Lari balik kampung..🛄🚗

Friday, March 09, 2018

Assalamualaikum kawan2..

Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesabaran dan keredhaan yg tinggi dalam menghadapi apa shj ujian dan dugaan yg datang.

Pagi jumaat yg penuh barokah ini, didoakan semoga masalah air di tempat kami khususnya, di selangor amnya dapat selesai segera dan semoga dipermudahkan segala urusan pihak yg membekalkan air bersih dan pihak yg mengharapkan air macam kami ni.. amiin..

Bila tak ada air ni, mmg menjadi kesukaran la kepada kita.. Ada org kata biar la xde letrik dpd xde air. Hari ni masuk hari ke 4 area kami xde air. Kami mmg sedia maklum dgn notis yg diberikan. Jangkaan xde air pd 6-9hb. Utk area petaling jaya 6-7hb 3. Aku ada la simpan air, tapi x cukup la utk 3 hari. Hari ke 2, stok air da berkurang. Nk membasuh mmg x cukup la. Lepas tu dpt pulak notis mengatakan xde air sampai ahad. Huhu.. Camne ni? Lori air dtg kul 10-11mlm. Nk kena beratur pnjg lg. En suami sempat la tadah air hujan. Boleh la buat basuh2 apa yg patut. Esoknya nk buat mandi xblh la sbb airnya berbau. Kami sempat la membeli stok air mineral. Adik aku beli sekotak, en suami beli sekotak.

Hari ke 3 kain baju da 2 bakul penuh. En suami da xde stok seluar keje. Mana nk basuh. Kakak ada baju sekolah, tp sekolah pun xde air. Cikgu suruh bwk sorang sebotol air g sekolah. Kantin pun tak buka. Masalah juga ni. Nk mkn apa dia kat sekolah. Hari khamis kami bekalkan roti je. Nk cutikan dia tggl umh pengasuh, rumah pengasuh pun air xde. Siap pesan bwk baby wipes lg. So malam tadi, kami decide balik kg. Syukur sgt kg dekat dan kat kg ada air. Tp kakak terpaksa la dicutikan oleh ibu ayahnya. Hihi.. Ibu pun plan nk meng'EL'kan diri, tp fikir balik, cuti sekolah nnt nk cuti, so pegi la keje dari kg. Ada keje yg perlu dibereskan juga.

Tgk kat group wassap kejiranan kami, pukul 1.30am baru lori air dtg. Itu pun ramai giler yg menunggu. Mau x keje kalau kami join sekali menadah air lori tu. Satu hal lagi nak angkut naik ke tingkat 3. Nak buat mcm mana kan.. Kalau kita rasa siksa, org duk tgkt 5 lagi la seksa. Flat kami xde lift. Gigih la angkut naik tangga.

Alhamdulillah.. Pagi ni dpt mandi dgn puas. Hihi..
Bila diduga begini, baru la kita rasa pentingnya bekalan air bersih. Pentingnya ilmu mengambil wuduk dgn air yg sedikit. Pentingnya ilmu mengenali jenis2 air. Air mustakmal kalau guna utk bersuci, kena bilas dgn air mineral. Penting kena jaga semua tu sbb kita nk solat kan.

Hari ni anak2 tinggal dgn wan. Adik aku yg no 4 tu pun blk kg jgk sbb xde air. Ada la kawan bdk2 ni. Mak kata aisyah nangis sekejap sbb bgn tidur ibu takde. Mak ckp ibu keje, baru dia diam. Adik ipar aku bgtau, aisyah dok tahan mata dia xnak tido. Susu pun dia ckp nk simpan. Hihi.. Takut tertidur masa minum susu kot kata adik ipar. Haha.. Terlepas la peluang nk bermain kan.


Makan aiskrim malaysia..

Hihi.. Ada org share kat wassap group kejiranan

Buat keje sekolah dgn kakak

Alhamdulillah.. Dpt update dr group kejiranan, bekalan air da pulih, tapi berperingkat la..
Rumah aku blum ada air lagi.

InshaaAllah esok ada la kot.
Ok la.. Nk stop skg..
Terima kasih sudi membaca..

You Might Also Like

8 comments

  1. susah jugakan kalau air takde berhari2 kalau sehari tu oklah lagi kan, mujur kampung dekat boleh jugak la lari balik kampung. kawasan rumah kaklah alhamdulillah ada air, cuma ada terputus kejap je masa maghrib hingga tengah malam.

    itulah enfon tak elok lagi kalau tak boleh jugak suruh datang rumah je untuk basuh2 kain. member kat ofis ni pun kaklah suruh datang rumah jugak basuh kain tapi dorang pulak segan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Alhamdulillah kg dkt dan kat kg pun ada air. Kalau x, kena la menumpang umah kak lah. Hihi..

      Ok la terputus kejap je. At least boleh jgk simpan waktu ada air. Kami terputus terus 4 hari.

      Phone x ok lg ye. Kak lah pakai no yg sama ke? Atau pakai no lain? Phone sementara blh sms tak? Hihi..bnyk lak tnya.

      Delete
    2. phone x ok lg, dah hantar kedai tp barangnya takd lagi, xtau la berapa lama kena tunggu kikiki, nak beli baru sayang pula, phone tu ok lagi cuma button on tu je yg hilang,lgpun byk gambar & nombor dalam tu. phone sekarang boleh col dan mesej je huhuhu tu pun org bukan nak mesej2 pun skrg semua pakai wasap je

      Delete
    3. Oo. Ok la masih boleh repair. Baik repair. Nk beli baru pun duit lg. Saje tnya kot2 blh sms. Blh la mesej2.. Hihi..

      Delete
  2. Terima kasih kerana menjemput. InshaaAllah jika ada kesempatan, ira join.

    ReplyDelete
  3. bertabahlah Ira. Ni dah cuti sekolah alhamdulillah takde isu air takde lagi :)

    ReplyDelete
  4. Kalau xde air mmg merana. Mama pun kena gak arith

    ReplyDelete
  5. Aduhhh mmg siksa kalau tak de air kan Ira. Tp nak buat mcm mana kalau dah itu takdirnya hihi... mau tak mau hadap jelah...

    Dah jadi mcm pesta pulakkan bila beramai ramai tunggu air sampai awal pagi hihi

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images