Meraikan kesayangan kami - aimy qairina 🎓📚
Thursday, November 23, 2017Assalamualaikum kawan2..
Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih syg Allah..
Alhamdulillah 18 nov yg lepas, kami diberi kesempatan utk meraikan majlis konvokesyen PASTI kawasan kelana jaya. Dewan tu xde la jauh sgt dr rumah, tp sebab x penah pergi 2,3 kali la berpusing2. Aku ni kalau ikut google map selalu je failed. Skg ni aku da faham, kalau nk ikut google map, kene taip address mana kita nk pergi. Kalau ikut location yg org share, dia jd kelaut. Searching nye ntah mcm mana. Stress je dibuatnya.
Dewannya tepi jalan je. Tapi sbb dok fokus left, x perasan la right. Dewan kat sblh kanan. Kami sampai dewan agak lewat. Elok je kami sampai, dgr ada urusetia ckp, vip da sampai. Aku cari jugak, kat mana pelajar berkumpul, tapi x nmpk. Masa aku nk cari tempat duduk, ada sorang cikgu bgtahu, bawa anak ke tempat berkumpul, dia tunjukkan la kat mana. Lps hantar aimy dekat cikgunya, aku cari en suami. Tgk dia dlm dewan juga, tgh mencari2 kami. Dpt tempat duduk, tunggu majlis bermula.
Seperti biasa, ucapan dari vip.. Lepas tu ada persembahan montaj. Dalam video tu, memula skali terpapar gambar aimy tgh main bola jaring. Ada la 2 -3 shot gmbr dia. Bangga la mak pak nya ni.. Siap cakap.. Gambar kakak.. Hahha.. Mcm la gmbr ank dia je kan.. Ank org lain ada jgk..
Lepas tu ada persembahan dari pelajar Pasti. Persembahan ikut sekolah Pasti. Ada yg buat kalam jamaie, bersajak, nasyid dan coral speaking. Pasti Nurhidayah iaitu Pasti tempat aimy belajar buat persembahan nasyid. Lagu Demi Matahari. Memula xdgr sgt suara budak2 ni. Aku tgk si Aimy paling bersemangat dan enjoy menyanyi, bdk lain elok tegak je. Dia bkn main berenjut. Layan sgt.. Haha.. Disebabkan suara diaorg kalah dgn bunyi muzik, cikgu Aisyah cepat2 bagi microfon dkt aimy dgn bdk sebelah dia. Baru la kedengaran suara. Sebelum tu mic budak lain pegang, tp dia x halakan ke mulut, mana nk dgr. Maybe bdk tu segan kot..
Bagus persembahan anak2 ni.. Coral speking best. Mesti da lama praktis. Di sebabkan murid pasti area kelana jaya ni tak ramai, diaorg buat penyampaian hadiah sekali. Utk bdk 5 tahun dan 6 tahun yg dpt no 1,2,3 dan budak yg prestasi meningkat. Tahun lepas kami pergi juga, masa tu aimy dpt no 2. Merasa la dia berjubah naik ke pentas. Tapi tahun ni, ambil hadiah xde pakai jubah. Maybe sbb x cukup kot. Last year jubah merah. This year jubah purple.. Tahun ni aimy xde amik hadiah, just ambil sijil je.
Lepas penyampaian hadiah, persembahan lagi. Aku xdpt la nk amik gmbr sbb si Aisyah sedang lena diulit mimpi.. Selesai persembahan, baru la ambil sijil. Letih la menunggu sbb pasti aimy last skali..
Tp ok la, bila da last tu, org pun da ramai balik.. Xde la segan sgt nk amik gmbr.
Alhamdulillah.. Selesai da konvo kakak..
Walaupun xdpt top 3, tapi ibu tetap bangga dgn kakak.. Dapat no 5 tu, macam satu wakeup alarm buat ibu.. Ibu x boleh main2 dan sambil lewa. Ibu kene do something.. Kawan ibu pun advice, awak kene duduk dgn dia, x boleh biar dia buat keje sekolah sendiri.. Memang lately ni ibu sibuk dgn kerja. X buat latihan sama2 dgn kakak.. Itu la silap ibu. Next year cabaran buat kakak lebih hebat. Cabaran juga buat ibu..
![]() |
| Aimy, cikgu & kawan2 |
![]() |
| Ambil sijil |
![]() |
| Semoga terus cemerlang anak ibu |






3 comments
Tahniah kakak..moga terus cemerlang, tak lama nak darjah 1 dah kan cepat je anak2 membesar..
ReplyDeleteRelease tension klu join activity cmni kan
ReplyDeleteTahniah kakak...tak pelah tak dpt top 3 pun. Masih banyak lagi peluang kakak. Sekarang ni mmg tgh musim konvo. Tulah mak bapak tgh sebok nampaknya sekarang ni hihi....
ReplyDeleteWah dah siap beli baju sekolah ek. Sure tak sabar nak ke sekolah tu. Mau hari hari try baju sekolah hihi...