Rezeki Ramadhan
Wednesday, June 13, 2018Assalamualaikum kawan2..
Didoakan semoga semuanya sihat dan ceria sentiasa hendaknya.. Dan semoga kita semua berada dalam lindungan serta rahmat Allah sentiasa.
Alhamdulillah.. Rezeki bulan Ramadhan..
Ramadhan kali ini.. Macam2 buah tangan dapat bawak balik ke rumah.. Bermula awal ramadhan, en suami dapat kurma ajwa dari vendor, lepas tu dpt kurma yayasan al bukhari. Kurma yg besar2 tu, sebijik makan da kenyang. Selang 2 hari, aku pulak dapat kurma yg sama. Walaupun company lain2 tp keduanya under DRB Hicom. So 1 bekas dpt bwk balik kg masa berbuka bersama family aku.
Tak lama lepas tu, dapat bubur lambuk. 3x dpt la bubur lambuk tu. Kali pertama dpt 2 bekas, 1 bekas dpt la bg kat pengasuh bdk2 ni. Kali ke 2 dpt 1. Keesokkannya, dpt lagi 1 bekas. Bekas yg smlm pn x abis. En suami kata xyah ambik. Tp akak opis suruh ambik bg kat jiran. So aku ambik la. Dpt la bersedekah wp aku x keluar modal, tlg menyampaikan je. Itu bubur lambuk la.
Awal ramadhan hr tu, pihak astro ada kerjasama dgn pos. Diaorg edarkan goodies bag. Dlm tu ada kuih, cookies, air mineral, kipas, botol air, kurma dan CD. Cuma xde rezeki nk dpt beg cantik. Sampai turn aku beratur, beg cantik dpt ke org lain. Aku dpt paperbag biasa. Hihi.. Xpe la..
Start cuti sek hr tu, dpt cookies dr pihak syarikat. Nmpk mcm sedap je. Tp biasa la.. Jd hak milik anak2 je. Diaorg bwk bekal g umah pengasuh.
Alhamdulillah.. Rezeki Allah bagi..
Selain dlm bentuk makanan..
Allah bagi rezeki dlm bentuk duit. Ya.. Mmg tak sangka la bonus masuk 1 hb yg lepas. Bonus shj, tak campur gaji. Alhamdulillah.. Dpt la buat belanja nk raya ni. Sebelum mengundi hr tu dpt rm500. Insentif dr syarikat. Ada yg kata nnt kene tolak bonus jika ada bonus. Bila tgk payslip bonus, alhamdulillah x tolak. Ramai yg merungut bonus kali ni sikit. Ustaz kata dpt sikit ke bnyk ke, keduanya dari Allah. Bersyukurlah.
Alhamdulillah, masa mula2 main kutu hr tu, aku pilih nk dpt sblm raya. Ye la kan, masing da pilih bulan masing2 dan main 2 nama. Aku 1 nama je. Diaorg da pilih bulan bila nk dpt atas sbb2 tertentu. Aku x kisah pun. Rezeki la jgk dpt awal bln 6. So dpt la buat tambah2 utk belanja raya.
Dekat2 hujung Ramadhan, dpt hadiah dr biras aku. Ingatkan anak2 je dapat. Utk ibu pun ada.. Hehehe.. Da rasmi da pun hadiah ibu. Cantik telekung warna hijau. Beg blh isi pempers aisyah dgn susu bila berjalan nnt. Anak2 bkn main suka dpt beg hello kitty dan tudung.
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah atas kurniaanmu.. Semoga Allah melimpahkan rezeki yg luas buat biras aku dan mereka2 yg memberi.. Aamiin..
Hari ni last kerja. Malam ni nak balik kg..
Semoga selamat sampai kg ye kawan2 semua..
Mohon maaf andai ada salah dan silap aku pd semua.


2 comments
Alhamdulillah..banyak rezeki yang dapat tu.
ReplyDeleteBenda biasa2 je yang dapat bagi,alhamdulillah semua suka apa yang diberi tu
Wah mmg betul rezeki Ramadhan tu namanya Ira. Syukur kan . Rezeki tak berhenti henti...
ReplyDeleteHakak sejak tak kerja ni, nak makan kurma kena beli sendirii hihi