Doa yg sempurna..

Wednesday, July 25, 2018

Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga kita semua dalam keadaan yg baik, gembira, ceria dan bahagia sentiasa.

Bnyk gembira, ceria n bahagia ye.. Hehehe..
Mesti la kan, hari ni 25hb, hari gaji.
Alhamdulillah.. Ada extra bulan ni..yearly increament. Gred x naik xpe la, asalkan gaji naik.
Hehe..

Sedikit nota yang sempat aku recall dr perkongsian motivasi pagi kat ikim tadi. Maklum lah.. Aku ni cepat lupa, kalau x dicatatkan. Semoga bermanfaat

Jika kita nak berdoa, doa la dgn doa yg high class/exclusive.
Doa sesuatu yg sempurna. Contohnya:
Ya Allah kurniakan kpd ku kesihatan yg sempurna.
Ya Allah kurniakan kpd ku ingatan yg sempurna.
Ya Allah kurniakan kpd ku tubuh badan yg sempurna.

Jika kita hendak kaya, kita perlu berusaha dan berdoa. Mintak pada Allah.
Kalau seorang suami, usaha sungguh2 dan berdoa supaya Allah luaskan rezeki. Jgn harapkan hasil isteri, ikhtiar sungguh2.. Walaupun isteri kata tak apa, isteri yg tampung ekonomi keluarga sbb dia bergaji lebih, tetapi suami perlu berusaha sungguh2 utk tingkatkan ekonomi keluarga dan jgn lupa berdoa sungguh2 pd Allah.

Kalau doa kita tak dimakbulkan, kene igt:.
1. Allah tangguh sbb Allah akan makbulkan di akhirat.
2. Allah gantikan doa kita dgn menghindarkan kita dari bala bencana.

Ada 1 lg aku tak igt.

Lagi... Kalau berdoa, jgn berdoa yg tak baik.
Contoh mcm minta mati, minta sakit. Sebaiknya, minta la yang terbaik, minta ampunkan dosa2.
Kalau kita dianiaya, kita rasa sakit hati, kita doa dgn Allah yg org ini telah buat begini..begini kpd kita, kita redha dan serahkan org itu kepada Allah kerana Allah yang Maha Adil dalam perhitungan.
InshaaAllah kita akan rasa lapang..
Jgn la kita minta doa supaya org yg aniaya kita itu mati eksiden ke, ditimpa bala ke apa..
Doa org yg dianiaya sgt makbul. Jadi jgn la kita menganiaya or menyakiti hati org.

Setakat ini shj yang dapat aku recall balik, x abis pun dgr motivasi pagi sbb nak cepat.
Semoga menjadi ingatan untuk diri sendiri.

Da sampai stesen, jmpa lagi di lain entry.
Wassalam..


You Might Also Like

3 comments

  1. Salam Ira!

    Nampak tau kegembiraannya dalam catatan blog kali ni. Maklumlah, siapa tak suka ada incrementkan, kan, kan!

    Kalau saya pun bab gred ke, pangkat ke, itu tak penting. Apa yang penting bonus dan increment berapa dapat ^_^ Tahun ni pun alhamdulillah bagi saya; dari awal tahun sehingga kini yang baik-baik aje Allah makbulkan. Yang suami kena balik negara tu, itu pun saya anggap baik ajelah walaupun sedih. Dapat juga 'me time' sebulan dua nikan. Selalunya siang malam demi suami dan anak-anak. Me-me time ni tak termasuk dalam schedule ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..terima kasih berkongsi dan tahniah juga dengan rezeki yang Allah bagi

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkonsiannya Ira.... yelah namanya pun manusia kena selalu diingatkan....

    Betullah kata MD tu.... terpancar keceriaan disitu. Untunglahhhhh hihi

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images