Cuti sekolah & cuti raya haji..
Wednesday, August 29, 2018Assalamualaikum kawan2..
Semoga kita semua sihat, gembira dan ceria hari ni.
Hahaha.. Lemau ke?
Hari ni mula bekerja setelah 5 hari bercuti.
Ngeh2.. Bercuti la sgt kan..
Term bercuti aku gini la.. Tak semestinya checkin hotel. Balik kg check in rumah mak mertua dan rumah mak aku tu kira bercuti la..
Alhamdulillah, cuti raya haji tahun ni, dlm cuti sekolah, so dpt la ambik cuti raya haji lama sikit.
Tp en suami cuti sehari je. Big boss mesti lah kene work hard kan.. Nk bg anak isteri makan. Semoga Allah kurniakan rezeki yg luad dan kekayaan kepada suamiku, Azizul Abd Aziz.. Aamiin..
So cerita cuti sekolah ni, si kakak excited la bila pak long ajak blk kg. Pepagi lagi da bangun dan tak nangis pun. Setiap masa tanya aku, skg pukul berapa? Pak long dtg pukul berapa? Sambil2 menjawab soalan dia tu, aku kemas baju dia dan melayan group whatsapp office. Cuti pun kerja. Haha..
Dlm kul 10, pak long sampai. Hujan lebat. Tp sbb pak long da sampai, redah la hujan tu. Pak long dgn abg adam je. Lps kakak da gerak dgn pak long, aisyah sedih tak dpt ikut. Mujur la dia tak nangis. Dia cuma tanya, knp aisyah tinggal? Aisyah nak ikut pak long. So kene la ibu melayan dia. Manja la dia kan sorang2 kat rumah.
Hari isnin & selasa, kami masih bekerja. Selasa malam kami gerak balik utk beraya. Plan asal nk blk kg aku, sbb en suami cuti sehari je. Tapi sbb kakak kat kg, tukar plan. Malam tu kami gerak dlm kul 10. Perjalanan agak perlahan. Dekat petronas gombak, benti makan dulu. Lps tu smbg perjalanan. Sepanjang jalan tu aku tidur. Rasa mcm lama da tidur, tp tidur2 ayam je la. Sbb beberapa kali terjaga. Bila terjaga, aik bentong pn x sampai lg. Sian en suami memandu. Kami stop kat petronas, letak aisyah kat belakang sbb dia tdo. Kami smbg perjalanan. En suami cuci muka dan beli air dulu sblm smbg perjalanan. Masa tu jam da pkl 12 mlm. Sambung perjalanan, jalan masih jem teruk. Aku x tidur da wp ada rasa ngantuk skit2. Aku tgk en suami da beberapa kali menguap, aku offer la utk drive. 2x offer, sampai kat tol karak br tukar driver. Time tu jalan da clear. Jam pun da pukul 2 lebih. Haha.. Seram juga nk drive pepagi buta tu kan, tp sian kat en suami. Da la masa nk gerak tu, dia ckp nnt lps tol lanchang, jgn laju2 sgt.. Takut ada kerbau melintas. Ok.. Aku teruskan perjalanan. Hihihi.. Layan la radio.. Alhamdulillah akhirnya sampai gak la kat kg en suami kul 3 pagi. Walaupun dlm perjalanan tu rasa cam jauhnya nk sampai, da la gelap, lps tu x igt pulak da camne nk psg lampu tinggi. Hrp lampu besar je la. Tu yg asik confuse ni corner ke jalan lurus. Haha.. Mujur la xde kete lain mlm tu. Simpang pun x berapa nmpk. Teragak2 da sampai simpang ke belum. Hehe.. Tak biasa drive malam mcm tu la kan..
