Acuk abung..

Friday, December 22, 2017

Assalamualaikum kawan2 semua.. 
Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya. 

Cuti sekolah tinggal seminggu lebih je kan? Mcm mana persiapan sekolah anak? Aimy punya da beli, tapi buku sek tak balut lagi, nama pun x tulis lagi. Kain sek pun x alter lg. Alahai.. Kemalasan melanda ni, camno nk buek?

Hari ni nak share gambar si kecik. 
Si kecik ni masih batuk2 dan selsema lagi.
Hari tu balik dr kampung dia keluarkan duit dia dr poket, terus pegi dekat tempat tabung dia. 
Acuk abung. Aisyah skg ni, kalau nampak duit je, dia akan excited nak masukkan duit tu dalam tabung. Ada sekali tu, dia nampak beg duit aku atas iron board, terus dia ambil dan cakap, nak acuk abung. Hehe.. 

Biasanya bila duit syiling dlm beg duit aku da berat, aku akan agih2kan utk masuk tabung diaorg. Aku akan suruh diaorg masukkan sendiri dlm tabung. Lebihnya baru masuk tabung sendiri. Haha...
Tabung anak2, kene la adilkan. Kalau adik 70 sen, kakak pun sama la. 

Disebabkan tabung diaorg sama, kitaorg labelkan la, kakak dan adik. Ada 1 lagi tabung, angry bird. Yg tu tabung bersama. Biasanya duit masuk bank lps raya, so utk tabungan yg ni, tunggu la raya tahun dpn baru simpan. Tabung ni selain dr duit kami, ada juga duit yg org bagi. Biasanya mmg kami ajar budak2 ni masuk tabung je kalau org bg duit. Bila dah terkumpul, masuk bank. Kalau ada keperluan yg perlu dibeli, baru beli. Tapi biasanya akan diusahakan dulu la. Duit diaorg utk pelajaran diaorg pada masa akan dtg. 

Semalam kakak cakap, ibu tau tak kenapa kakak masuk duit dlm tabung? Sebab kakak nak pegi umrah.. 😍😍
Murninya cita2 kakak.. Semoga cita2 kita tercapai ye. Sama2 la kita menyimpan. Moga satu hari nanti kita dapat pergi sama2 satu keluarga. 

Si aisyah x faham lagi tujuan menabung, yg dia tau, jumpa duit, masuk tabung. Hehe.. 
Semoga jadi habit anak2 hingga dewasa nanti.

Aisyah gigih nak masuk duit dlm tabung.

Semalam juga, masa aku nak bangun dr kerusi, nak berjalan, tiba2 kaki aku sakit. Tapak kaki sakit menyebabkan aku berjalan terjengket2. Sekali aisyah nampak, terus dia ajuknya cara aku berjalan. Dia pun jalan terjengket2, siap ckp aahh..akit akit. Lepas tu dia gelak..😤😤
Sabar je la.. Aku yg tgh sakit tu terus tergelak.. Lps tu dia buat lagi.. Gelak2..bila aku nak kejar dia, dia ckp..lari..lari.. Sambil lari kat ayah dia.. Aduhai.. Pandai betul menyakat ye..
Sesuai la dgn nama kamu.. Aisyah.. Hidup bahagia..

Ok la.. Aku kene stop skg.. Tren ktm tgh naik taraf, so jadual da berubah. Tren pun stop kat kl sentral je, aduh.. Kene ada backup plan ni.. Letih hari2 mcm ni.. Da la sampai bulan ogos thn depan.. Huhu.. Sabar je la.. Semoga lps naik taraf landasan ni, service makin baik... Aamiin...



You Might Also Like

2 comments

  1. Baguslah dah pandai menabung sejak kecil. Tak kisahlahkan dia nak acuk abung sebab apa pun. Sejuk perut ya dengar kata anak menabung nak pergi umrah. Minta-minta dimakbulkan olehNya doa anak kecil Ira ni.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images