Alhamdulillah.. Kembali ceria..

Monday, August 13, 2018

Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga sihat dan ceria hendaknya ya...

Alhamdulillah..
Hari isnin minggu lepas(6/8/2018) kami berdua da mula bekerja..
Aisyah tinggal dgn nenek pengasuh..
Alhamdulillah.. Aisyah da beransur sembuh dari hfmd. Ya.. Hr tu masa bwk g klinik kali ke 2, doc confirm yg Aisyah kena hfmd.

Aisyah start demam hr isnin.
Ptg masa ambil dia dekat umah pengasuh, pengasuh kata Aisyah demam, badannya panas. So malam tu terus bwk dia g klinik.
Masa doc check, demam dia 38℃, tinggi. Dia pun merengek je. Apa pun x boleh. Doc check tekak dia, merah sgt doc kata. Tp doc takde ckp suspect hfmd ke apa. Dia suruh staff dia masukkan ubat montot. Punya la susah nk masukkan sbb Aisyah meronta2. Lps tu doc tlg aku pegang badan Aisyah, baru la dpt masukkan. Mesti dia fobia. Doc nk check tekak dgn check dkt telinga pun dia da jerit2.

Dlm hati aku bimbang hfmd. Tapi esoknya (selasa) aku pegi keje jugak. Hantar dia kat pengasuh. Masa tu nmpk bintik ruam kat dagu 1, dekat celah peha ada 3. Ckp gak kat nenek pengasuh, ada bintik2 tu, nenek pun risau hfmd. Apa2 nnt nenek call.

Tengahari tu, nenek bgtau Aisyah xnak makan ubat, badan da naik bintik2 kat kaki dan tgn. Aku mintak nenek ambik gmbr. Anak dia send gambar. Aku tunjuk kat kwn aku, dia ckp mcm hfmd. Aku tnya kat doc Ain, dia pn ckp more tu hfmd. Huhu.. Aku da risau la. Tp doc ain kata, blh bwk lps keje kalau anak masih boleh minum susu. Dlm kul 4 gitu, nenek call suruh balik. Dia risau tgk Aisyah. Aku call en suami, dia xleh balik, so aku balik gak la. Ye la aku ni jauh compare dgn dia. Aku nek tren. Kene tggu tren pnya jadual. Aku tawakkal je la. 4.30 aku keluar rumah, jalan laju2. Kalau blh nak lari, tapi kaki aku sakit. Alhamdulillah dlm kul 5 lebih tu sampai umh pengasuh. Tgk aisyah tgh tdo. Panas bdn dia.

Dgn beg laptop + baju anak2 yg br dpt dr member, aku sandang sambil dukung aisyah. Huhu.. Demi anak, gagahkan diri ni. Drive ke klinik 1 malaysia. Sampai situ, nurse advice pegi klinik kesihatan taman medan. Dia suspek hfmd. Katanya kalau g spital, pg malam. Tapi kanak2 pun kene tggu mcm org dewasa. Sbb keadaan ank aku, zon hijau. Disebabkan aku x solat asar lg, aisyah pn da comot, aku balik umh dlu. Mandi, solat dan siapkan aisyah.

Sembang2 dgn aisyah. Aisyah asyik ckp, ibu keje? Ayah keje? Nnt aisyah duduk rumah nenek? Adui.. Sentap pulak dgn ayat2 dia.. Nmpk sgtkan mak dia ni sibuk ngan keje. Huhu.. Lps en suami balik, kami bwk aisyah ke klinik berdekatan shj. Mujur org x ramai. Doc check, demam aisyah 39℃. Bintik2 kat tgn dan kaki confirm hfmd. Doc explain psl hfmd ni. Katanya ia mcm campak juga. Biasanya pesakit akan demam mula dr hari ke 5. Demam yg tinggi 38-39℃. Demam dan keluar bintik2. Demam dlm 3 hari. Kene monitor demam, makan dan minum dia. Jika tak mau makan atau minum lgsg dan tak bermaya, bwk ke hospital.