Pagi raya en suami je g masjid solat raya. Aku kat rumah iron baju dan siapkan anak2. Kami anak beranak je berbaju raya.. Haha.. Semangat kan.. Lps en suami blk dr masjid, aku ajak anak2 pegi tgk lembu korban. Kebetulan biras aku & family buat korban, kita p tgk la.. Biasanya tmpt aku, tgk lembu korban tu yg seronok. Ramai org berkumpul. Tak silap aku la, aku ada dgr.. Digalakkan kita pegi tgk walaupun kita x buat korban.
Petang raya, kami gerak balik btg kali. Sbb en suami nak keje esoknya. Kami sampai kul 8 lebih sbb hujan lebat. Xleh nak drive laju. Sampai umh mak, adik2 aku pun da bersiap2 nk balik ke destinasi masing2. Kejap je la dpt jmpa pun. Dekat btg kali, aku stay kat kg sampai ahad. Mak minta aku ajar opah, bacakan opah buku panduan umrah. Sbb tu la jugak aku amik cuti khamis jumaat. Alang2 raya dan cuti sekolah kan. Dpt la bacakan utk opah 2 hari tu. Tp takde la sepanjang hari. Biasa la aku bz dgn anak2. Mak xleh nak fokus kat opah je, nnt abah aku xde org layan. Masa kat kg, dpt la tlg mak sikit2. Kesian mak penat. Utk raya mak x masak rendang pun. Mak minta bucu aku masakkan. Ye la, xde org nk g kedai beli brg semua..
Alhamdulillah.. Tahun ni dpt bnyk daging korban. Mak dpt dr masjid, adik ipar bwk dr penang, aku bwk dr phg yg biras aku bg. Tulang2 kami buat sup, dagingnya kami buat rendang, mkn dgn pulut kuning. Puas la makan.. Balik sini dpt daging kambing pulak.. Hehehe.. Rezeki..rezeki..
Masa dkt kg, sembang2 dgn mak. Mak bgtahu, ustaz kata org yg buat korban, ada 5 saksi..
1. Allah
2. Malaikat kiri kanan kita
3. Manusia yg ada disekitar ketika ibadah korban
4. Haiwan/tumbuhan yg ada disekitar
5. Anggota badan kita. Sbb tu org yg buat korban disunatkan supaya x potong kuku, tak gunting/cukur bulu2 yg ada.
Baru aku tahu tentang itu.. Syukur sbb dpt juga jadi saksi ibadah korban tahun ni.
Mak bgtahu lagi.. Ustaz cakap, Setiap yg kita korbankan atau sedekahkan.. Ibaratnya spt kita bagi org tlg bawakan pahala kita diakhirat nanti.. Terus aku teringat yg ustaz cerita, saidina ali penah berkata, apa yg kita beri pada org tu la hak kita diakhirat nnt, yg kita simpan atau makan tu akan habis. Sekadar sedikit perkongsian. Kalau ada kesilapan, itu dr kelemahan aku sendiri, harap dpt betulkan.
Raya kali ni, takde gambor la nak share. Hahaha.. Baju raya pun rotate baju raya puasa. Kihkihkih.. Nmpknya cabaran tak bersahut. Mau la terperam lg kain pasang x berjahit. Huhu.. Utk wedding mak lang ni pun ntah la aku berjaya dpt baju ke x. Ahad lps gerak dr kg, en suami ajak g padini cari baju kenduri. Adk beradik dia suh tlg belikan skali. So utk lelaki2 dpt la beli sorang sehelai tshirt kelabu termasuk 2 org ank buah. Utk isteri tercinta x jumpa lagi. Ada 2 yg berkenan, size lak xde. Tu la kan shopping baju kurung lps raya, mmg limited la. Online shopping, xtau butik mana yg murah. Haha.. Yg aku berkenan hr tu pun blh tahan gak hrga. Beli mahal2 tp dpt dosa wat pe kan? Nk ambik size 46 mcm besar nau. Hahaha.. Perasan.. Badan da naik ni.. Sedih masa try2 baju muat2 je. Silap duduk mau terkoyak. Hrpnya 31hb ni dpt la mencari lagi. Dgr2 mcm kene keje.. Nk nangis.. Nk menjahit mmg x dan la.. Aku rasa baju kedah nk gedik2 mlm berinai pn entah jadi ke x. Silap2 beli kain batik siap je la hehe.. Baju kedah kita cr kat pasar malam, kalau ada.. Hihi...
