Cerita hujung minggu yg dah berlalu..

Wednesday, March 07, 2018

Assalamualaikum kawan2..

Semoga kawan2 semua berada dlm keadaan sihat dan ceria sentiasa. Rumah korang ada air ke? Harap da simpan air la ye.

Sekejap je da masuk bulan March kan? 19hb nnt da nak masuk Rejab. Aku rasa mcm aku ni bnyk urusan dunia je. 😢 Apa yg aku sibukkan ntah lah.. Huhu..

Bnyk benda nk cerita, tapi.. Cerita je apa yg sempat je la ye. Hihi.. Hujung minggu yang lepas, kami 3 beranak x kemana pun. Urusan dirumah bnyk sentiasa. Plannya nk bwk anak2 mandi kolam, tapi x jadi. Si aisyah pulak, tiap kali mandi, dia tanya "ibu, hari ni nak pegi jalan mana?" Muka penuh harapan masa bertanya tu. Aku jawab, takde pegi mana. Pergi pasar je. Nasib baik aku x janji pegi kolam, kalau x naya. Hahaha..

Hari Sabtu, siang kami hanya duduk dirumah. Berkemas, memasak dan menjaga anak2. Adik aku asalnya nk hantar ank dia blk kg, sbb dia kerja dan isterinya ada urusan. Aku ckp, hantar la kat rumah aku, sbb aku tak ke mana2. So dlm tghari tu dia hantar la si Arif Danial yg comel tu. First time mak ni jaga anak org. Hehe.. Kalau tlg2 jaga masa kat kg tu ada la. Tapi kalau aku je jaga sensorang, ini la kali pertama.

Arif budak baik, tak nangis pun papa g kerja. Aisyah dan aimy excited ada arif. Siap tanya, arif tidur sini ke? 😅😅😅
So disebabkan masing2 excited, lama x jumpa, aku dapat memasak dgn amannya pada hari itu. Tapi...
Rumahku jadi tongkang pecah la.. Jerit pekik berebut mainan kdg2 kedengaran. Suara si Aisyah la yg paling kuat. Kalau bergaduh, dia je la yg akan menangis pun.. Si Arif rileks je. Seharian dgn budak bertiga tu buat aku jd letih. Hahaha.. Baru sehari, tu pun x sampai 24 jam. Da setel semua kerja, aku rehat la kejap. Mudahnya mata ni tertutup. Tapi tak blh nak lena. Risaukan budak2 ni la.. Masing2 x mau tido. Main je kejenya. Hai la anak2.. Si kakak da blh harap la. Blh jadi pendamai kalau bdk berdua tu bergaduh. Arif dgn aisyah sebaya, beza bulan je. Aisyah bln 2, arif bln 6 kot.

Gitu la ye bila da ramai. Hehe..baru 3 org..
Lately ni si Aisyah asik sebut nak g umah yaya.. Satu2nya sepupu gigirl yg dia ada buat masa ni. Hari2 masa naik tangga, g umah yaya? Aku tnya la, umah yaya kat mana? Dia jwb dekat umah wan 😂😂. Rindu dgn kakak yaya la tu.. Lama x jmpa..

Hari Ahad pulak, busy membakso. Hahaha..
Teringin nk makan, tambahan pulak bahan asasnya ada. Lps blk dr pasar, mula memasak. Hari Ahad arif xde, so melayan kesayangan yg 2 org tu je la. Tu pun x siap jgk aku memasak. Haha.. Bakso dan supnya je siap. Mee hoon dgn sambalnya x buat lg. Malam baru la en suami dpt merasa mee hoon bakso yg aku buat. Hihi.. Berkali-kali dia ckp sedap.. 😁😁😁😁 happy sgt la isteri tercinta ni kan..

Next plan.. Nk buat macaroni bakar. Aku takde oven. Aku ada microwave je. Boleh jgk la kot. Tapi disebabkan air tak dak.. Terus terbantut perancangan nk buat macaroni bakar. Tggu bekalan air pulih, baru la berangan nk memasak. Kain baju da setimbun tu.. Kedai makan tutup, pengasuh bgtau td.. Haaa.. Nangis2..

Cepat la pulih bekalan air.. Kesian kat kami..
Ok la da sampai stesen..
Jumpa lagi.. Tq sudi baca..
Wassalam..

Aktiviti anak2

Macanoni bakso - kata aisyah

You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah tempat hakak tak kena catuan air tu Ira....lega mak hahaha....
    Tambah kawan main sukalah diaorang kan. Hadap ajelah maknya mengemas lepas tu hihihi...

    Amboiii seronoklah tu bila dapat pujian suami tu yg tambah nak masak hari hari ye Ira....

    ReplyDelete
  2. gitu lah budak-budak. takyah pikir banyak main je hehehe :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images