Cerita balik kampung..

Thursday, December 28, 2017

Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat dan ceria hendaknya ya.
Tinggal beberapa hari shj lagi 2017 nak menutup tirainya...

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ditahun baru nanti..
Hari ni nak citer pasal balik kampung 2 mggu lepas. Throwback la kononnya..
Kami balik kg en suami.. Lama rasanya x balik kg dia. Dia busy dgn kerja dan hal anak2 juga.. Nak buat mcm mana kan.. Plannya nak balik hari jumaat malam, tapi disebabkan majlis penyampaian sijil peserta kursus kem fardhu ain lambat habis, kami gerak balik esok pagi je la.

Malam tu, pengasuh aimy da bwk aimy ke masjid. Aku pulak balik lmbt. Aku igt nk pergi lewat sikit, tapi disebabkan tak siap kemas baju lagi, aku x pegi la. Lagipun aisyah merengek nak tidur. Dia yg nak tidur, dia nak aku tidur sekali dgn dia. Lps tidurkan aisyah, aku kemas baju. Sambil2 tu aku dgr dr rumah je la, ustaz bg ucapan. Ustaz kata sambutan kem sgt menggalakkan. Asalnya dibuka utk 70 org, tapi sebab bnyk permintaan, diaorg buka lagi. So total peserta dlm 140 org mcm tu. InshaaAllah, next year akan dibuat lagi kem seperti ini. Pihak catering masjid pun berbesar hati menyediakan makanan utk anak2 ni. Ye la kan, bayaran rm50 je utk 2 minggu. Alhamdulillah, rezeki anak2 kariah sini. Selesai majlis dlm pkl 10 malam. En suami kata da lewat, kita balik esok je la. Aku ok je.

Kakak ambil sijil 

Esoknya kami gerak balik kg pagi. Dalam perjalanan balik, en suami ajak singgah ke colmar, bukit tinggi. Aku ajak pegi tempat haiwan yg biras aku pegi tu, en suami cakap, mata adik tu ketumbit, xyah la pegi situ. Takut infection kot. Lenkali la kita pegi. Jauh juga ye naik ke bukit tinggi tu. Aku pertama kali ke sana. Cantik la bangunan kat situ, ala2 inggeris. Tapi disebabkan hp aku x cukup bateri, so camera not found katanya. Spoil mood aku nk amik gmbr. Gmbr semua dlm phone en suami. Lps jalan2 di colmar, kami ke japanese village. Haus giler, air bekalan pun da abis. So beli la air kat situ, mak oi harganya.. Kalau pegi lagi kene bwk bekal air besar la nampaknya. Nnt ada kesempatan aku share la gmbr2 kami..

Aisyah tu dekat japaness village.
Gambar berdua tu masa tunggu ayahnya ambil kereta.
Dalam pukul 1 lebih, kami gerak balik. Sambung perjalanan balik kg. Mengantuk mata dibuatnya.. Hihi.. Sampai kg, family in law nak keluar shopping. So lps kami makan dan solat, follow diaorg shopping. Huhu.. Kepenatan, tapi seronok..

Hari Ahad, aku plan dgn en suami nk bwk anak2 ke kubang gajah. Kebetulan, adik ipar pun nk bwk anak2 sedaranya ke sana, dia da plan dgn kwn2 opis dia nk celebrate bday anak ofismatenya. So pagi tu gerak sekali je la. Aisyah bukan main suka dpt mandi kolam. Nk andi olam.. Nk enang.. Memula dia naik gelongsor air dgn acunya, lps tu dgn ayahnya.. Lps tu ajak ibu pulak.. Ibu ni gayat jugak dik.. Tapi disebabkan anak2 nak main, ibu beranikan diri la.. Ibu x pandai berenang, sbb tu fobia sket dgn air bnyk2 ni.. Lama juga kami kat situ.. Puas la budak2 ni main air. Seronok bkn main si aimy.. Ada abg adam dgn adrien.

