Urusan di kampung...
Monday, April 23, 2018Assalamualaikum semua..
Semoga kita semua berada dlm rahmat dan lindungan Allah s.w.t. Sihat ke semua?
Aku batuk2. Rasa mcm semput pn ada.
Hari rabu lepas, kami ambil cuti. Balik kg. Ada urusan rumah. Ingat tak dulu aku penah ckp ada projek nak buat tu kan.. Haha.. Kalau tggu duit aku, mmg lmbt la lagi. Tapi atas pemintaan mak dan disebabkan dek satu insiden, mak ckp tak pe la, mak tlg. Hari Ahad mggu lepas, en suami call sorang kontraktor renovation ni, dia dtg dan bg quotation. Sblm tu kami plan blk nk jmpa org lain, tp sbb org tu ada keje kat gombak, kami try cari org lain.
Kami ckp la yg kami nak pagar mcm ni, awning mcm.ni dgn lantai.. Then kira2.. Maximum dia charge rm11k. 😱😱 xyah nk.terkejut sgt la kan.. Zaman skg mana ada benda murah. Kontraktor yg xjd jmpa tu anggarkan utk pagar tembok dan lantai rm6k, tu belum dgn pagar besi lg. Campur tolak kali bahagi, pegi juga la ke 10-11k. Malas nk lmbt2 kira jadi la dgn kontraktor yg dtg tu.
So hari Rabu tu, kami ke majlis daerah hulu selangor. Mohon permit buat pagar, awning dan lantai porch. Haha.. Igtkan senang je urusannya. Isnin en suami call dulu mdhs, diaorg bgtau la apa nk kene bwk. Kami gerak kul 9 lebih dr rumah. Plan nak gerak mcm g keje, tp biasa la kalau da tau cuti tu, lmbt juga. Alang2 da kul 8, janji dgn acik jariah nak g ziarah jiran nak g umrah. Plan nk ziarah mlm, tp aku balik lewat, tu yg pegi pagi. Ada la dlm 1/2 jam kami kat situ. Anak dia siap buat air lg. Alhamdulillah.
Hantar aisyah ke rumah pengasuh, kami balik kg berdua je. Ye la, kalau bwk aisyah, nnt kakak merajuk pulak kene tinggal. Lgpn ibu plan nk ajak ayahnya tgk movie.. Tapi xde rezeki. Hehe.. Sampai kg dkt kul 11. Mak buat nasi lemak, makan la dulu..padahal kat rumah da makan mee goreng. Hihi.. Lps mkn baru ke kuala kubu. Pergi ke majlis daerah dan bahagian kawalan bangunan. Lepas isi borang, kerani tu ckp, kene submit pelan pulak. Kene tunjuk bhgn mana yg ditambah. Adoi.. Mana nk melukisnya. Igt blh lukis gitu2 je.. Haha.. Kerani tu bg contact no pelukis pelan dkt area kuala kubu tu jgk. Kami ke sana la pulak. Alhamdulillah, ada contoh rumah jiran sblh. Tapi kene tggu la diaorg lukiskan. Lama jgk la kat situ. Kul 12.30 br setel. Membayar la kami rm75 utk lukisan pelan tu. Mujur la x sampai beratus. Kalau ikutkan rumah berkembar x blh tmbh awning. Umh teres je blh. Kalau nk tambah, kena melalui BSP xtau la betul ke x ejaan aku tu..tp kene melalui pelukis pelan la. Tapi utk kes kami ni, bkn renovate umh pun, tambah awning je. Cuma kene submit rajah kasar penambahan yg dibuat.
Lps dpt pelan, kami ke mdhs semula. Berkejaran la kami ni sbb risau diaorg p rehat nnt, dah nk kena tggu pkl 2. Lps submit pelan, tggu skejap sbb bos nya mesyuarat. Lps bosnya comfirm dan terima, proceed utk payment kat tgkt bawah. Berlari la en suami g kaunter bayaran, aku disuruh tggu kat atas je. Selesai bayar n sign doc yg perlu, dpt la kad merah utk tampal kat dinding. Kalau xde kad tu, buatnya tetiba org mdhs dtg check or ada org buat report, kene la saman. Kalau x ikut spec, kene pecahkan dan buat lain. Huhu.. Lagi bnyk modal. Keseluruhan hari tu kosnya rm790 + rm75. Huhu.. Hrp2 caragan rm500 blh dpt balik.
Selesai urusan di mdhs, kami ke tabung haji. Korek tabung la. Mana nk cari 11k kan? Tp 11k bkn duit aku sorang, share dgn mak dan abah. Ye la kan, anak sulung susah senang mak abah sama dirasa. Dari kecik sampai la da tua ni. Masa kira duit dgn mak, mak ckp, sekejap je kan kalau keluar duit, nk simpan bertahun. Hehe.. Ye la.. Duit mcm air je..
Kami balik ptg tu jgk. Simpan duit dkt bank yg sng nk ambik. Kontraktor tu mtk duit sikit2. Dia x ambik duit sedebuk separuh. So far dia mtk 1k, 1k gitu utk beli brg. Sampai rumah kami da maghrib. Aku xtau la knp hr tu kepala pening dan rasa nk muntah. Memula aku bertahan, at last, aku xleh tahan da. X sempat nk berhenti kereta, aku da termuntah dlm kereta. 😩 ingatkan da lega bila da muntah, rupanya bersambung lg muntahnya. Bukak pintu kete, muntah je kat jalan tu. Sementara tggu en suami siap beli pempers aisyah, ada la 3-5x aku muntah. Da lama x kene mcm ni. Aku rasa sbb aku lmbt makan, perut masuk angin.
Sampai rumah, mandi, solat dan tidur. En suami la yg masak dan buat keje rumah. Aku dah flat.
Hari Sabtu yg baru ni, kami balik kg lagi. Kontraktor tu nak confirmkan design mcm mana nk buat, sbb plan yg kami nk buat tu, dia ckp nnt x cantik. Ok la, kita ikut je la. So far 3 tiang dah dipacakkan. Harap2 sebelum puasa da setel la.. Penat juga menguruskan hal2 buat pagar ni. Terima kasih bnyk2 pada en suami sbb bnyk tlg uruskan.. Lepas 9 tahun duduk situ, baru dpt buat pagar. Rumah kami plg lmbt kot buat pagar. Untuk hiasan dalaman rumah, takde buat apa2 pun lagi. Gitu la dr mula pindah. Cuma mak buat dapur je. Itu pun takde kitchen cabinet, ada table top je. Tiap kali cucu2 balik, wan punya bekas air basuh tgn jd mainan. Ye la kan elok je wan susun kat situ, takde sorok2. Yg kaca je wan sorok. Huhu..Nk deco2 dlm rumah, tggu 10-15 thn lagi kot.. Hihi.. Kalau ada rezeki pnjg umur ye..
![]() |
| Cer teka yg mana drawing aku? Klu, bila tunjuk kat adik2 aku, diaorg gelak sakan 😆 |
Busy sgt gamaknya ni. Haha..
Terima kasih sudi membaca ye..




1 comments
Betullah tu Ira...elok request dpd MP siap siap nanti tak delah kena saman..
ReplyDeleteZaman sekarang ni mmg serba mahalkan... gitu gini pun dah ceceh belas ribu. Seram mendengarnya