Perihal anak2..
Wednesday, April 11, 2018Assalamualaikum semua..
Semoga kita semua dilimpahkan dengan rezeki yg luas lagi berkat, kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan..
Baru baru ni aku ada baca artikel dkt fb, berkenaan risiko ceaser kali ke 4. Huhu.. Aku baca sekali lalu je, tu pun da seriau rasanya. Semua kenangan2 masa ceaser dan berpantang, datang dlm ruang ingatan.. Alhamdulillah.. Syukur semuanya selamat. Walaupun anak ke 2, emergency ceaser. Jika ditanya bila nak tambah sorang lagi? Biasanya yg meluncur dibibir ni, nanti la dulu.. Ya betul, sbb perasaan takut tu masih ada lagi.. Tapi ia tak bermakna da melepasi 3 ke 4 tahun tu x takut da. Cuma, lps 3 - 4 tahun, rasa takut tu da dimonopoli dek rasa rindu nak cium bau baby.. Hihi.. Tapi itu dulu la.. Pada usia skrg, x boleh la nak tggu 3-4 tahun jaraknya. Sbb masa tu, aku pun da dekat 40 tahun. Mungkin risiko lain la pulak yg dtg kan.. Disebabkan da 2x ceaser, aku cuma ada peluang sekali je lagi kalau nk ada baby baru. Bila tu, hanya Allah je yg tahu. Walaupun ada org kata boleh lg yg ke 4, aku x berani la nk amik risk. Yg ceaser 1,2,3 pn mcm2 cerita aku baca.. Tp ye la kan, rezeki masing2. Setiap yg Allah takdirkan tu, ada la hikmahNya.
Anak2 ini anugerah Allah yg tiada nilainya. Aku bersyukur dpt 2 org puteri. Kalau Allah kata anak kami 2 tu je, kami bersyukur. 2 org tu pun walaupun jarak usia mereka 5 tahun lebih, tapi bila bergaduh, mcm sebaya. Cuma bezanya, sorang tu pelat. Dua2 suara boleh tahan. Asik nk terjerit2. Bila mood ok, seronok la bermain, gelak mengekek x ingat. Tapi kalau waktu bergaduh, mak oi bingitnya. Nasib baik ibu ni susah sket nk bertukar jd tarzan. Yg cpt jd tarzan ayah diaorg la.. Hahaha..
Baru cuti sehari, da jd tarzan. Ibu yg 2 hari ngadap diaorg sorang2, x jd tarzan pun. Biasa la kan budak2 buat sepah ni, budak2 bijak..begitu la.. Buat tak nampak je la.. Dekat2 ayahnya nk balik, baru la kita menyapu kan.. Kdg2 x sempat sapu pun. Hihi.. Ayah diaorg xleh marah.. Ada term n condition kan, jgn buat2 lupa pulak. Krik.krik.krik..
Kdg2 kelakar jgk dgr diaorg bergaduh ni. Sambil memasak tu, dgr je la anak dara berdua tu.. Kalau main cikgu2..kakak jadi cikgu, aisyah jd murid. Kdg2 main mak2.. Kakak jadi mak.. Aisyah pun pandai melakonkan wataknya. Tiba mood nk menyanyi, berkaraoke la diaorg..
Baru2 ni, aisyah mkn gula2. Dia tak bagi kakak.. kakak mengadu la kat ibu..
Ibu: adik bg kakak gula2 sikit.
Aisyah: tak boleh, nanti rosak gigi.
Ibu: abih adik tu makan bnyk2 tak takut rosak gigi ke?
Aisyah: nah 1 je, tak boleh banyak2, nanti rosak gigi.😅
Kakak dpt 1 je la.. Yg lain dia je bedal.
Di situasi yg lain..
Kakak tgh main, aisyah duduk sebelah dan cakap, kakak, pegi buat teje olah la.. 😂😂
Nmpk x, ibu ada assistant.. Hihi..
Si kakak kalau ibu mintak tolong benda biasa2 ni, liat sgt. Tapi kalau suruh benda yg dia x biasa buat, dia excited. Mcm hari tu, suruh potong isi ayam kecik2.. Amboi excitednya dia. Suruh basuh kasut.. Suka betul.. Haha.. Senang ibu sket. Kalau suruh sapu sampah ke, kemas mainan dia ke, angkat tuala ke.. Bkn main lagi payah.
Aisyah pulak, kalau suruh, dia rajin nak buat. Kalau puji2 sket, lagi la suka. Tapi biasa la kan, x semua benda boleh suruh dia buat. Hihi. Ada masa tu, dia malas2 jgk. Kalau suruh mandi, dia buat2 tidur, pejam mata tapi mulut senyum 😆😆.
