini kekal bahagia hingga ke dalam syurga..
Semoga dugaan yg melanda dpt diharungi bersama..
Terima kasih kekasih dunia akhirat ku..
Kerana sudi menerima segala kekurangan diri ini..
Walau kita tak pernah bergaduh mulut, tapi silent war tu lagi sakit.. Lagi sedih.. Lagi pedih..
Banyak yg kita perlu belajar.. Banyak juga yg aku perlu belajar..
Itu la liku2 kehidupan..
Sememangnya aku mahu menjadi yg terbaik, buat kamu dan anak2.. Buat keluarga juga..
Aku hanya insan biasa.
Adakalanya akalku cetek..
Fikiranku singkat..
Tindakanku ikut kepala aku..
Terlalu bnyk yg perlu dikisahkan..
Terlalu bnyk yg perlu difikirkan..
Sebab aku bukan macam org lain..
Yg dgn mudah:
boleh berkata lantak la..malas fikir
Biar la org lain yg ambil kisah..
Biar la org lain pun buat xtahu je..
Aku adalah aku..
Terima kasih kerana menerimaku seadanya..
Angan2ku tinggi..
Inginkan keluarga yg sempurna..
Inginkan rumahku syurgaku..
Tapi kdg2 aku lupa..
Jika kita inginkan suami sehebat Rasullullah..
Kita perlu menjadi sehebat siti khadijah dulu..
Tapi kdg2 aku lupa..
Manusia itu tidak sempurna..
Termasuk aku juga tidak sempurna..
Alhamdulillah, hari ini genap 7 tahun usia perkahwinan kami.. Syukur dgn kurniaan Allah.. Tiada sambutan candle light dinner, tiada hadiah istimewa..tiada percutian bulan madu.. Tapi hari ini tetap istimewa bagi kami..
Sebab.. Mesin basuh baru da sampai.. Hihi..
TV baru da pasang wp gambar masih bintik2..
TV pertama yg kami beli sendiri. Sebelum ni pakai tv org bagi je.. 😂😂
Semoga dpt meneruskan perjuangan another 10 years berkhidmat dgn kami.. Mesin basuh en suami beli sebelum kawen. Spare part pun dah xda.
Itu la pengorbanan..
Duit simpan sorok2.. Kene korek..
Utk keperluan juga.. Kesian my En Suami balik kerja kena menyental baju kami anak beranak.
Anak asik2 suruh betulkan tv.. Tgk tv3 arialnya kene ke blkg, tgk tv9 arialnya kene ke tepi, aku la jd tukang alih arial. Mujur dia x cakap, ibu duduk situ..gmbr cantik.. 😅😅
Mcm2 dugaan lain yg melibatkan kewangan, masa, kesihatan..
Kita tempuh je la..
Yg penting tak buat hutang baru..
2018 kakak aimy darjah 1, komitmen da bertambah.. My en suami kene kerja keras lagi..
Aku pulak kena survive sendiri..
InshaaAllah.. We can do it..
Semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Serta dijauhkan dari perkara2 yg tidak baik.. Aamiin..
![]() |
| Permata hati ayah & ibu |
Tiada gambar romatik berdua.. Apatah lagi gambar didukung sang suami.. Kami ada gmbr laga pipi ja.. Tu pun pipi dgn bahu..
Hihi..
![]() |
| Kekasih dunia akhirat.. |





3 comments
Alhamdulillah...tahniah dah 7 tahun, semoga terus berada dalam limpah rahmat dan redha Allah swt dan semoga ikatan pernikahan itu kekal hingga ke dalam syurga firdausi inshAllah...
ReplyDeleteTakpelah takde gambar dukung2 pun, gambar laga pipi dan bahu pun ok jugak dah sweet tahap diabetes dah nampaknya tu..bersemuttt
Tahniah dan alhamdulillah, Ira. Berkat kesabaran dan tolak ansur, sudah 7 tahun melayari bahtera rumahtangga dengan suami tercinta dan anak-anak yang comel. InsyaAllah, semoga terusan berbahagia bersama keluarga kecil Ira ni.
ReplyDeleteTakpalah takda sambutan dan hadiah, ingatan tu pun dah cukup daripada langsung tak ingat. Tapi kalau si dia beri hadiah, janganlah cakap tak payah pulak. Ambil aje ^_^
Tahniah Ira.Happy Anniversary buat Ira dan suami ... moga kekal bahagia hingga ke syurga. Yg penting mesin basuh dgn TV dah sampai haha...
ReplyDeleteLebih kurang sama tarikh anniversary kita rupanya Ira. Hakak 18hb.
Apa tak romantiknya, romantiklah tu laga pipi dengan bahu....kalau lagi pipi dengan lutut baru tak romantik namanya hahah...