Tak tau nak letak tajuk apa.. 😃

Thursday, June 07, 2018

Assalamualaikum kawan2 semua...
Apa khabar? Didoakan semua sihat dan ceria sentiasa hendaknya.

Lama aku tak menulis disini..
Ntah kenapa, mcm xde mood je nk menulis. Hihi..
2 entry aku da taip panjang2 lepas tu aku delete. Haha.. Ntah la.. Mcm malas pulak nk publish.

Biasa la aku kan menaip entry dlm tren, kali ni naik lrt lg payah nk taip. Haha. So far cemana puasa korang? Harapnya semuanya baik2 aja la ye.
Ramadhan kali ni aku nye batuk x baik2 lagi. Nikmat sihat diuji. Moga Allah terima puasa aku. Batuk berkahak, ntah berapa kali ke toilet. Adui.. Da mcm org pregnant plak. Siap ada yg tegur, are u pregnant? Huhu.. Sabar je la. Nk baca quran pun tersekat- sekat. Allah.. Tapi apa yg aku rasa tu baru sikit kan kalau nk banding dgn org yg sakit kronik, yg langsung xleh puasa. Mesti lg sedih. Tp itu bahagian masing2 la kan..

Seperti org lain, aku juga diuji.. Walau bukan diuji dgn masalah wang ringgit, tapi ujian ni berat juga bagi aku. Mak dgn penyakit yg ditanggung seadanya, ditambah pulak dgn sakit bahu baru2 ni.. Kesian aku tgk mak.. Abah pulak dengan penyakit dimensia nya.. Emosinya kadangkala tak stabil. Tak boleh silap sikit, dia akan marah dan hantuk kepala didinding. Baru2 ni, abah kena gatal2 dikaki.. Dikikisnya kaki dia sekuat hati, luka yg hampir sembuh, berdarah kembali.. Daya ingatan abah semakin kurang. Sekarang ni abah kami tak bagi bwk motor da. Dia akan bwk ikut suka dia. Bahaya utk dia dan org lain. Dan sebab abah juga, kami buat pagar. Sbb kalau abah mengamuk, dia akan berguling atas jalan. Bnyk lagi perkara yg abah buat, x mampu nak cerita kat sini. Kesian kat mak. Mak stress sbb terpaksa hadap sorang2. Kami cuma dpt dgr masalah mak dr jauh. Itu pun kami usaha utk balik bergilir tiap minggu. Tapi nak buat mcm mana, komitmen kerja dan komitmen pasangan membuat ada juga minggu2 yg kami x dpt balik.
Kami ajak mak abah duduk dgn kami, tapi abah  tak boleh lama2. Dia akan ajak balik. Sedangkan kat rumah sendiri pun dia ajak balik. Aku harap ingatan abah kembali sembuh walaupun ia agak mustahil. Tapi kalau dgn izin Allah, semua tu mustahil pun kan..

Aku bersyukur sbb dpt suami yg memahami. Yang bnyk bertolak ansur dan tak berkira. Alhamdulillah.

Ok la.. Tetiba petang ni sambung entry jadi sayu pulak. Aku kene stop skg, da nak sampai stesen. Takde ayat da nak taip. Hehe..

Terima kasih sudi membaca..



You Might Also Like

2 comments

  1. moga diberi kesembuhan buat ayah ira, inshaAllah jangan putus harap kerana tiada yang mustahil bagi Allah kan

    ReplyDelete
  2. Moga tabah dalam menghadapi segala ujian Allah. Yelah... kesian jugak kat mak Ira kan.... tp anak anak memasing ada komitmen nak buat mcm mana kan ira

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images