Kalau nk bg diaorg tidur siang, biasanya aku pasang cerita hantu.. Haha.. Conjouring atau pun annabelle. Dua2 akan baring sebelah aku dan tutup mata. Lps tu dgn aku skali tidur.. Hihi.. Ye la, aku da penat, baring kejap je pn blh terlelap. Si kakak payah skit nk tdo siang. Dia lg suka main sorang2. Dia nk belajar, ibu pulak mata xleh bukak kan. Lebur la nk buat latihannya.
Malam biasanya aku akan iron baju. Aisyah pn da tau rutin aku, bila dia nk ajak tdo, dia akan tnya ibu da iyap osok aju? Kalau x siap lg dia tggu la. Tp mesti nk menyibuk dkt ibu.. Nampak x, ibu jugak yg best tu.. Haha.. Ayah dia suka la kan.. Blh tgk tv dgn aman..
Gitu la kalau hujung minggu dgn anak2.. Mcm2 ragam. Penghibur hati ibu. Walaupun kdg2 ada jgk termarah2 diaorg. Biasa la kan, stress. Kalau hari ahad, diaorg selalu ajak pegi pasar. Bkn tak nak bwk, susah nk bwk brg. Nk pegang diaorg lg. Kalau adik lelaki aku ada, aku ajak dia teman. Abg sado kan, meh tlg bwk brg. Sambil2 tu, tlg kawal budak2 ni jgk. Kalau diaorg tidur n adk aku ada rumah, aku tinggalkan diaorg dgn adk aku. Lps tu masing2 tnya, kenapa ibu tak bwk diaorg pegi pasar😅😅
Kalau bwk korang, mmg kene pow la ibu ni..
Kalau ada kenduri kawen, biasanya kami pegi 3 beranak je. Ayahnya keje, so pegi sendiri je la. Kenduri dekat2 je la kami pegi sendiri, sbb blh jalan kaki.. biasanya dekat masjid or dewan berdekatan dgn rumah. Kalau kenduri kawan opis, biasanya pegi dgn en suami, tak lepas wei nk g sendiri. Kenduri dekat2 tu pun, pegi makan je. Haha.. Selalu pegi kenduri ajak jiran sebelah. Kawan mak aku jgk. Bila bersalam dgn tetamu lain, diaorg igt aku anak mak cik tu. Hihi.. Anak2 aku kalau pg kenduri, nak pegi cepat. Excited nk pakai jubah... Jenuh la aku mencari jubah dlm almari tu. Maklum la.. Pegi jalan biasa pakai tshirt dgn seluar je. Bila pakai jubah or gaun, feeling2 princess la memasing. Jubah kakak da bnyk yg senteng. Adik pulak da boleh pakai jubah kakak. Cepatnya anak2 ibu membesar. Huhu.. Ibu korang ni masih xde skill menjahit lg nih.. 😅😅 bila ntah nk amik mood menjahit. Raya ni, ada yg kene maraton lg nmpknya. Kain pasang da beli, tp x htr tempah. Xde org amik da kot..
Banyaknye aku bebel.. Sesekali update, begitu la kan. Haa.. Hp ni pn mcm da mengong2 je. Aku tekan huruf lain, keluar huruf lain. Kdg2 tu aku kuatkan volume, tetiba volume bar tu gerak sendiri ke vibrate. Mcm ada hantu pulak yg nk menyakat. Hihi.. Sila jgn ckp nk hp baru ye. Hp baru dapat 2hari lepas x setup lg. Harapnya ok la hp ni, lps ditransfer segala yg berkaitan kerja ke hp lg satu.
Ok la.. Tren da nk sampai..
Nnt aku bercerita lg.
Terima kasih sudi membaca.
![]() |
| Aktiviti anak2. Tayang baucer giant. YB bagi. Malam tu jgk kami p shopping. Hihi.. Alhamdulillah.. |
![]() |
| Sebelum pg kenduri, aisyah nk olat dulu. Dekat kenduri, bergambar kat photobooth hello kitty |




3 comments
wahhh comel comel je masing2 yaa :D
ReplyDeletefollow sini #85
hehehe...comel je princesses ira ni :)
ReplyDeleteYelah kan Ira... syukur kita ada zuriat. Dah tak ternilai rasanya kan.
ReplyDeleteBiasalah budak budak ... kalau tak bergaduh mmg tak sah. Jadi mak ayah ni kena hadam jerlah nampaknya hihi