Aku decide EL la esoknya. Jaga aisyah kat rumah. Try la jugak petua yg org share tu kan. Tapi aku xde daun semambu. Air jemur pun sejuk. Hehe.. Ye la, umh flat, mana aku nk cari matahari. Nk turun ke bwh malas pulak. So hari tu aku just mandikan aisyah dgn himalaya herbal shower foam. Ada ekstrak neem dan tumeric. Satu lagi sabun ketul neem. Brand aku x igt. Memula aisyah xnak, lps tu aku suruh dia berendam dan sabun sendiri bdn dia. Nk la dia. Mandi kolam katanya. Disebabkan xde krim nk disapu kat bdn dia, aku try letak bedak sejuk, dia x bagi. Aku korbankan la duit aku simpan sorok2 tu. Aku suruh adik aku belikan krim herbal blend shaklee dgn basic H. Lewat gak la br dpt sapu. Memula aisyah x bagi sapu, lps tu aku suruh dia sapu sendiri, baru dia nak. Minum susu sikit2 je. Makan bubur sikit. Itu pun lps ayahnya balik. Dia nk bf je. Aku pulak yg x larat. Ye la kan, nk berkepit je. Bknnye duduk rumah semata2 jaga anak sakit je, keje lain kene buat gak. Sidai kain, masak, kemas rumah.. Biasanya kalau aku cuti, gitu la, automatik semua kene buat.

Hari khamis, aku EL lagi sbb aisyah belum betul2 sihat. Hari ke 2 aku EL tetiba pulak la keluar memo staff yg cuti 2 hari berturut2 tanpa sebab, gaji kene tahan. Wp memo tu tuju pd semua staff, tp terkesan jgk la dihati ni kan. Tp abaikan je la sbb aku da inform bos aku dan aku da apply EL. Kalau kene tahan gaji mmg tak patut la kan. Hari tu, aisyah nmpk aktif skit, pagi2 da menari. Sblm adik aku blk keje, aku mtk dia belikan dettol dgn aiskrim vanila walls. Aisyah nak la makan dan minum susu. Tp bila ptg, dia mcm lesu balik. Ptg lps nenek pengasuh balik, aku mandikan dia dgn air + dettol skit. Nmpk la dia mcm lega sket. Masa nenek pengasuh dtg, dia buat lesu dia, da nenek dgn atuk risau. Siap call aku waktu maghrib tu, suh bwk pg hospital. Syg betul atuk kat aisyah.

Mlm tu aisyah da ok, da berdrama dgn kakak. Tak jd la bwk pg spital. Jumaat ayahnya pulak jaga. Waktu solat jumaat htr umh nenek kejap. Asar br ayahnya ambik. Mengelat betul, risau jangkit kat cucu nenek je. Mujur la bdk tu da darjah 2. Sabtu ahad kami x ke mana2. Ayahnya keje sabtu ahad, duduk je la kat rumah melayan anak2.

Alhamdulillah dgn izin Allah Aisyah da sembuh. Alhamdulillah Allah dtgkan penolong disaat aku memerlukan. Terima kasih pd ahli keluarga, pengasuh dan kawan2 yg membantu memberi tips dan nasihat. Tak lupa juga yg memberi semangat dan mendoakan Aisyah. Terima kasih semua..

Ruam yg naik pd badan aisyah

Alhamdulillah.. Aisyah dah sihat




You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah dah sembuh, semoga terus sihat anak2 hendaknya

    ReplyDelete
  2. Kalau budak budak demam mmg risaukan Ira... sebab kita yg nak kena jaganya... Hakak dah lepas dah zaman tu...
    Tulah tu bila anak sakit yg jadi dilemanya kita mak yg bekerja ni.... sini anak, sana opis....
    Adoiyai

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. semoga Aisyah diberi kesembuhan yang berterusan..

    ReplyDelete
  4. follow sini.. harap sudi follow blog ejulz yg x seberapa.. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Aisyah dah sihat. pengorbanan ibu sinonim dengan raya korban kan :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images