Panjang pulak bercerita.. Haha.. Tetiba baru perasan xde cerita cuti sekolah si kakak. Hehe...
Dia syok la dok kg.. Hari2 mintak nasi lemak mak aku.. Mak aku ckp, jemu la wan hari2 nasi lemak. Ada hari tu mak aku x masak nasi lemak, buat nasi goreng je, terus muncung.. Sabar je la.. Siap ckp, nasi lemak wan je kakak makan.. Padahal kat sekolah hari2 nasi lemak kan.. Kat rumah wan noraini nasib xde dgr cerita demand nasi lemak. Aku dgr dia nak roti bakar je. Kalau x jenuh wan dia hari2 nasi lemak.
Duduk kg wan kat pahang, dgr cerita baik2 je.. Haha..ye la kan, xde kawan gaduh. Baik je la dgr ckp acu. Dekat kg wan btg kali, pening kepala dok bergaduh dgn aisyah. Gaduh jerit2. Mentang2 la sesama pempuan. Lps tu keje buat sepah. Time mood baik, dia tolong ar sidai kain. Suruh sapu sampah, dia sapu ikut suka je la. Lepas solat mengaji dgn mak aku. Lps tu report dia da blh baca apa.. Itu la aktiviti dia masa cuti sekolah. Keje sekolah da siap masa kat kg wan phg. Aku da pesan kat acik dia suh dia siapkan. Bila aku check, betul la da siap.
Ok la.. Setakat ni je coretan kali ni.
Panjang pulak rasanya.. Hehe..
Entry ni dari hr isnin.. Hari ni baru siap..
Harap tak bosan membacanya..
Hihi..
Sekadar hiburan, ambik dr group wassap..
![]() |
| Hihihi.. Pandai ye.. |
Wassalam..



5 comments
Lamanya sangkut dalam jam! Baru tahu pasal saksi korban tu :D
ReplyDeleteItu la.. Beberapa kali terjaga dr tidur masih tak sampai2.. Hehe..
DeleteIra pun baru tahu pasal saksi korban tu.
Hakak tak berani nak bawak keta mlm mlm Ira, takuttttttt hihi...
ReplyDeleteBanyaklah manfaat bila balik kg ye Ira, selain dpt pahala tengok mak bapak, dpt jugak berbakti dengan opah. Opah mesti nak pi umrah ek
Hakak mcm tak sampai hati pulak kalau tgk lembu ke binatang kena sembelih... berani jugak ira ye
Hihi.. Ira pun takut gak sebenarnya.. Tapi da berani offer nk drive kan.. Drive je la.. Hahaha..
DeleteDlm hati berdoa je la hrp xde apa2 yg menakutkan muncul kat depan ke sblh ke.. Hihi..
Alhamdulillah..wp x bnyk dpt tlg, hrpnya dpt la pahala wp sikit kan.
Aah.. InshaaAllah kalau diizinkan Allah opah nk pg umrah 25october ni. Hrp2 semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..
Alhamdulillah.. Berani jgk la tgk, cuma kalau tgk lembu korban sendiri kene sembelih, perasaannya lain..
Hahaha kaklah pun sejak kawin balik kenduri baru2 ni la drive sendiri malam sampai tak sedar tertinggal suami kat belakang kikiki punyalah semangat nak drive tu kuikuikui.
ReplyDeleteanak2 ni biasalah kalau duduk dengan orang dorang dengar cakap nak pulak kalau takde adik beradik lain sekali, kalau ada tu ada juga la bunyi2 nya