Photo shoot raya

Wednesday, July 18, 2018

Assalamualaikum kawan2 semua..
Diharap semuanya sihat dan bahagia sentiasa..

Sabtu lepas( 7/7/2018) kami berphoto shoot raya.
Hihi.. Jakun la kejap, tak penah2 photo shoot kat studio kan.. Kami ni takde la dpt jemputan dari mana2 pihak utk photo shoot ni.. Bajet retis la pulak ye.. Hahaha..

Kisahnya.. Adik aku faiz tetiba je tanya dlm group whatsapp adik beradik, raya haji ni semua balik btg kali ke? Aku tnya dia balik, knp? Adk aku yg no 2 ckp, dia blk penang. Wife dia ada kenduri kawen kawan, maybe lama la kat kg, cuti sekolah pulak tu kan. Adik aku reply, kita ambik family potrait kat kedai gambar nk? Aku ok je. Hahaha.. Lagipun tiap kali gambar raya, family kitaorg mmg x penah complete. Aku dgn faiz, mmg buat sistem giliran sejak kawen. Adik aku epi, tiap tahun raya pertama kat btg kali. Tapi lps beraya ke rumah sedara mara, dia gerak la balik penang. Mmg diaorg plan gitu la kot. Hehe.. Ye la, balik penang dpt la lama kan.

So masing2 excited la nk bergambar. Memula pilih hari bila free. Sbb raya haji xdpt nk berkumpul. So akhirnya kita pilih sabtu lepas, masing2 dpt meluangkan masa hari tu dan en suami pun cancel la ot dia. Haha..

Hari sabtu semua berkumpul kat S7evenstudio shah alam pukul 10.45am. Sesi bergambar mula jam 11.00am. Adik aku sampai dulu. Dia tgh bersiap2. Kat studio tu ada bilik persalinan. Kalau nk gambar lain2 baju ke boleh la salin kat situ. Aku boleh pulak lupa nk pakai lipstik. Make up tu xyah la nk harap la kan. Da separuh bergambar baru teringat. Hihi.. Nmpk sgt la kan.

Start shoot mak dgn abah dulu. Masa mak dgn abah, photograper tu bg jgk la arahan, mak cik pegang tgn pak cik n etc. Masa kami2 ni, pandai2 sendiri la nak pose mcm mana. Cuma kalau pose tu yg sama je, dia suruh la buat gaya lain. Adik2 dan ipar pun ada bg idea nk pose mcm mana.. Lagi pun masing2 da anak 2, takde la segan2 nk kene suruh mcm baru2 kawen dlu.. Hihihi.. Setiap org yg nk bergambar diberi 3x buat gaya berbeza. Last pose biasanya free style la. Tapi disebabkan 1st time kan, so free style aku asik buat peace je. Hehehe...

Yang menjadi masalah kami bila anak2 berusia 2 tahun lebih ni bergambar.. Pening kepala dibuatnya.. Si aisyah x nak bergambar. Jenuh memujuk. Akhirnya dgn aku2 skali masuk masa gambar wan, atuk dan cucu2nya. Nnt crop la ye.
Si arif pulak, setiap kali org bergambar dia nak interframe. Jenuh.. Ni bakal kene crop jgk. Yasir, sama jgk la.. Berlari2.. Terjerit2 mak long korang ni menengok perangai sorang2.. Haha.. Mujur mak long tak bertukar jadi singa..

Semasa sesi photoshoot. Tggu adik aku yg no 5 tak sampai2. Lagi 5 minit masa nk abih baru sampai. Dia br abes keje malam, dan tertidur. Yg klaka tu, kitaorg suruh dia pakai baju hijau, dia g pakai baju kelabu😅😅 sabar je la. Gitu la gayanya kalau nk kumpul adk beradik, bkn senang. Tapi bila da berkumpul tu, seronok la..

Photoshoot ni memang memenatkan dan menghauskan. Haha.. Mujur ada bwk air. Kering tekak sbb terjerit2. Hihi..
Model tu lg la penatkan, kene ikut arahan.
Ok la.. Layan gambar ye.
Utk sesi photoshoot ni, 1 jam, unlimited shoot.
CD softcopy dpt lps sesi.
1 gmbr printed 8R, 5 gmbr edited (dia edit yg mana spec jd silau, yg mana nmpk lampu, dia buang la)
Tp yg edited tu, dia bg softcopy je. Print la sendiri nnt. Semua skali rm250.
So far kami puas hati dgn gambar yg diambil..
Cuma gmbr printed tu x tgk lg.

Mak & abah..
Semoga bahagia hingga ke syurga.. 

Peach: family epi,
purple: family faiz,
kuning: family aku

Atas: Aimy, Zawir
Bawah: Aisyah, Yasir, Arif

Kami

Family kecilku

Atas: Aisyah tiada dlm gmbr
Tengah: Cubaan menampal aisyah oleh Mak Yang
Bawah: Akhirnya Mak Yang berjaya menampal Aisyah 😅

Happy couple, happy ever after

Cucu yg ceria.. Si comel alia tak boleh join lg.
Kalau tgk si Aisyah tu, mcm patung cendana pn ada gayanya. Hihi..

Meriah. Huru Hara

Masing2 dgn gaya sendiri..
Masa ni la nk bajet model kan.. 
Abd latif & Sa'adiah Legacy

Tamat sesi bergambar, kami makan kat wong solo. Lama da x pegi wong solo ni. Dia da renovate, nmpk lebih teratur dan kemas. Saje makan kat situ, sbb x penah bwk mak abah makan kat situ. Hehe.. Komen adik aku.. Pedas giler.. Hahaha.. Alhamdulillah, adik aku yg lmbt tu belanja. Hehe.. Semoga murah rezeki pak teh.

Siap makan, kami bergerak balik. Mak abah adik aku yg no 4 tu hantar. Walaupun pertemuan yg singkat, tapi nampak mak abah happy.

Dan semua org pun sporting je..
Alhamdulillah..
Satukan hati2 kami.. Ya Allah..

Ok la.. Nk sampai stesen.
Nnt ada masa aku update lagi ye.

You Might Also Like

6 comments

  1. Menarik jugak ye Ira berphotoshoot cenggini. Gambar pun lawo. Nak berphotoshoot jugaklah hihi.... Berapa cost dia Ira...

    Adik beradik sporting oklah Ira senang.... kalau memasing yg banyak hal, mmg tak jadiklah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la kak.. Akak kan suka bergambar sweet2 dgn pak king..
      Kos nya rm250. Kitaorg share adik beradik. Hehe..

      Delete
  2. ala bestnya photoshoot :D salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan syaza..
      Haah.. Best2..

      Delete
  3. cantik2 gambarnya tu. kalau buat apa2 pun dengan anak2 kecik ni memang meriahlah jadinya kan, mak2 ni mesti terpekik2 terjerit2 je lah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak lah.. Lain kita suruh, lain yg dibuat. Mcm2 perangai. Mmg terjerit2 la mak2 ni.. Sabar je la.

      Delete

Like us on Facebook

Flickr Images