1st time bwk anak2 main kat bahagian ni. Ada boat disediakan, sape2 blh main. Gelongsor pun ada, mak pak nya pun boleh naik gelongsor tu..

Budak2 excited main air

On the way ke kubang gajah. Bkn main riuh anak2 bila berkumpul dgn sepupunya. Si aisyah pun excited nk duduk belakang.

Petang tu, igt nk try roti john leleh, tapi sbb en suami malas nk keluar, so lenkali je la. Kalau tgh mengidam, mau pegi jugak kot malam2 pun.. Haha..

Hari isnin kami amik cuti, so dpt la lama sikit di kampung. Takde aktiviti apa pun. Sambil2 melayan kerenah anak2, jenguk2 la jugak mak mertua didapur. Melampau sgt la kan, kalau makan tidur je kejenya. Da la mak mertua x sihat. Saje je la tnya mak mertua udang ni nak masak ke? Hehe.. Da basuh tgn dkt singki tu, tgk udang2 tu belum diusik lagi. Mak cakap, nak makan masak la..ikut la nak masak apa. Buat sambal ke..mak masak gulai je.. Hehehe..😅😅😅 takkan la nk cakap, tak nak makan pulakkan.. So terus je la basuh udang2 tu. Then laju je mak g cari petai dlm peti ais. Nah..kot nak campur petai.. Hihihi.. Udang petai pulok.. Nmpk sgt jarang memasak dirumah mertua kan.. Biasanya kalau pak long or mak lang ada, diaorg je yg masak. Aku tolong potong2 je. So utk masak sambal udang petai tu, aku hentam je la ikut selera aku. Dan2 tu jugak la confuse resepi. Haha..xkan nak google kot, bedal je la. Cili blender plak xde, gigih mencari.. Sekali mak bg cili kering yg belum potong. Mak kata rendam air panas dulu, baru dia lembut. Hehe..menantu mak ni manja.. Cili blender tu en suami tercinta yg readykan kalau kat rumah sendiri. So malas nk blender, kita tumbuk je la.. Ingat kene masak sambal je, sekali mak siap basuhkan sayur, eh buat2 tanya pulak mak nk goreng sayur dulu ke? Mak kata ikut awak la.. Haha.. Mujur goreng sayur tu tumis air je. Tapi takkan sayur je kan, xde ikan bilis ke bwg ke.. Laju je la tgn mencari bahan berkaitan utk tumis sayur..  Kalau tu pun tanya mak mertua, mmg nk kena pelangkung je tu. 😅😅 Tapi mak mertua aku ni dia x penah komplen pun masakan kita, cara kita masak or buat keje. Ikut kita la nk buat mcm mana. Soalan2 nk kena pelangkung pun dia layan je.. Ye la kan, wp nampak mcm stupid je bila tanya, tapi dah tak tau, tanya je la jugakkan. Sambil2 masak tu sembang la sikit. Mak ckp ada ustaz bg petua, makan sup ketam utk kurangkan sakit2 kaki.. So hari2 la mak masak sup ketam utk abah mertua. Alhamdulillah dgn izin Allah, abah mertua ckp kurang la sakit kaki dia. Bisa2 tu xde la. Boleh la aku nk try, asik sakit tumit je. Da 7 tahun kawen kan, xkan la nk segan2 lagi dgn mak mertua kan.. Cuma confident tu kene lebih skit la bila nk masak tu. Haha.. Kalo x dulu, goreng telur pun adik ipar aku gelakkan. Ye la kan, terkial2.

Lepas asar baru kami gerak balik ke rumah. Hehe.. Walaupun terasa malas je, tapi kene la balik jugak esok nk keje. Itu je la cerita balik kg kami.. Puas hati sbb dpt bwk anak2 g mandi kolam. Hihi..

Ok la.. Nk stop skg.. Nnt ada masa aku bercerita lagi.. Terima kasih sudi baca entry yg panjang ni. Hihi... 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images